Thursday, August 1, 2013

Mata & Pemikiran & Tafsiran Hati

Cetusan & pesanan Uncle: Moden adalah satu perkataan yang berkaitan dengan transformasi berdasarkan persekitaran mahupun pemikiran. Cara pembelajaran pun terlibat dalam transformasi! Ramai dikalangan kita masih tidak dapat menerima anjakan modenisasi dalam persoalan ini. Adakalanya persekitaran sudah moden tetapi pemikiran tetap kuno semuanya disebabkan oleh tafsiran! Inilah kes parah! Tapi ingat, bukannya semua tranformasi akan berganjak kepada kebaikan, adakalanya transformasi akan merosak infrastruktur generasi, negara dan agama!

Mata adalah kurniaan Allah SWT dan mata hanyalah sekadar memandang! Terpulang kepada yang mempunyainya bagaimana untuk menafsirkannya. Kalau hati itu sentiasa penuh dengan sifat-sifat yang negatif EQ sudah pastilah kata-kata dan hujah-hujah IQ akan ke arah yang negatif juga tetapi kalau hati itu baik, sudah tentulah baik tafsirannya. Hidup ini hanya sekali oleh itu pilihlah jalan kehidupan yang berfaedah dan tidak menyakiti mereka yang berada dikeliling kita!

Al-Quran surah 51 Adh-Dhariyat ayat (56): Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.

Kali ini saya uploadkan sesuatu yang abstrak khas untuk anda menggunakan mata yang berkaitan dengan tafsiran hati dan pemikiran. Cubalah fahaminya... hehehe

Beginilah bangunan yang berada di Kuala Lumpur. Hutan batu-bata. Adakah ini yang dikatakan moden, kedamaian dan menyenangkan fikiran anda?
Ini adalah salah satu jalan raya di Kuala Lumpur. Jambatan yang kelihatan itu adalah "Skywalk" yang menghubungkan antara satu pusat membeli-belah kepada yang lain.
Kelihatan yang berwarna kuning itu adalah "public transport". Mungkin ini yang dikatakan sebagai "Caterpillar On The Tree" kut! Transformasi yang menguntungkan atau rugi?
Ini adalah pemandangan daripada pintu pagar Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya.
Ini adalah deretan pokok kelapa sawit... Hulu Selangor. Kelapa Sawit adalah salah satu sumber ekonomi Negara! Sekiranya persekiran ini pun mahu digantikan dengan hutan batu-bata.. alamatnya hancurlah ekonomi negara! Gambar ini saya rakamkan ketika tersesat mencari Tabika Perpaduan.. huhuhu.
Pemandangan sebuah padang di Hulu Selangor. Tak moden tapi cantik!
Sketsa suamiku (uncle). Sebuah Sistem untuk pelajar-pelajar pra-sekolah, pemulihan dan kanak-kanak khas. Sistem pembelajaran luar negara masih terkial-kial untuk pulihkan kanak-kanak khas, contohnya disleksia tapi dengan Sistem ini para pelajar disleksia ...uh, "kacang" aja! Adakah tranformasi cara pembelajaran ini merugikan negara? Mengenai Sistem ini boleh di ketahui lebih lanjut dalam www.facebook.com/educahayaku
Chahaya (saya) berceloteh mengenai Sistem Cahayaku kepada guru-guru di Perlis. Sistem ini telah meliputi seluruh Negara jadi banyak ler tempat yang kami kena pergi... huhuhu do'akan kami sihat.
Perjalanan yang jauh membuatkan kami penat dan ini adalah lokasi antara Kelantan dan Terengganu. Pantai ini putih bersih dengan tiupan bayu yang tidak berhenti-henti. Nyaman dan tenang. Kebiasaannya tempat seperti ini akan membuat kita lebih tenteram tapi kalau EQ sudah parah, hmm, menyampah tengok sebab tak moden! Perlukah kita menghancurkan kedamaian yang kita ada?
Pembelajaran: Biasanya Omer Niaz akan bertanya tidak henti-henti (sebab beliau tidak mahir B.M) mengenai apa yang telah diperhatikan ketika saya atau uncle telah ajar kepada guru-guru dan kebiasaanya beliau akan membandingkan dengan psaikologi yang pernah dibelajarnya di Universiti. Kesemua ilmu itu akan dijadikan sebagai dokumentasi untuk Sistem Cahayaku. 
Pemandangan pantai di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Tenang, damai dan nyaman perlukah kita rombakkan kesemuanya dengan retorik gelagat manusia yang mahukan transformasi seperti "Arab Spring" terpekik, terlolong dan meraung?
Pemandangan di Kuala Perlis di waktu senja. Cantuman langit dan air laut.
Senja di salah satu lokasi di Kedah.
Salah satu lokasi tasek di Perlis tempat kami menginap. Langit, awan, bukit, tasek dan dataran.
Pemandangan ini disebelah tempat saya berceramah di Kuala Terengganu. Apabila ditunjukkan kepada pelajar-pelajar, mereka mengatakannya cantik! Apabila diberi tahu lokasinya, mereka semua terkejut. Pesanan: Apabila kita memandang, hentilah seketika dan renungkan dalam hatimu... apakah yang dapat kita tafsirkan daripada apa yang kita pandang!

Lukisan anak bongsu saya. Perhatikan baik-baik. Dapatkah kamu menilaikan EQ pelukis ini dan IQ-nya ketika melukis? Mata adalah kurnia Allah SWT untuk hati menterjemahkan sifat-sifat yang sedang kamu miliki ketika itu! Hati-hati dengan hatimu!

Wednesday, July 31, 2013

Generasi Membaca.

Anak adalah amanah yang mesti dijaga dengan sempurna yang meliputi fizikal dan spiritual dan yang terbaik apabila kita dapat menyeimbangi kedua duanya sekali. Kebiasaan kebanyakan manusia akan memberi tumpuan pada perkembangan fizikal sahaja pada peringkat awal tumbesaran anak-anak. Sedangkan perkembangan spiritual tidak berapa diberatkan ketika anak-anak berusia 2 tahun keatas. Usia 4 tahun keatas perkembangan spiritual mestilah dititikberatkan bukan hanya pada fizikal sahaja. Pada usia 7 tahun, sekiranya anak-anak itu gagal menguasai kemahiran membaca, menulis, mengeja dan mengira maka bermulalah igauan kehidupan mereka.  Awalan didikan atau pra-sekolah adalah masa yang paling baik untuk mereka belajar membaca, menulis, mengeja dan mengira atau pun selamat datang ke kelas pemulihan bila bersekolah rendah nanti!

Disini saya muatkan wajah generasi yang telah dan sedang belajar dengan kaedah Cahayaku. Satu Sistem yang mula bertapak di seluruh tabika perpaduan Negeri Selangor. Para guru-guru yang telah mengikuti Kursus Sistem Cahayaku dan berdidikasi dalam mengajar serta mengikut cara yang betul, in syaa Allah, akan berupaya mengajar pelajar-pelajar mereka untuk menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sehingga tahap pelajar-pelajar mereka boleh membaca akbar mahupun "sub-title" di kaca TV. Yang paling menyeronokkan sekali ialah apabila mereka menunjukkan sikap mula "ketagih membaca!"

"Are you staring at me? Are you talking to me? Do you know that I am the next generation? What can you offer to me?"
"Hi, what do you think will happen to our future if we don't know how to read?"
"I don't want to hear about sad old story regarding those kids growing up and don't know how to read, write, spell and count. Please don't put the blame on us and tell us that it's our mistake!"
"Save me please! Give me colourful hope for my future!"
"hmm, give me time bro, let me adjust my glass. I'm in queue for test. Read, write and spell!"
"Is my reading ok? Do I pronounce those words correctly? Teach me, I really need to know"
"Aha, this one is simple!"
"Wait, wait give me time to recall my mimic, breath and control myself. I know I can do it. Just bear with me please"
"Yeeeebaa, here are texts that I managed to read correctly! What say you?"
"Hey, I'm better! Almost to the end of the book! Oh I can't wait!"
"Reading Bahasa Malaysia is not so hard. Now I'm trying English. More tricky and more fun! Just give me couple of months then I'll read English news paper! Oh please don't envy at me, hehehe"
"Hey dude, you know... I can read this news paper easily! Hello old folks can your children read it? If they can't read it.... hmm.. something wrong with you not your children! Hmm or maybe teachers fault!"
"I'm among the next generation. We need your help to give us hope for our future. If we can't read, write, spell and count... Oh my God! That's the end of our hope!"

Monday, July 15, 2013

Uncle - Penyelidik / penceramah

Letihnya hanya Allah je yang tahu. Maklumlah baru je balik dari "outstation" tetapi saya gagahkan diri untuk mengupdate blog ini. Rasanya sudah sekian lama saya tidak meluangkan masa. Bila umur pun dah lebih dari separuh abad. Faham-faham ajelah.....

Tahukah anda kaki siapa ni? Mungkin pemilik kaki ini tidak suka bergambar atau mungkin juga dia merasakan bahawa kakinya lebih cantik... hehehe

Sebenarnya inilah kaki "uncle" yang selalu tersalah "snap" ipad kepunyaan saya. Perkara seperti ini sering berlaku ketika dia memegang ipad!

Uncle adalah penyelidik Sistem / konsep Cahayaku. Ramai pelajarnya dan kawan-kawannya mengatakan beliau berperwatakan aneh. Perbicaraanya lebih tertumpu kepada perkembangan EQ demi pembentukkan dan pertumbuhan IQ yang sihat, tajam serta sempurna. Sebagai penceramah beliau selalu suka pesan kepada pelajarnya  "ingat cerita Tarzan!"

Ketika menonton TV beliau lebih selesa duduk dilantai.

Kebiasaanya beliau berupaya menyerap beberapa sifat pelajar baik yang kecil atau dewasa, mahupun yang normal ataupun "special" dan akan meluahkan sifat-sifat itu kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikut Kursus Cahayaku. Semuanya hanya sekadar contoh dalam ceramah tetapi beliau tidak akan memberitahu sifat-sifat itu kepunyaan siapa. Sebenarnya beliau cuba mengajar kepada peserta kursus mengenai Sistem Cahayaku kerana Sistem ini memiliki keupayaan penghayatan, sifat-sifat EQ, IQ yang harus di kenal pasti oleh guru-guru yang bakal mengajar menggunakan sistem ini.

Ketika di tabika-tabika kanak-kanak akan cepat mesra dengannya. Beliau tidak pernah pertikai cara kanak-kanak duduk ketika membaca. Perhatikan aksi-aksi mereka ketika belajar didalam foto di atas.

Didalam komunikasi uncle akan menggunakan beberapa dialek, bahasa, pergerakan, sentuhan dan cara untuk memberi kefahaman kepada para peserta kursus. Beliau menggunakan keberkesanan motivasi dan provokasi tanpa disedari oleh kebanyakan pelajarnya. Purata akan berpuas hati dengan ceramah beliau walaupun ada segelintir yang tidak menyukainya. Bagi uncle yang segelintir ini, mengikut pendapatnya adalah kaum-kaum yang berjiwa "keras" dan memerlukan masa yang panjang untuk memulihkannya tetapi sayang seribu kali sayang sebab uncle tidak mempunyai masa untuk itu dan pada kebiasaanya dia hanya akan berdoa untuk mereka-mereka agar berubah kepada kearah yang lebih positif. Pada mereka ini cubalah "buka minda anda" kalau ramai yang menyukai dan sependapat dengan uncle, anda cubalah tafsirkan sendiri ya......

Wajah guru-guru yang akan mengajar menggunakan kaedah Cahayaku. Mereka terlalu asyik mendengarnya sehinggakan selepas kursus saya seringkali menerima SMS mengatakan mereka  pasti akan meluangkan masa sekiranya ada kursus lagi. Kenyataan yang sama terdapat dalam  www.facebook.com/educahayaku

Satu pesanan saya kepada pelajar-pelajar ketika beliau bersama dengan anda, beliau akan beranggapan bahawa anda semua bagaikan adik, anak saudara atau bagaikan anaknya sendiri. Oleh itu cubalah terima teguran dan fahamilah kerana kejayaan kamu mendidik dengan kaedah ini adalah kebanggaan dirinya dan semua yang terlibat

Uncle selalu berkata, "Upah saya ialah kamu mesti mendidik generasi akan datang mahir, pandai dan rajin membaca kerana membaca adalah sumber utama untuk bermacam-macam ilmu".

Thursday, June 20, 2013

Terasing dan asing.

Sejak akhir-akhir ini saya dan suami selalu saja kesuntukan masa kerana tugasan diluar sehinggakan tiada masa untuk meng-update blog malahan bersama-sama dengan keluarga sendiri pun hampir tidak ada.
Baru-baru ini anak-anak saya mengajak saya mencuba sesuatu tersangat asing. Masakan "Russian Food". Alahai bagi saya untuk mencuba sesuatu masakan selain daripada orang melayu agak sukar. Tetapi demi menjaga EQ anak-anak saya serta suami terpaksa juga untuk mencubanya. Bagi suami saya, dia tidak kisah mencubanya sebab beliau sudah biasa dengan masakan orang asing yang pastinya bagi makanan bakal dimakan itu mestilah halal.
Sebenarnya Restoran ini dimiliki oleh orang Russia berugama Islam dan semua pekerjanya adalah terdiri daripada ahli keluarganya sendiri. Didalam restoran ini hanya makanan dan minuman yang halal sahaja disediakan. Restoran ini sudah beroperasi selama 1tahun. Dalam restoran ini perhiasaannya teratur rapi dan bersih.
Kalau sekali pandang restoran ini dihiasi dengan meja-meja kayu yang agak antik. Kelihatan seperti kayu jati atau cherri wood.
Kali ini kami dilayang oleh Roslan (asal keturunannya ialah campuran Turkistan & Russia). Beliau bertutur dengan kami menggunakan bahasa Engris sahaja tetapi sepatah dua kata terkeluar juga perkataan melayu. Ini kata-katanya "just like RENDAN".
 Menu restoran agak terasing bagi saya dan terpaksalah saya banyak bertanya kepada Roslan mengenainya. Roslan adalah salah seorang ahli keluarga pemilik restoran ini. Beliau sangat mesra dengan kami dan kesemua soalan saya dijawabnya dengan tenang malahan beliau sangat bersopan santun.
 Air menuman seperti didalam tertara diatas... jangan harap nak minum air tembikai. 
 Masakan ini saya terlupa namanya tetapi ia mengandungi sayur-sayuran, ubi kentang dan lain-lain lagi yang pastinya sedap!
 Ini adalah sebahagian kecil daripada pesanan kami. Saya sedang mencuba "samusa" tapi tak sama rasanya dengan samusa yang pernah yang makan malah dia lebih sedap.
 Hmm... yang berkeping-keping tu rasanya sangat lain... nak tahu tapi jangan terkejut... daging kuda! Omak sedap pulak rasanya tapi panas badan dibuatnya.
 Ini adalah pesanan makanan yang di order oleh Omer Niaz, daging dan ubi kentang lecek memang sedap. Sebenarnya Omer tidak gemar makan daging lembu tapi mengikut katanya kalau di restoran ini dia suka makan daging lembu.
 Kalau orang Malaysia kata ini "roti benggali" tapi yang ini bukan. 
 Sekali imbas nampak macam "bahulu" yang terdapat di Malaysia tetapi tak sama sebab kulitnya agak "crunchy" dan di dalam ada isi ... hehehe suami saya kata "buah ulu berinti orang Russian".
 Yang ini nampak macam kek yang lembut tetapi sebenarnya tidak dan rasanya sangat sedap.
Inilah pesanan makanan oleh suami saya.. hmm, bukan satay tau sebab ia tak ada kuah malahan dagingnya dipanggang dan disaluti dengan bermacam-macam rempah. Makan secucuk dah keyang kata suami saya.

Pada sesiapa yang ingin mencubanya silalah ke Restoran Astana, A-01-10, Endah Promenade, Jalan 3/149E, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia, Kalau nak tahu lebih mengenainya atau tak tahu nak pergi kesitu cuba check https://www.facebook.com/AstanaRestaurant

Monday, April 22, 2013

LIVE : Nasi Lemak Kopi O @ Cahayaku

Setelah sekian lama berdebar-debar, peluh, sesak nafas dan cemas menunggu ... akhirnya sessi "Nasi Lemak Kopi O @ Cahayaku dilancar secara "live". Apakah soalan-soalan yang akan dikemukan oleh Juruacara.. hmm, saya pun tidak tahu, malahan saya sendiri tidak tahu bagaimana dan apakah yang akan dimuatkan dikaca TV untuk santapan penonton dirumah.

Kelihatan Tuan Hj Halim sudah bersedia untuk sessi ini secara "live".
Sessi ini dimulakan dengan beberapa soalan kepada Cikgu Hairizah mengenai keberkesanan Sistem Cahayaku kepada pelajar-pelajarnya. Malahan persoalan juga mengenai masa yang diambil untuk pelajar-pelajar ini mengadaptasikan diri dengan Sistem ini untuk mahir membaca, mengeja Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Puff, hati saya terasa lapang mendengar jawapan yang diberikan oleh Cikgu Hairizah dan keupayaan pelajar-pelajar itu membaca dengan lancar secara "live". Hehehe merasa lega tidak terhingga dan begini lah senyuman seorang pereka Sistem, penulis, penceramah dan pengajar (normal dan "special") apabila produknya dijadikan bahan untuk ditonton orang ramai supaya dapat di menafaatkan kepada anak mereka, generasi dan amnya Negara dimasa akan datang...
Kini tibalah masanya pelajar lelaki membaca Bahasa Inggeris dan cuba perhatikan kamera yang berada di dalam gambar ini. Penonton di TV hanya dapat menatap apa yang berada dikamera itu sedang kami boleh memerhatikan keseluruh situasi yang berada ketika sessi ini.
Hehehe.. ramai juga jurugambar-jurugambar sambilan merakamkan saat-saat ini untuk kenangan agaknya. En. Radzi sepatutnya boleh diberi pujian kerana beliau adalah salah seorang yang berkerja keras untuk memertabatkan imej dengan mencari berbagai-bagai kaedah dan akhirnya bertemu dengan Sistem Cahayaku dan telah berjaya untuk menyelesaikan 3M sehinggakan dijemput oleh pihak TV untuk ditonton oleh seluruh rakyak Malaysia.
Keratan-keratan akhbar, majalah yang lalu dimuatkan untuk tontonan mereka di TV mengenai Sistem Cahayaku. Sekiranya pembaca ingin melihat video rakaman ini sila link www.facebook.com/educahayaku
Kelihatan juruacara kemukakan beberapa soalan yang melibatkan pelbagai-pelbagai espek dan kelihatan Tuan Hj Halim dan Cikgu Hairizah mendengar dengan teliti.
Tuan Hj. Halim menjawab soalan yang telah dikemukan yang melibatkan visi, misi dan apa-apa "si" lagi yang berkaitan dengan Jabatannya tetapi yang pastinya beliau memahami permasalahan 3M adalah sesuatu yang amat mustahak untuk generasi yang akan datang. Suami saya pernah berkata, "Kalaulah kita menjadi ibubapa atau berada didalam jabatan-jabatan yang tertentu yang melibatkan generasi tetapi tidak menitik-beratkan permasalahan "buta huruf" atau keupayaan menguasai 3M bererti "something is not right" dengan diri kita sendiri.
Kini tibalah pula Cikgu Hairizah untuk melengkapkan apa yang telah dijawab oleh Tuan Hj Halim kerana beliau sendiri pernah mengajar kanak-kanak khas yang berada di Tabika beliau. Mengikut kata Cikgu Hairizah setelah menggunakan pelbagai-bagai kaedah tetapi setelah menggunakan kaedah Cahayaku barulah kesemua pelajar khas beliau dapat dipulihkan. Perbualan mengenainya telah saya muatkan dalam www.facebook.com/educahayaku
Omer Niaz (penolong penyelidik) hari ini telah menjangkau lebih jauh dengan mencubakan dirinya sebagai jurukamera.
En. Ruzaini (Pengarah Edu Cahayaku) berkata, "when you snap make sure all of them are in the camera screen. Don't snap only their head"... hehehe
Gambar yang telah diambil oleh Omer Niaz: Daripada kiri: Tuan Hj. Halim (Pengarah Perpaduan Negeri Selagor), Cikgu Hairizah (Tabika Perpaduan Petaling Jaya) dengan pelajar yang bernama a'yie,  saya (Pereka Konsep), Cikgu Hasnah (Tabika Perpaduan Kesuma 3) dengan pelajarnya auni, Pn. Rohana (Isteri En. Ruzaini), beliau adalah rakankongsi di Edu Cahayaku dan En. Radzi (PPD), Daerah Hulu Langat, Selangor.
Setelah selesai bergambar maka berdering-deringlah telefon kami tidak berhenti-henti tetapi untuk Tuan Hj. Halim pula telefonnya "naik penat" kerana tidak pernah ada luang masa yang tidak digunakan. Perhatikan gambar diatas semasa sessi bergambar... hehehe
"Hero" yang sebenar dalam sessi ini ialah "hero Hindustan yang diimport" iaitu Omer Niaz degree in psikologi dan akan mengambil master pada tahun ini.


Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...