Saturday, October 6, 2012

Pertemuan yang MIRACLE......


Jodoh.....Pertemuan dan Kematian adalah urusan Allah semata-mata. Bila, Bagaimana, Masa dan Ketika tiada siapa dapat menjangka. Adakah ia satu kebetulan atau satu ketentuan. Bila difikirkan secara logik kita akan mengatakan satu kebetulan dan bila di fikirkan dgn hati dan nurani sebenarnya ia adalah satu ketentuan. Ketentuan Allah yang tidak dapat kita elakkan.

Bagaimana ia terjadi hanya Allah saja yang maha mengetahui. Sebenarnya pertemuan demi pertemuan sudah di atur oleh seorang sahabat untuk menemui seseorang yang saya tidak kenali. Hari demi hari pertemuan itu terpaksa dibatalkan atas tiada kesempatan, hati merasa curiga dan hati merasa hambar untuk membuat satu pertemuan. Macam-macam alasan bermain di kepala masing-masing.

Selang beberapa hari kemudian seorang kawan yang lain menelefon saya untuk menemukan saya dgn seorang hamba Allah yang tidak dikenali. Tanpa bersoal jawab saya terus menerima perlawaan tersebut dan bercadang untuk menemuinya disatu tempat. Setibanya disana saya terus mengajak mereka untuk menaiki kereta saya dan menuju ke R&R Nilai untuk bersarapan disana kerana saya sukakan masak lemak cili api daging salai. Dalam perjalanan kami berbual dan terus berbual. Ketika itulah saya merasa terkejut kerana dia adalah orang yang sepatutnya saya temui beberapa hari yang lalu. Walaupun pertemuan demi pertemuan di tolak dan diatas kehendak Allah orang yang sama yang sepatutnya saya temui kini berada didalam kereta saya. Aturan Allah begitu indah. Walaupun kita di tolak dan di tolak namun di atas satu ketentuan sekiranya Allah inginkan pertemuan itu terjadi ia tetap akan terjadi walaupun pertemuan itu di aturkan oleh orang lain. Subhanallah tiada siapa dapat mengelak dari satu ketentuan ke ketentuan yang lain. Kalau di takdirkan kita pasti bertemu dengan cara apa sekali pun kita akan tetap bertemu di dalam keadaan dan situasi yang berbeza.

Saya yakin pertemuan yang di anggap miracle ini akan membuahkan satu hasil yang sungguh miracle. Ya Allah sekiranya pertemuan ini bakal membawa kepada keburukan aku mohon kau tukarkan lah ia kepada satu kebaikan. Kenapa ini terjadi? Saya yakin sangat-sangat bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Pasti pada kali ini apa yang saya impikan selama ini bakal terjadi. 7 tahun saya didalam kegemilangan dan 7 tahun pula saya didalam penderitaan. Pada musim haji ini genap sudah 7 tahun pula saya menderita akibat disihir, di tipu, di fitnah, di tuduh, dipotong dan dipancung didalam perniagaan. 

Apa yang terjadi sungguh indah sebenarnya kerana barulah saya tahu siapa kawan dan siapa lawan. Allah telah membuka mata saya. Adakalanya orang luar lebih rapat dengan saya melebihi saudara-mara saya sendiri. Orang luar lebih memahami dan sedia menghulurkan bantuan apabila di perlukan. Orang luar yang saya maksudkan di sini bukannya orang Malaysia tetapi mereka adalah sebuah keluarga Iraq yang sungguh baik hati. Pertemuan saya dengan mereka juga adalah satu Miracle yang menjadikan ikatan keluarga Iraq dengan keluarga saya seperti saudara kandung saya. Kawan? Jangan tanya. Masa saya di dalam keadaan yang begini siapa yang sudi membantu. Anda pun tahu pasti anda juga telah melaluinya. Itulah dia ragam manusia......... 

Friday, October 5, 2012

Posing & Pos


"Waaa..lambat lagi ke nak balik kerumah ni"... Posing yang tak dirancang oleh seorang pelajar menunggu waktu pulang..
Pos aksi terbaik dari saya.    
A quick "hide and seek"
Sambil menunggu kita boleh jugak berposing ... hehehe
  Berposing bererti mesti bergaya... ini cara kami sebab kami lelaki..
Gee, kami dari tadika Cahayaku...posing cara budak-budak perempuan.. 
Hi, I'm Hani 6 yrs old..
Nampak cantik tak kalau pose macam ini?
Kalau bergambar... kita mesti bergaya.. peace..
Cheer everyone... we are here.
Ini gaya saya... serius seperti orang dewasa...
Pos istimewa dari saya...bunyiannya ialah... um, pah, put, put...

Tuesday, August 14, 2012

Perjalananku........

Kecewa, sakit hati, penat, sabar, buang masa, menyampah dan macam-macam lagi perasaan yang timbul didalam diri saya. Perasaan negatif atau positif sentiasa silih berganti. Adakalanya saya merasakan bahawa semakin saya melangkah jauh didalam perjalanan ini semakin saya rasa sebak dan sakit didada. Manusia....oh.....manusia dimana perasaan dan hati mereka. Kalau orang dulu-dulu kata manusia sekarang ni sudah tidak mempunyai hati perut. Emmm bagaimana nak saya jelaskan ya tetapi kata-kata itu ada betulnya. Orang yang ada hati perut tidak akan melakukan sesuatu yang akan menyinggung perasaan orang lain.

Banyak yang telah saya pelajari sebenarnya. Sambil saya berjalan mengharungi titian kehidupan ini sambil itulah saya mengutip sedikit demi sedikit cebisan cebisan ilmu yang ada disepanjang perjalanan ini. Yang baik akan saya jadikan satu jambatan untuk saya mencapai cita-cita saya dan yang tidak baik mungkinkah akan saya buangkan ia begitu saja. Sudah penat saya berjalan tidak mungkin yang tidak baik akan saya buang sebaliknya yang tidak baik inilah yang menjadikan saya lebih dewasa didalam saya cuba untuk mengenali lebih dekat lagi manusia- manusia yang ada disekeliling saya.

Bersama guru tabika perpaduan memang menyeronokkan. Saya dapat menyelami hati budi mereka. Keikhlasan, ketulusan, keperihatinan dan kasih sayang yang ada didalam diri mereka amat terasa di hati saya. Dari satu negeri ke satu negeri saya jelajahi bermacam-macam rupa dan perangai yang saya temui. Ada diantaranya sehingga kini tidak dapat saya lupakan. Layanan mereka terhadap saya sungguh menyentuh hati saya. Cikgu sebenarnya anda adalah pelita buat saya. Tanpa mereka cahayaku tidak dapat membuktikan kehebatannya. Tanpa mereka cahayaku tidak dapat menebarkan sayapnya. Tanpa mereka cahayaku TIDAK KEMANA. Komitmen yang mereka berikan terhadap mendidik anak-anak disegi bacaan memang tidak dapat saya nafikan kerana ada diantara mereka adalah pendidik pendidik anak bangsa yang terbaik.

Mengenali satu kumpulan yang lain amat memilukan hati saya. Menipu, membelit, mencantas, dengki, fitnah dan semua sifat-sifat yang negatif ada dihati mereka. Bila saya perhatikan wajah mereka satu persatu saya rasa amat sedih kerana agama bagi mereka telah jauh tersisih. Apakah tujuan mereka hidup? Adakah cukup sekadar mencari duit semata-mata? Inikah yang mereka inginkan didalam kehidupan mereka. Ya Allah......saya tidak dapat berkata apa-apa dan tak tau nak kata apa kerana terlalu ceteknya ilmu mereka didalam bab ketuhanan walaupun yang asas.

Walaubagaimana susahnya saya menjalani titian ini hanya satu saja kekuatan yang membuatkan saya masih kekal didalam pencarian kehidupan ini. Kata-kata dari adik angkat saya.....'kak masih ada lagi manusia yang jujur didalam dunia ini'. Ya mungkin benar apa yang dikatakannya kerana didalam permainan ini tidak mungkin tidak ada manusia yang jujur. Cuma saya belum bertemu dengan manusia yang dipanggil insan yang mempunyai keikhlasan dihati.

Saya dapat berdiri tegak untuk mengharungi perjuangan ini adalah semata-mata kerana saya mempunyai suami yang cukup menyanyangi saya. Ada adik angkat yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Hanya ada satu didalam hati saya. Saya ingin perjuangan dan perjalanan ini akan diakhiri dengan satu perkataan yang sudah lama saya nanti-nantikan iaitu........GAME. Adakah saya dan adik angkat saya bakal gamekan permainan kehidupan ini? Nantikan cerita saya selanjutnya tentang perjuangan saya yang seterusnya dengan tajuk 'GAME......satu titik noktah'.





Alatan seni

Baru saya tahu rupanya banyak juga peralatan peralatan seni yang saya tidak pernah lihat ketika berada di semenanjung. Jelas sekali menunjukkan bahawa saya tidak pernah didedahkan dengan peralatan ini dan saya sendiri memang tidak gemar membaca. Apakah kegunaannya? Anda sendiri boleh fikirkan sendiri dan bayangkan mereka2 yang menggunakan peralatan ini tinggal dikawasan mana dan cara mereka berpakaian. Apapun peralatan ini telah menarik minat saya untuk menjadikannya bahan tatapan anda.
Berait

Tanga
Wakid
Gabang
Topi pasti semua orang tahu.
Ramok
Panah
 Siringan

Thursday, July 26, 2012

Leteran Guru!

Aaaha, aku hinggap lagi ke blog ni. Apa khabar kepada semua pembaca blog ini? Setelah sekian lama aku menghilangkan diri kini aku kembali. Waktu menghilang aku mencari insan yang dinamakan guru untuk mengajar serta menjelaskan mengenai "diri sendiri" seperti yang telah di bangkitkan oleh Penyelidik Cahayaku ketika aku menghadirkan diri dikelasnya disatu ketika dulu.

Semasa aku di utara Malaysia, aku telah melawat sahabatku. Alahai kes Sistem Cahayaku dipertikaikan lagi. Komen Guru sesama sendiri atau kepada ibubapa: "Sistem Cahayaku itu Gagal, tak boleh pakai, tak guna dan pelbagai lagi!"

Pada asalnya sahabatku mengatakan guru anaknya menggunakan Sistem Cahayaku dan kata guru itu gagal dan gagal dan gagal! Setelah aku dirumahnya aku bertanya kepada anaknya mengenainya. Put, put...terbukalah cerita yang sebenar dan tersembunyi! Alahai cikgu oh cikgu.

Rupanya si guru hanya ada sebuah buku sahaja untuk mengajar kepada semua anak buahnya. Loh, loh kenapalah "slow pick-up"nya si guru ini? Sistem Cahayaku TIDAK AKAN BERJAYA sekiranya pelajar tidak mempunyai buku sendiri! Kalau sekali pandang sememangnya buku itu hampir sama dengan Sistem-sistem yang lain tetapi ianya TIDAK SAMA, beb!

Aku rasa setiap guru yang pernah menghadirkan diri di dalam kelas untuk menjadi pengajar sudah tahu bahawa kita hanya diajar 1/18 daripada Sistem Cahayaku dalam tempuh 2 hari! Selebihnya berada dalam buku itu sendiri! Sekiranya tanpa buku hmmm... jawabnya GAGAL dan GAGAL! Untuk mengetahui rahsia Konsep/Sistem Cahayaku, aku terpaksa mengajar kanak-kanak special yang bermacam kategori berulang-kali dan setelah berjaya barulah aku faham kenapa Sistem ini SANGAT UNIK malah rahsianya tersembunyi didalam susunan perkataan dan cerita yang tersusun rapi!

Kepada "mereka-mereka" ini cubalah buka minda anda sedikit! Setakat tahu 1. Senjata Pelajar - komunikasi 2. Senjata Guru Satu - provokasi & motivasi dan 3. Senjata Guru Dua - sukatan diri...  Sekiranya anda memahami seperti yang dinyatakan itu, JANGANLAH mengatakan anda sudah amat tahu mengenai Sistem Cahayaku dan USAHLAH berbangga diri! Sebenarnya terlalu banyak lagi yang tersembunyi dalam buku itu!

Seperti yang kita tahu: Untuk mengajar kanak-kanak normal mengingati bunyian vokal: "a, e, i, o  u" akan mengambil masa berhari-hari dengan menggunakan selain dari Sistem Cahayaku! Tapi sistem ini akan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja! Kalau Sistem ini berupaya untuk mengajar  bentuk, mengecam serta bunyian vokal ini dengan mudah bagaimana pula dengan gabungan abjad-abjad yang lain-lain lagi? Cuba fikir-fikirkan sekali lagi! Jawabnya senang aja! Yang lain-lain itu tersembunyi yang diaturkan mengikut susunan yang amat unik! Sebab itulah jawapannya pelajar tanpa buku akan gagal! Janganlah memandai-mandai menggunakan Kaedah / Sistem Cahayaku kepada buku-buku lain pada peringkat awalannya! Hehehe... cuba bayangkan tyre "steam roll" nak digunakan untuk proton saga!

Contohnya: Abjad vokal, kenapa dimulakan dengan "a, e, i, o, u"? Abjad "e" itu ada dua bunyi kenapa tidak di anjakkan kebelakang! Contoh seperti berikut: "a, i, o, u dan e"?

Kalau aku menjawabnya, sahlah pada guru seperti diatas 100% "slow pick-up"! Tetapi kalau dibiarkan, guru-guru seperti itu akan bercakap lebih banyak mengenai sesuatu yang dia sendiri tak faham! Bagaikan si buta bercerita mengenai keindahan sebuah taman... hahaha. Maka jadilah satu FITNAH! Kalau nak jadi guru jangan lekatkan sifat suka fitnah didalam hati! Takut sifat ini berjangkit kepada anak-anak yang masih kecil atau pelajar kita!

Jawabnya: Vokal "a" dan di ikuti dengan vokal "e" sebabnya untuk meneliti pergerakan moto halus, mata, minda, nafas, kefahaman, pendengaran, koordinasi, kepekaan dan lain-lain lagi! Sekiranya seseorang kanak-kanak itu gagal untuk menguasai pergerakan dua jari berbentuk "peace" untuk vokal "e" bererti kanak-kanak itu tergulung dalam kategori "special" dan besar kemungkinan dia juga sukar untuk mengkoordinasikan "apa yang dipandang, didengar, kefahaman, lidah, nafas dan kemahuan (desire)"!

Kegagalan ini menyatakan bahawa pelajar itu JANGAN terus diajarkan untuk "e, i, o dan u" sebab akan membebankan dirinya. Beban itu terbagi kepada dua yang boleh difahami: 1. Fizikal dan 2. Non-fizikal! Biarkan dia menguasai vokal "a" dengan sempurna dan setelah itu "skip" untuk vokal "i, o, u". Setelah vokal-vokal lain pelajar itu dapat menguasainya barulah perkenalkan vokal "e"!

Cuba fikirkan pula untuk susunan diftong? Yang pastinya melibatkan nafas, mata, kehendak (keupayaan mengawal diri), lidah, lintasan sifat-sifat EQ dan logik (logik perbuatan, logik gabungan bunyian dan logik susunan) dan pelbagai lagi! Tahukah kamu bahawa dysleksia setiasa terbalik! Tahukah kamu bahawa kadang-kadang mereka (dysleksia) tidak dapat mengaitkan antara erti perkataan dengan perbuatan yang perlu dilakukan? Malahan bagi mereka sangat sukar untuk mengkoordinasikan susunan bunyian dan susunan kefahaman dan lain-lain lagi?

Untuk yang seterusnya.... hehehe usahlah aku menjawabnya. kelak jadi "sangat-sangatlah slow" guru-guru berkenaan hehehe...  Ops pesanku kepada guru-guru itu.... JANGAN BERCAKAP ATAU MEMANDAI-MANDAI sesuatu yang kamu tak tahu atau tidak faham dan jangan "berlagak pandai dan HENTIKANLAH kerja-kerja yang tak berfaedah tu!"... hahaha! Untukmu wahai guru, terus-terang ingin aku menyatakan bahawa aku sendiri masih tercari-cari rahsia-rahisa yang tersembunyi dalam Konsep/Sistem Cahayaku ini walaupun sudah melebihi 10 tahun aku menggunakannya... hehehe.

Ops aku terpaksa berlari lagi... Sorry if my words hurt you.... I'm Dracer Musleh check about me (Tuesday March 8, 2011).
.....Dracer Musleh

Hai guru, koala ini tidak pernah berlagak pun!

Monday, July 23, 2012

Cahayaku Kemas kan Perpaduan.

Bila kita selami makna satu-satu perkataan diatas kita akan dapat menilaikan betapa hebatnya makna perkataan perkataan yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan tersebut kecuali cahayaku yang merupakan milik persendirian.

Cahaya, semua masyarakat tahu bahawa ia melambangkan makna anak, keindahan, kesempurnaan, seri, semarak, kilau, gemerlap, terang, sinar, kejernihan yang nampak terbayang pada muka, air muka, kekasih, buah hati, kilauan mata, terang pada mata dan masa depan yang cukup terang. Manakala ku adalah milik individu itu sendiri.

Kemas pula lebih membawa makna kepada elok, teratur, rapi, bersih, beres, selesai, habis, erat, kuat dan teguh.

Perpaduan maknanya digabungkan, disatukan, kecocokan, persesuaian, sudah bercampur dan menjadi satu benar atau percampuran. Apa yang ingin saya kaitkan disini ialah tentang pergabungan ketiga-tiga tadika tersebut semasa saya membawa anak-anak murid saya melawat Pusat Sains Negara,

Tepat jam 12 tengahari Pusat Sains mengadakan pertunjukkan sains kepada murid-murid tadika. Disinilah saya perhatikan diantara penontonnya terdiri daripada pelajar-pelajar Tabika Kemas, Tabika Perpaduan dan Tadika Cahayaku. Hanya tiga tadika ini saja yang menyaksikan pertunjukkan sains pada ketika itu. Ketawa saya sejenak kerana yang terlintas difikiran saya adalah CAHAYAKU KEMASKAN PERPADUAN.......insyaallah masanya akan tiba dimana cahayaku menjadi CAHAYA untuk Tabika Kemas juga. INSYAALLAH.


Pelajar-pelajar dari Tadika Cahayaku Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Tabika Kemas

Tabika Perpaduan

Friday, July 20, 2012

Guru untuk Penyelidik Cahayaku!

Penyelidik Cahayaku selalu berkata dan berpendapat bahawa memahami EQ dan IQ kanak-kanak akan membuat kita lebih senang untuk mengajar mereka. Inilah pepatah yang selalu diwar-warkan "Tarzan di didik oleh beruk sebab itu perwatakan Tarzan bagaikan beruk!"

Sebabnya beruk tidak pernah memahami Tarzan. Oleh itu Tarzan di didik dengan kaedah EQ sahaja sebab beruk tidak pernah memiliki IQ. Sedangkan Tarzan memiliki kedua-duanya (EQ dan IQ). Setelah besar dengan berperwatakan seperti beruk Tarzan telah menggunakan sedikit IQ untuk menjadi Raja Rimba. Kalaulah Tarzan didik oleh manusia tentulah dia dapat hidup seperti manusia biasa.
Penyelidik sedang menerangkan sesuatu kepada Omer Niaz (Pembantu - Graduan Saikologi)

Kesimpulannya sebagai pendidik (guru, cikgu atau pengajar) kita mesti memahami pelajar-pelajar yang ingin kita ajar. Setiap pelajar mempunyai latarbelakang yang berbeza-beza dan memahami apa yang telah mereka lalui dan fikirkan, dapatlah kita menyelami tahap EQ dan IQ mereka supaya lebih mudah untuk mendidik mereka. Janganlah kita jadi seperti beruk ketika mendidik!

Baru-baru ini saya telah meneliti Penyelidik Cahayaku beraksi dengan kanak-kanak untuk menyelami EQ dan tahap IQ mereka melalui tingkah-laku, ekspresi, intonasi serta susun atur ide-ide serta perkataan mereka. Kadang-kadang sumber yang dimiliki daripada kanak-kanak ini akan diuji berulang-kali untuk mengesahkan sesuatu pendapatnya dan setelah itu barulah beliau akan memberitahu kepada kami mengenai sesuatu yang diperolehi.

Cuba perhatikan dua video ini. Lucu kata-kata mereka tetapi penuh emosi dan hujah-hujah yang dikemukan berdasar pada pendapat mereka.
Kes bubble gum.

Kes mamak.

Kebiasaannya Penyelidik Cahayaku dalam syarahannya beliau akan bertanya mengenai diri sebenar (true-self) kepada pelajar-pelajarnya yang bakal mengajar dengan menggunakan kaedah Cahayaku. Kebanyakan pelajar-pelajar itu mengatakan bahawa IQ itu adalah diri sebenar! Video khas ini untuk membuktikan bahawa IQ bukanlah diri sebenar! Si Mamat ini IQnya sudah "rosak" tetapi EQnya masih berfungsi cuma tidak bersukat! Kalaulah IQ itu diri sebenar.. hehehe, fikir-fikirkanlah sendiri, bagaimana si mamat ini masih boleh berada didalam video ini!
Kita perlu keseimbangan EQ & IQ. Sekiranya IQ kurang tetapi tahap EQ seimbang, kita dapat perhatikan perwatakan insan yang dikenali dengan perkataan "lurus bendul". Dan kalau IQnya sudah "kaput a.k.a rosak" insan itu kita katakan gila!

Dengan ini jelaslah bahawa diri sebenar dan EQnya si mamat ini masih berfungsi ketika berinteraksi dengan Penyelidik Cahayaku tetapi setiap lintas EQ dihamburkan tanpa "tapis" oleh IQ. Untuk berinteraksi dengannya Penyelidik terpaksa menggunakan beberapa gugusan sifat EQ supaya dia "ingin" melayan Penyelidik.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...