Monday, July 15, 2013

Uncle - Penyelidik / penceramah

Letihnya hanya Allah je yang tahu. Maklumlah baru je balik dari "outstation" tetapi saya gagahkan diri untuk mengupdate blog ini. Rasanya sudah sekian lama saya tidak meluangkan masa. Bila umur pun dah lebih dari separuh abad. Faham-faham ajelah.....

Tahukah anda kaki siapa ni? Mungkin pemilik kaki ini tidak suka bergambar atau mungkin juga dia merasakan bahawa kakinya lebih cantik... hehehe

Sebenarnya inilah kaki "uncle" yang selalu tersalah "snap" ipad kepunyaan saya. Perkara seperti ini sering berlaku ketika dia memegang ipad!

Uncle adalah penyelidik Sistem / konsep Cahayaku. Ramai pelajarnya dan kawan-kawannya mengatakan beliau berperwatakan aneh. Perbicaraanya lebih tertumpu kepada perkembangan EQ demi pembentukkan dan pertumbuhan IQ yang sihat, tajam serta sempurna. Sebagai penceramah beliau selalu suka pesan kepada pelajarnya  "ingat cerita Tarzan!"

Ketika menonton TV beliau lebih selesa duduk dilantai.

Kebiasaanya beliau berupaya menyerap beberapa sifat pelajar baik yang kecil atau dewasa, mahupun yang normal ataupun "special" dan akan meluahkan sifat-sifat itu kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikut Kursus Cahayaku. Semuanya hanya sekadar contoh dalam ceramah tetapi beliau tidak akan memberitahu sifat-sifat itu kepunyaan siapa. Sebenarnya beliau cuba mengajar kepada peserta kursus mengenai Sistem Cahayaku kerana Sistem ini memiliki keupayaan penghayatan, sifat-sifat EQ, IQ yang harus di kenal pasti oleh guru-guru yang bakal mengajar menggunakan sistem ini.

Ketika di tabika-tabika kanak-kanak akan cepat mesra dengannya. Beliau tidak pernah pertikai cara kanak-kanak duduk ketika membaca. Perhatikan aksi-aksi mereka ketika belajar didalam foto di atas.

Didalam komunikasi uncle akan menggunakan beberapa dialek, bahasa, pergerakan, sentuhan dan cara untuk memberi kefahaman kepada para peserta kursus. Beliau menggunakan keberkesanan motivasi dan provokasi tanpa disedari oleh kebanyakan pelajarnya. Purata akan berpuas hati dengan ceramah beliau walaupun ada segelintir yang tidak menyukainya. Bagi uncle yang segelintir ini, mengikut pendapatnya adalah kaum-kaum yang berjiwa "keras" dan memerlukan masa yang panjang untuk memulihkannya tetapi sayang seribu kali sayang sebab uncle tidak mempunyai masa untuk itu dan pada kebiasaanya dia hanya akan berdoa untuk mereka-mereka agar berubah kepada kearah yang lebih positif. Pada mereka ini cubalah "buka minda anda" kalau ramai yang menyukai dan sependapat dengan uncle, anda cubalah tafsirkan sendiri ya......

Wajah guru-guru yang akan mengajar menggunakan kaedah Cahayaku. Mereka terlalu asyik mendengarnya sehinggakan selepas kursus saya seringkali menerima SMS mengatakan mereka  pasti akan meluangkan masa sekiranya ada kursus lagi. Kenyataan yang sama terdapat dalam  www.facebook.com/educahayaku

Satu pesanan saya kepada pelajar-pelajar ketika beliau bersama dengan anda, beliau akan beranggapan bahawa anda semua bagaikan adik, anak saudara atau bagaikan anaknya sendiri. Oleh itu cubalah terima teguran dan fahamilah kerana kejayaan kamu mendidik dengan kaedah ini adalah kebanggaan dirinya dan semua yang terlibat

Uncle selalu berkata, "Upah saya ialah kamu mesti mendidik generasi akan datang mahir, pandai dan rajin membaca kerana membaca adalah sumber utama untuk bermacam-macam ilmu".

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...