Sunday, July 24, 2011

Pappe

Apa nama kedai makannya saya pun tak perasan. Boleh dikatakan hari-hari saya sekeluarga bersarapan dan minum petang di kedai ni. Sebuah kedai yang kecil tapi menyediakan makanan, kuih-muih dan minuman yang cukup menyelerakan jika dibandingkan dengan kedai-kedai makan yang lain.

Dalam banyak-banyak sajian yang dihidangkan hanya ini yang menarik perhatian saya kerana nama dan cara penyediaannya yang agak berbeza. Namanya pisang Pappe. Uniknya kerana pisang ini digoreng sebanyak 2 kali. Kali pertama digoreng hendaklah dikeluarkan dan ditumbuk. Kemudian digoreng semula untuk mendapatkan tekstur yang rangup. Tidak seperti goreng pisang di Kuala Lumpur ni dimana ia akan disalut dengan tepung dan digoreng. Untuk pisang pappe ia tidak menggunakan tepung. Sebenarnya apabila belajar sesuatu yang baru tidak semesti terikat kepada pelajaran yang menjurus kepada pertambahan IQ sahaja tetapi didalam kes pisang pappe ianya lebih melibatkan kreativiti (EQ) untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. 

Lain pula di Tawau Kopitiam dimana goreng pisangnya akan ditaburkan dengan cheese selepas digoreng. Pizzanya pula intinya adalah pisang dan ditaburkan dengan cheese juga dimana in dipanggil PIZZA PISANG CHEESE. Saya tidak mencubanya kerana saya tidak suka cheese. 

Selama saya berada diTawau saya dapat merasakan penduduk disini tidak sama dengan penduduk di Semenanjung. Mungkin kerana kedudukan negeri Sabah yang berhampiran dengan Indonesia dan Filipina, cara perbualan mereka banyak dipengaruhi oleh kedua-dua negara tersebut.

Hmm... Rasanya tidak ada pisang goreng seperti ini di Kuala Lumpur.
Pisang yang digoreng tanpa tepung.
Inilah hasilnya. Perhatikan sosnya. Maaf ya saya tidak tahu kandungan sos ini.
Garing dan rangup diluar dan lembut didalam.

2 comments:

Anonymous said...

makanan tradisi bugis.. :))

cahayaku said...

oh.....baru tahu. sedap pisang tu. sebab ia dicicah dgn sos khas yg dibuat dari buah tomato.