Thursday, December 1, 2011

Bertemu dan Berpisah.......

Waktu akan terus berdetik. Setiap saat tidak mungkin berundur kebelakang tetapi biarlah saat yang kita lalui itu dipenuhi dengan pembetukkan EQ dan IQ yang berfaedah dan diredhai oleh Allah swt. Perkataan "perpisahan" amatlah sakit tetapi kedatangannya tidak dapat dielakkan. Yang hidup pasti mati. Yang patah akan tumbuh. Yang hilang pasti berganti. Bertemu dan berpisah adalah lumrah alam. Yang dah pergi tidak akan kembali lagi. Itulah yang berlaku di tadika ini kerana pelajar yang tamat belajar disini tidak akan kembali lagi kerana dah pandai baca, menulis dan mengeja.
"Jamuan Perpisahan" daripada Aisyah untuk hari terakhir beliau berada di Tadika Cahayaku. Kenapakah hanya Aisyah sahaja yang memberi kek istimewa ini? Ada udang disebalik mee kot?
Inilah tangan Aisyah beberapa bulan yang lepas... hehehe beliau disleksia tetapi segalanya telah berlalu. Kini beliau boleh membaca dengan sempurna malah menulis dan mengeja dengan sempurna sebab tu lah ibu menempah kek untuk hari perpisahannya. Kan dah kata "ada udang di sebalik mee" ... wakakaka
Huh.. hari Ihtifal tak dapat membuat persembahan.. leceh lah.. alasan yang diberi.. kami ni kecil lagi huhuhu.. tapi hari ini kami "show" kan bakat yang ada pada kami... jom menari romba...
"Shake your booggy... shake your booggy" .. mak oi, bebudak ini tunjukkan bakat kot kerana "protest" tak dapat jadi salah seorang pelajar yang menari diatas pentas di hari Ihtifal. 
Oi mak ramai pulak yang nak "join" kita.. jom naik pentas kita "romba" sama-sama. Tengok tu yang dibawah tu pun sama ikut kita... hehehe
Bergambar dengan pengasas, pereka, penulis dan guru kita Pn. Chahaya sendiri... laa, pasti gambar ini boleh jadi saksi bahawa kita ini adalah pelajar-pelajar Cahayaku! Waaaduh... terro den
Inilah kawan-kawan kita semasa ditadika. Harap-harapkan akan berkekalan sampai akhir hayat sebagai teman dan kawan.
Possing.. ish, ish, ish anak gadis memang pandai bergaya ye..
"Hey bro, we are the students of Cahayaku. We can read and spell better do you know about that? So peace from us. See you all in school standard one in year 2012". 
Peace sign from me... I'm representing for my group.
"Sayonara from us.. see ye next year"
Amacam kami ni... sebaris pelajar yang tak tahu apa nak buat ketika cuti ini... waaaa
"Ini "style" kami berfoto.. amacam? Bergayakan? Nak join kelab kami?".. Ish, ish, ish bebudak ni. Baru kat tadika pandai bergaya. Mungkin besar nanti boleh jadi Model kot.. hmm entah lah..
Kami nak "privacy" bila bergambar.. Jangan cuba-cuba nak dekati kami, ok...

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...