Friday, November 4, 2011

Korban....... bengkel.

Sombong? Nampak macam tapi tidak. Serius? Hanya bagi orang yang tidak mengenalinya. Garang? Hanya pandangan mata. Bak kata pepatah 'Don't judge the book by its cover'. Itu pandangan pertama sesiapa sahaja terhadap puan punya bengkel ini. Namanya Habibah dan saya memanggilnya Ba. Bagi saya wajah tidak dapat menggambarkan tentang perangai seseorang dengan tepat. Setelah kita mengenalinya barulah kita tahu betapa baiknya hati seseorang itu. Kerana wajahlah saya selalu tertipu. Wajah yang polos dan pakaian yang melambangkan seorang ustaz atau ustazah itulah pembelit yang nombor satu. Tidak semua tetapi untuk zaman ini agama menjadi taruhan untuk menipu orang ramai.

Korban? Semua tahu didalam hidup ini setiap manusia pasti ada yang melalui kehidupan dengan pengorbanan yang begitu tinggi. Tak kiralah pengorbanan EQ atau harta benda. Bagi Ba saya rasa beliau juga sudah pasti banyak berkorban untuk suami, adik-beradik, ibu-bapa, mertua dan ipar duai. Anak sulung dalam keluarga sudah tentu pengorbanan terhadap kedua orang tuanya termasuk mertua yang diutamakan. Dia seorang wanita yang sederhana dan mempunyai hati dengan nilai kemanusiaan yang cukup tinggi. Semalam ketika saya di bengkelnya saya terdengar pekerjanya berkata' Saya nak pinjam kereta dengan pakcik driver nak tenguk rumah'. Tanpa bertanya kepada pekerjanya dia terus mengatakan 'gunalah tak apa'. Selalunya pemilik kereta akan bertanya nak kemana? Bawak kereta elok-elok. Jangan lama-lama. Balik cepat. Tapi tidak bagi Ba.

Ramai wanita yang telah saya kenali samada rapat atau tidak. Tapi untuk wanita ini dia memang jauh berbeza. Setiap pertemuan pasti ada penyebab dan hikmahnya. Walaupun kami berlainan bangsa, warna tetapi sama agama itu sudah mencukupi buat saya kerana yang penting adalah hati. Hati yang ikhlas dan jujur lebih elok dari wajah yang putih dan bersih. Wajah yang putih dan bersih jugalah yang pernah menipu saya. Melihat cara dia bergaul dengan pekerjanya saya yakin dia adalah seorang majikan yang bertimbangrasa. Cinta juga perlukan pengorbanan. Ba pasti berkorban EQ demi suaminya. Apakah pengorbanannya? Hanya dia saja yang tahu. Sama padan. Seia dan sekata dengan suaminya yang mempunyai nilai redha dan ikhlas yang cukup tinggi didalam hati bakal membuatkan perniagaannya lebih berjaya lagi. Amiin. 

Untuk kerbau yang bernama Am, hari pengorbanannya sudah hampir tiba. Tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidul Adha pada hari Ahad ini. Aidul Adha juga dikenali dengan nama  Hari Raya Haji. Terkenang sejenak ketika saya mengerjakan haji pada tahun 2006 bersama suami. Satu perasaan dan pengalaman yang tiada nilainya. Apakah pengorbanan anda terhadap diri dan keluarga? Pernahkah anda terfikir pengorbanan EQ sungguh tinggi nilainya. 
Ini kerbau jantan bukan lembu ler. Macam mana nak tau jantan atau betina? Puff, soalan cepu' mas. Kena tanya pada siapa agaknya?..... Wakakaka... tanyalah pada kerbau ini sendiri kalau tak percaya!

Fasilitatur Cahayaku selalu menyanyi lagu Rap... lagunya seperti ini... "aaaaiii, kawe, kawe, kawe ado kuba, kuba, kuba, kuba kawe warno hite, hite, hite..."

Ashraf...mana sosnya!

Semalam 2hb Nov 2011 saya baru mengenali Ashraf seorang waiter di Restoren Windmill. Masih menuntut katanya dan ini adalah kerja sambilan untuk mengisi masa lapang. Betul juga daripada terbuang biarlah masa yang ada digunakan sebaik mungkin. Bagus budak ni. Pandai mencari rezeki untuk menyara diri. Tidak sempat pula saya bertanya dari mana asalnya. Berapa orang adik-beradiknya dan soalan-soalan bagaikan seorang wartawan. Bukannya busy-body tapi untuk mencari jawapan tentang masyarakat dan remaja masakini. Melihat wajahnya saya terbayangkan anak-anak saya dirumah. Terlintas dihati sudah pasti waktu ini anak-anak saya sedang mengadap komputernya atau sibuk dengan robot-robot mainan mereka.

Berbanding dengan ibu-bapa yang lain saya pula mempunyai pendirian yang jauh berbeza. Dalam seratus mungkin seorang saja yang berpendapat seperti saya. Kawan-kawan pernah menasihatkan saya supaya menyuruh anak-anak saya bekerja sambilan diluar untuk mencari duit poket. Satu perasaan yang tersemat didada saya ialah bagaimana mungkin saya melepaskan anak-anak saya bekerja. Saya tidak sanggup dan tidak rela untuk melihat anak-anak saya mencari rezeki diusia yang sebegini. Saya tabik hormat kepada ibu-bapa yang membiarkan anak-anak mereka mencari pengalaman diluar. Bagi saya, saya tidak dapat melakukannya dan ternyata itu adalah kelemahan saya yang sangat ketara. Pernah saya bertanya pada diri saya adakah saya ini tidak normal? Mungkin.....agaknya.

Sewaktu saya menunggu keputusan MCE saya telah bekerja disebuah klinik dengan pendapatan sebanyak rm350 sahaja. Saya boleh melakukannya dan kenapa sekarang saya tidak membenarkan anak-anak saya buat apa yang saya telah buat ketika berusia 17 tahun dahulu. Jawapannya hanya satu dimana saya inginkan anak-anak saya memberi tumpuan kepada pelajaran. Manalah tahu anak-anak zaman sekarang ni bila dah merasa duit ringgit pelajaran diabaikan. Harap-harap Asyraf tidak begitu ya kerana pelajaran itu penting. Jangan kecewakan perasaan kedua ibu-bapa Asyraf tau. Sudah pasti ibu-bapa Asyraf pun ingin melihat dia berjaya didalam pelajaran. Buktikan kepada masyarakat bahawa bekerja sambilan tidak akan menjejaskan pelajaran. Teruskan usaha gigih Asyraf tu! Thumbs-up untuk Asyraf.

Anak saya Ujey 24 tahun dan sedang buat master sekarang ni pernah meminta izin dari saya untuk bekerja sambilan tetapi saya tidak benarkan. Jawapan saya hanya satu dapatkan PHD dulu baru boleh bekerja. Insyaallah pada tahun hadapan dia akan menyambung pelajarannya ke tahap PHD. Adiknya pula akan habis degree pada pertengahan tahun hadapan dan sudah pasti akan menyambung masternya diUPM. Manakala yang perempuan akan terus mengambil degree setelah tamat diplomanya. Syukur alhamdulillah anak-anak saya masih minat lagi untuk belajar dan terus belajar. Saya akan terus memberi sokongan agar anak-anak saya ini mempunyai PHD bukan saja 1 malah 2 atau 3 dibidang yang ada kaitannya dengan pembelajaran anak-anak dan juga ada kaitannya dengan buku saya. Itu yang paling penting kerana saya ingin letakkan nama anak saya yang sulung dibawah nama saya. CAHAYAKU ADALAH MILIK MEREKA!

Untuk Asyraf sekiranya dia membaca blog ini aunty doakan agar Asyraf maju didalam pelajaran dan yang penting maju juga didalam jatidiri. Jadikan pengalaman menjadi waiter satu pengalaman yang boleh meningkatkan EQ yang mantap. Tidak kira dimana kita berkerja asalkan kita dapat mendidik EQ kearah kebaikan dan jangan cepat berputus asa.

Hanya satu yang menjadi sesalan buat Aunty. 'Mana sosnya Asyraf'.....huhuhu... Makanan yang dibungkus semalam tidak bersos. Siapakah yang salah? Asyraf seorang waiter yang menerima pesanan atau orang dapur (Chef atau pembantu chef) yang membungkus pesanan. Lain kali jangan buat lagi tau.
 Asyraf pekerja sambilan di Windmill, Klang. Baginya bekerja untuk mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang memberi keuntungan.
Salah seorang pekerja di Park Avenue Hotel di Kedah. Perhatikan pakaiannya yang kemas dan cantik.
"Buffet" di Hotel Park Avenue. Suasana di Hotel amat berbeza dengan tempat-tempat seperti Asyraf bekerja. Cuba perhatikan perbezaan "lighting"nya. Apakah suasana akan memberi impak kepada EQ para tetamunya? Bagaimana pula impak EQ kepada para pekerjanya?
Ketelitian susunan, kebersihan, hawa dingin, "lighting", suasana dan lain-lain lagi adalah "cermin" minda IQ para pekerjanya serta cita-rasa pemiliknya yang akan memberi impak paling efektif kepada pengujungnya yang berunsurkan EQ untuk menjamu selera.
  Cindy, namanya kalau tak silap saya. Beliau adalah lambang kejayaan sesebuah hotel kerana keramahannya dan kesediaannya untuk membantu apabila diminta. Beliau juga fasih bertutur bahasa malaysia dalam dailek kedah. "Awat hang baik noh".

Wednesday, November 2, 2011

CAHAYAKU dimana-mana......Seronoknya.

Ihtifal, ihtifal dan ihtifal. Perkataan yang paling saya geruni kerana banyak kerja dan persediaan yang nak dilakukan dimana melibatkan persembahan dan hadiah anak-anak murid saya. Malangnya majlis ihtifal kali ini tidak dapat diadakan ditempat biasa iaitu diDewan Kompo, Pusat Belia Antarabangsa Bandar Tun Razak. Kebiasaannya dewan inilah yang akan menjadi saksi persembahan anak-anak murid saya. Emmmm inilah yang dikatakan nasib dan tak ada rezeki kerana borang sudah pun diisi seawal bulan November tahun 2010 untuk tempahan bagi tahun 2011. Namun saya difahamkan bahawa tiada tempahan dibuat. Tak tahu nak kata. Selama ini itulah 'procedure' yang telah saya lakukan selama bertahun-tahun lamanya. Nak katakan salah mereka pun tak boleh juga. Yang jelas TIDAK ADA REZEKI kali ni.

Duduk termenung memikirkan apa yang harus saya lakukan disaat-saat genting sebegini. Hanya satu yang terlintas di fikiran saya iaitu Shah. Adik angkat saya yang paling rapat dengan saya. Banyak masalah saya dia yang selesaikan. Bertuah dapat adik yang macam ni. Dengan hanya satu panggilan telefon tanpa banyak soal dia terus kata 'beres kak'. Tiada rundingan harga, tiada pertanyaan dan tiada persoalan di dalam diri saya pun. Bagi saya bila dia kata beres beban saya sudah saya letakkan dibahunya. Zalim sayakan. Tapi apa gunanya adik kalau masalah kakak dia tidak boleh pikul bersama. Shah terima kasih banyak-banyak. Walaupun kami berlainan ayah dan ibu apalagi warna tapi bagi saya dia ibarat adik kandung saya. Saya sayangkan dia kerana dialah satu-satunya adik lelaki yang saya ada. Yang lain hmmm.....

Saya telefon Shah pada pukul 9.15 pagi dan lebih kurang pukul 10.45 pagi saya kebengkelnya. Terkejut saya kerana 10 peratus kerja saya telah pun dilakukan. Cepatnya. Berbual dengan Shah akan membuatkan saya terus ketawa dan ketawa. Begitulah setiap kali saya bertemu dengannya. Kalau macam inilah keadaannya awet mudalah saya. Tak lama kemudian anaknya pun tiba dengan ditemani oleh ayah saudaranya. Comelnya.....memang comel. Itulah dia anak kesayangan Shah. Satu-satunya anak yang dia miliki.

Yan nama manjanya. Keletah dan sungguh aktif. Dia pandai berbual dan dari cerita ibunya saya difahamkan anaknya belajar disebuah tadika diPelabuhan Kelang yang menggunakan buku Cahayaku. Tanpa banyak bicara saya terus mencapai suratkhabar dan minta Yan membaca teks yang tertera di akhbar Kosmo. Pada mulanya dia agak malu namun setelah disuruh berkali-kali akhirnya dia akur. Ternyata Yan boleh membaca. Walaupun hanya setahun ditadika tersebut dia tetap boleh membaca. Tahniah kepada cikgu yang mengajar Yan. Melihat Yan membaca saya merasa bangga kerana siapa sangka CAHAYAKU ADA DIMANA-MANA.

Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang dan saya harus pulang kerumah. Dalam pada saya berbual dengan Shah pekerjanya terus melakukan tugasan. Sekali lagi saya terkejut kerana rangka pentas saya sudah siap. Buka pentas saya ialah 14' x 10'. Cukup besar. Saya memandang dengan penuh kehairanan kerana pentas sudah ada didepan mata saya. Kata Shah 'kalau tak ada duit gunalah pentas ni dan manalah tau tiba-tiba ada rezeki pulak akak buatlah di Hotel'. Insyaallah manalah tau masin mulut Shah majlis ihtifal kali ni betul-betul dapat diadakan diHotel. Mungkin ke terjadi? Kita tenguk saja apa yang bakal berlaku kerana kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Sekali Allah mengatakan 'Kun fayakun' jadi tetap jadi.
Yan: Umur 6 tahun, sedang membaca akhbar Kosmo. Saya memerhatikan setiap perkataan yang sedang dibacanya untuk memastikan sebutannya betul serta lancar.
Mohd Syahiran bin Mohd Shah dari Tadika Pelabuhan Klang, Selangor.

Tuesday, November 1, 2011

CIKGU, GURU DAN PENDIDIK......AKU?

Dari Kota Bharu Kelantan rehat sebentar. Sungai Petani Kedah dan Perlis. Satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Azami, Diana dan Ros nama-nama yang saya kenali di Kota Bharu. Sungguh peramah dan senang untuk berbicara dengan mereka. Paling menyeronokkan ketika saya dibawa untuk mencari tudung di Pasar Siti Khadijah dan Istanbul. Azami dan Diana sanggup melayan kerenah saya untuk mencari tudung dari satu kedai ke kedai yang lain. Thanks a lot to you all.....saya di layan dan terus di layan.

Selang beberapa hari saya ke Sungai Petani Kedah pula. Bermalam di Park Avanue. Sebuah Hotel yang cantik. Di sini saya ditemani oleh guru-guru dari Tadika seluruh negeri Kedah yang menghadiri kursus cahayaku selama 3 hari 2 malam. Walaupun ada diantara mereka itu yang sudah berumur tetapi semangat mereka untuk mendidik anak-anak membuatkan saya tabik kepada mereka. Usia tidak penting yang penting semangat, kesungguhan dan keikhlasan yang terpancar diwajah-wajah mereka. Memang tepat kalau saya katakan mereka adalah lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi suasana persekitaran.

Dari Sungai Petani Kedah saya terus ke Perlis. Bermalam di Bukit Ayer Resort. Suasana yang berbeza kerana kali ni diadakan kursus cahayaku ini di Resort. Seperti biasa saya ditemani oleh beberapa orang guru seperti Manisah, Maha dan yang lain-lain. Maaf nama-nama anda saya dah tak ingat. 3 hari 2 malam telah memberikan saya bermacam-macam pengalaman yang cukup indah. To all the teachers YOU ARE THE BEST.......see you soon........Good Luck!
 Para peserta dari seluruh negeri Kedah. Mungkin para peserta masih tertanya-tanya bagaimanakah Sistem ini. "wait and see at the end of the session".
 Kursus ini diadakan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah. Nampak tak Kak Su daripada Langkawi tu
 Sewaktu menjamu selera. Ada yang makan sambil berfikir dan ada yang makan langsung tidak berfikir.
 Kursus yang diadakan di Bukit Ayer Resort, Perlis. Dalam hutan beb...jangan marah le...
 Para peserta dari seluruh negeri Perlis. Tua bukannya penghalang untuk membangunkan generasi yang dinamik.
Hampir kesemua para pesertanya berada didalam foto ini sebabnya Perlis tu kecil. Wakakaka

Monday, October 31, 2011

USTAZ pun menipu jugak?

LUMRAH alam. Jangan pandang pada luaran. Apalagi dengan muka yang begitu polos. Itulah pesanan saya kepada anda-anda yang sedang membaca blog ini. Nama yang tidak asing lagi Ustaz L dan pengikut setianya D. Kalau dipandang dari luarannya anda akan mengatakan yang mereka-mereka ini adalah orang-orang yang boleh dipercayai 100 peratus. Solat, zikir dan yang cantiknya wuduk tidak putus. Rupa-rupanya itu adalah 'cover' bagi mereka untuk menipu orang ramai termasuk kawan saya dan saya sendiri.

Mmmmmm......ada jugak manusia yang macam ni yang memberi anak isteri makan dengan duit haram. Kasihan saya bila melihat mereka menipu kami. Susahnya mereka mencari duit sampai sanggup menggadai agama. Berpura-pura alim dan warak. Bertutur bahasa dengan sopan. Bercakap je sikit ayat-ayat yang keluar ialah 'saya tidak hadap pada dunia' rupanya mereka ini bukannya tidak hadap pada dunia tetapi segala najis dan bangkai mereka tibai je.....Ustaz ooh  ustaz......kenapa lah boleh jadi begini. Agama? Keperibadian? EQ dan IQ semuanya entah kemana. Dasar seorang ustaz yang bertopengkan manusia dan berhati binatang. Sanggup menjadi seorang yang alim tetapi sebaliknya adalah seorang PENIPU yang hebat. Macam-macam orang ada di dunia ni. Maha pencipta Allah yang Maha Esa.

Malangnya bukan kami saja ditipu tetapi ramai lagi diluar sana. Bila difikir-fikirkan mungkin kerana desakan hidup. Maklumlah isteri ada 3 dan dari perbualannya mungkin nak tambah satu lagi. Anak pula ada 9 ke 10 ke tak tahulah. Sebab itulah dia terpaksa menipu orang untuk menampung segala perbelanjaan. Ya Allah berilah hidayah kepada Ustaz ini begitu juga dengan sahabatnya. INSAF lah dan bertaubatlah.

Berjaga-jagalah sekiranya anda berjumpa dengan seorang ustaz yang namanya bermula dengan huruf L dan pengikut setianya di kenali dengan nama yang bermula dengan Z tetapi pendeknya bermula dengan D..... berwaspadalah. Trade mark mereka ialah mereka ni sentiasa berzikir, bersolat dan wuduk tidak putus. Perkataan kegemarannya ialah "hadap duniawi". Sekiranya anda berjumpa dengan orang-orang seperti ini 'BERWASPADA'.
Pada fisikalnya manusia tetapi batin binatang. Mungkin inilah rupa binatang kalau ditafsirkan jiwa ustaz dan pengikut setianya.

Barangan yang selalu suka dipamerkan oleh mereka dengan cerita-cerita yang cuba dikaitkan dengan kehidupan dan amalan harian kita. Hati-hati sekiranya mereka menawar perubatan kerana mengikut kata suamiku cara yang ditawarkan itu ialah untuk membodohkan orang!

Sunday, October 30, 2011

Siapakah Penyelidik Konsep, Sistem & Cara Pembelajaran Cahayaku.

Inilah tangan dan kaki penyelidik Cahayaku. Beliau tidak suka bergambar. Mungkin pemilik blog www.na5wa.com yang berada di Arab Saudi akan bersenyum atau ketawa. Wakakaka.
Aku bersamanya ketika kami ke Singapore. Sudah aku katakan bahawa beliau tidak suka bergambar malahan beliau tidak suka telefon, jam atau cincin. Anehkan?
Beliau suka menyelidik apa sahaja termasuklah tingkah laku (EQ dan IQ) manusia ketika ditempat yang terasing. Contohnya seperti didalam gambar ini. Lokasinya ditengah-tengah hutan.
Beliau sudah pasti memandu dengan perlahan sekiranya aku tidak tidur kerana ada teman kesayangannya untuk bercerita tetapi masya'allah lajunya sekiranya semua penumpang sudah tertidur.
Ketika bersiar-siar kebiasaannya beliau diiringi anak-anaknya. Bagi anak-anaknya beliau merupakan orang yang boleh dibawa berbincang dalam semua persoalan.
Disatu sessi beliau memberi ceramah mengenai Sistem Cahayaku. Kalau ditelitikan pakaiannya terlalu "simple" tetapi apa yang disampaikan... hmmm ramai yang mengkaguminya dan purata akan mengatakan teknik Cahayaku yang disampai terlalu "advance" meliputi pelbagai aspek mengenai pembelajaran.
Sebahagian daripada para pelajar disebuah hotel ternama di utara Malaysia.
Inilah pesanannya biar kita ini bagaikan bayang-bayang didalam dunia pendidikan untuk generasi malaysia dan dunia. Cuba perhatikan: Bayangan dan kenyataan. "Tiada objek tiadalah bayangnya!" Bagaimana hendak bercerita tentang "bayang" sekiranya tiada "bayang". Wakakaka.

Wednesday, October 26, 2011

Aku dan tugasan

Di ofis Desa Pandan, K.L. "I'm the boss, I'm the clerk, I'm the labourer, I'm the office girl". 
Para pelajar berbincang mengenai sistem dan konsep serta kefahaman mereka.
Perjalananku merempuh bandar ketika menjalankan tugasan luar.
Perjalananku merempuh desa, bendang dan sawah padi.
Penerangan yang diberikan oleh pelanggan mengenai tempat ini.
Biasanya soalanku akan bertalu-talu mengenai sesuatu untuk mendapatkan kepastian.
Cuba perhatikan tempat ini... Cantik?..Ini tempatnya yang hendak dijadikan tadika.
Episod yang dinanti-nanti ketika "out-station". membeli buah-buahan tempatan.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...