Friday, January 18, 2013

Loghatul Malazie

Kali ini saya uploadkan sesuatu yang asing dan ianya khas untuk pembaca blog saya. Mereka yang didalam video ini adalah berbahasa Arab. Mereka ini bagaikan keluarga saya sendiri. Mereka tidak boleh membaca Bahasa Malaysia dan untuk mengeja jauh sekali.

Ketika mengajar keluarga arab ini saya memerlukan seorang pembantu yang boleh menerangkan tentang cahayaku kepada mereka. Pilihan saya adalah Mujahid iaitu anak mereka sendiri kerana kadang-kala sukar untuk saya menerangkan sesuatu.  Anak mereka adalah pelajar cahayaku sendiri yang telah berjaya menguasai membaca & mengeja dalam masa 2 jam lebih. Sebenarnya sebelum mereka sudah ada pelajar UPM berbangsa arab juga yang telah diajar oleh suami saya dari jam 11.30 malam sehingga 2.30 pagi kerana beliau akan mengambil ujian Bahasa Melayu pada keesokan harinya.

Kedatangan bangsa-bangsa asing kerumah saya adalah satu perkara yang biasa kerana dengan kujungan mereka, dapatlah kami mencuba keupayaan Sistem Cahayaku untuk pelbagai bangsa. Mereka-mereka ini terdiri daripada Arab, Pakistan, Jepun, United Kingdom dan bangsa Sik. Mungkin tahun ini atau tahun depan kami akan dikunjungi oleh adik angkat kami daripada Amerika pula.

Kata orang tua-tua "Lain padang lain belalang!" Begitu juga mereka-mereka ini tetapi sekiranya kami berjaya mengajar kepada mereka sudah tentulah Sistem Cahayaku sangat mudah untuk semua bangsa didunia ini untuk menggunakannya. Catitan khas: Hanya manusia yang boleh bercakap tetapi kalau bisu dan gila minta maaf ya!

Bagi suami saya ini bukanlah sesuatu yang baru kerana selama ini beliau bukan hanya mengajar rakyat Malaysia yang normal dan khas sahaja. Budak Myanmar, Cina, India, Orang Asli, budak pekak dan pra bisu dia belasah je......Berjaya tau.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...