Wednesday, May 27, 2015

Cermin Hati.


Hari demi hari berlalu tetapi artikal ini tidak dapat di edit. Hari ini baru ada kesempatan.. Kita hanya pandai merancang tetapi Allah swt lah yang menentukannya. "Ya Rabb, la ilaha illa Anta, khalaqtani wa ana abduka, wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastata'tu".

cermin mata bukan cermin muka dan bukan cermin hati.

Cermin fizikal semua orang tahu kerana saban hari kita menggunakannya tapi bagaimana pula "cermin hati"? Cermin hati ini non-fizikal. Wujudnya sangat jelas tetapi ramai manusia tidak pernah meneliti sebabnya kerana manusia lebih pentingkan kewujudan fizikal tambahan pula cermin hati terselindung dibelakang "tabir kekalutan" sifat-sifat emosi.

Ada dikalangan manusia yang sentiasa meneliti cermin hati mereka sendiri, hampir setiap masa atau setidak-tidaknya sekali dalam sehari supaya mereka tidak terbabas, tersasar atau tersesat dalam kehidupan ini. Ada juga dikalangan kita yang mengaku tahu mengenainya tetapi pada hakikatnya tidak tahu. Ada juga yang sentiasa memandangnya tetapi tidak menyedari bahawa ianya adalah cermin hati! Ada dikalangan manusia di dunia ini yang tidak pernah tahu mengenainya!

Cermin hati ini kalau sentiasa dijaga atau dikilatkan akan bersinarlah ia sehingga orang-orang yang berada disekitar si pemiliknya akan merasa aman, tenang dan tenteram. Bagaimanakah cermin ini boleh jadi "kelabu" atau "kotor" atau "hitam-pekat"? Bagaimana pula untuk mengilatkannya atau membersihkannya? Jawapannya ialah "senang bagi mereka yang mahu" dan "susah untuk mereka yang tidak mahu". "Senang & susah bagi yang hangat-hangat tahi ayam".

Secara ringkasnya, ilmu yang berfaedah dan yang berkaitan dengannya (banyak ilmu yang merepek-repek dalam soal ini). Asuhan ibubapa "kejalan yang lurus", manusia yang senantiasa berpesan-pesan diantara satu sama lain, taubat yang tidak putus-putus serta diiringi dengan pengharapan yang tinggi untuk menuju kepada kebaikan dan pelbagai-bagai lagi. Apakah yang mengotorkan cermin ini? EGO atau yang seketegorinya! Biasanya si EGO (pemiliknya) tidak akan mengaku bahawa mereka memilikinya! Mereka-mereka ini paling sukar untuk melihat cermin diri sendiri kerana sifat ini adalah sifat utama yang mengotorinya malahan sifat ini menjadi "catalyst" (agen utama) untuk menjemput sifat-sifat negatif yang lain. Kadang-kadang kerana terlalu "tebalnya" sifat ini sehingga mereka menafikan kehadiran cermin hati.

Renung-renunglah cermin hati kita sendiri dan andaikata tidak dapat melihatnya... cari seorang guru untuk menolong kita. Pesanan: Pelbagai ragam guru* yang berada didunia ini. Janganlah cari guru yang merepek-repek! Kalau si guru itu "kaki merepek" maka lahirlah pelajar yang terdiri dari ahli merepek! Pastikan "guru itu menunggang kuda bukannya kuda menunggang guru!" *kuda a.k.a nafsu.
Ringkasan sekelumit atau cebisan kecil (Sistem Cahayaku).

Pelbagai guru* (Guru itu dalam pelbagai espek - agama, politik, pendidikan, pentadbiran, perubatan, sukan, masakan dan lain-lain lagi.... dan tidak dapat dinafikan, walaupun tak senonoh tetapi wujud juga guru yang mengajar cara mengampu a.k.a bodek... hehehe) 

No comments: