Thursday, August 1, 2013

Mata & Pemikiran & Tafsiran Hati

Cetusan & pesanan Uncle: Moden adalah satu perkataan yang berkaitan dengan transformasi berdasarkan persekitaran mahupun pemikiran. Cara pembelajaran pun terlibat dalam transformasi! Ramai dikalangan kita masih tidak dapat menerima anjakan modenisasi dalam persoalan ini. Adakalanya persekitaran sudah moden tetapi pemikiran tetap kuno semuanya disebabkan oleh tafsiran! Inilah kes parah! Tapi ingat, bukannya semua tranformasi akan berganjak kepada kebaikan, adakalanya transformasi akan merosak infrastruktur generasi, negara dan agama!

Mata adalah kurniaan Allah SWT dan mata hanyalah sekadar memandang! Terpulang kepada yang mempunyainya bagaimana untuk menafsirkannya. Kalau hati itu sentiasa penuh dengan sifat-sifat yang negatif EQ sudah pastilah kata-kata dan hujah-hujah IQ akan ke arah yang negatif juga tetapi kalau hati itu baik, sudah tentulah baik tafsirannya. Hidup ini hanya sekali oleh itu pilihlah jalan kehidupan yang berfaedah dan tidak menyakiti mereka yang berada dikeliling kita!

Al-Quran surah 51 Adh-Dhariyat ayat (56): Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.

Kali ini saya uploadkan sesuatu yang abstrak khas untuk anda menggunakan mata yang berkaitan dengan tafsiran hati dan pemikiran. Cubalah fahaminya... hehehe

Beginilah bangunan yang berada di Kuala Lumpur. Hutan batu-bata. Adakah ini yang dikatakan moden, kedamaian dan menyenangkan fikiran anda?
Ini adalah salah satu jalan raya di Kuala Lumpur. Jambatan yang kelihatan itu adalah "Skywalk" yang menghubungkan antara satu pusat membeli-belah kepada yang lain.
Kelihatan yang berwarna kuning itu adalah "public transport". Mungkin ini yang dikatakan sebagai "Caterpillar On The Tree" kut! Transformasi yang menguntungkan atau rugi?
Ini adalah pemandangan daripada pintu pagar Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya.
Ini adalah deretan pokok kelapa sawit... Hulu Selangor. Kelapa Sawit adalah salah satu sumber ekonomi Negara! Sekiranya persekiran ini pun mahu digantikan dengan hutan batu-bata.. alamatnya hancurlah ekonomi negara! Gambar ini saya rakamkan ketika tersesat mencari Tabika Perpaduan.. huhuhu.
Pemandangan sebuah padang di Hulu Selangor. Tak moden tapi cantik!
Sketsa suamiku (uncle). Sebuah Sistem untuk pelajar-pelajar pra-sekolah, pemulihan dan kanak-kanak khas. Sistem pembelajaran luar negara masih terkial-kial untuk pulihkan kanak-kanak khas, contohnya disleksia tapi dengan Sistem ini para pelajar disleksia ...uh, "kacang" aja! Adakah tranformasi cara pembelajaran ini merugikan negara? Mengenai Sistem ini boleh di ketahui lebih lanjut dalam www.facebook.com/educahayaku
Chahaya (saya) berceloteh mengenai Sistem Cahayaku kepada guru-guru di Perlis. Sistem ini telah meliputi seluruh Negara jadi banyak ler tempat yang kami kena pergi... huhuhu do'akan kami sihat.
Perjalanan yang jauh membuatkan kami penat dan ini adalah lokasi antara Kelantan dan Terengganu. Pantai ini putih bersih dengan tiupan bayu yang tidak berhenti-henti. Nyaman dan tenang. Kebiasaannya tempat seperti ini akan membuat kita lebih tenteram tapi kalau EQ sudah parah, hmm, menyampah tengok sebab tak moden! Perlukah kita menghancurkan kedamaian yang kita ada?
Pembelajaran: Biasanya Omer Niaz akan bertanya tidak henti-henti (sebab beliau tidak mahir B.M) mengenai apa yang telah diperhatikan ketika saya atau uncle telah ajar kepada guru-guru dan kebiasaanya beliau akan membandingkan dengan psaikologi yang pernah dibelajarnya di Universiti. Kesemua ilmu itu akan dijadikan sebagai dokumentasi untuk Sistem Cahayaku. 
Pemandangan pantai di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Tenang, damai dan nyaman perlukah kita rombakkan kesemuanya dengan retorik gelagat manusia yang mahukan transformasi seperti "Arab Spring" terpekik, terlolong dan meraung?
Pemandangan di Kuala Perlis di waktu senja. Cantuman langit dan air laut.
Senja di salah satu lokasi di Kedah.
Salah satu lokasi tasek di Perlis tempat kami menginap. Langit, awan, bukit, tasek dan dataran.
Pemandangan ini disebelah tempat saya berceramah di Kuala Terengganu. Apabila ditunjukkan kepada pelajar-pelajar, mereka mengatakannya cantik! Apabila diberi tahu lokasinya, mereka semua terkejut. Pesanan: Apabila kita memandang, hentilah seketika dan renungkan dalam hatimu... apakah yang dapat kita tafsirkan daripada apa yang kita pandang!

Lukisan anak bongsu saya. Perhatikan baik-baik. Dapatkah kamu menilaikan EQ pelukis ini dan IQ-nya ketika melukis? Mata adalah kurnia Allah SWT untuk hati menterjemahkan sifat-sifat yang sedang kamu miliki ketika itu! Hati-hati dengan hatimu!

No comments: