Sunday, March 29, 2015

Sukatan

Lebih kurang 20 tahun yang lepas saya telah melihat seorang perempuan tua yang buta cuba melintas jalan tetapi anehnya dia bercakap-cakap dengan dirinya sendiri dan berjaya melakukan dengan selamat. Apabila saya memberitahu uncle mengenainya, hmm uncle cuma tersenyum. Awal tahun ini sekali lagi saya melihat seorang lelaki tua dikedai makan, dia bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Perkataan yang jelas kedengaran ialah "sihat, sihat. Kan dah sihat tu". Apabila saya minta penjelasan mengenainya, inilah jawapan uncle, "dia tidak gila tetapi pilihannya dalam perjalanan kehidupannya untuk kesenangan duniawi sahaja dan melangar batasan sukatan keugamaan. Hanya mereka-mereka yang menggunakan cara ini kerana inginkan/mahukan kehebatan atau kelebihan (seperti: popular, pangkat, pengetahuan (berjaya dalam pembelajaran)) dan kekayaan (harta-benda) yang sementara (tidak kekal). Sekiranya kita mahukan semua itu, biarlah datangnya daripada jalan yang diredai oleh Allah s.w.t bukannya dengan cara ini".

"Sukatan" asalnya daripada perkataan "sukat". Apabila kita berbicara mengenai perkataan ini, ramai akan mengaitkan dengan bahan-bahan yang nyata, seperti:- bijian, cecair, pepejal dan lain-lain. Sebenarnya banyak lagi sukatan yang ditentukan oleh manusia contohnya: kelajuan, kesihatan, densiti udara, panas matahari, pemprosesan nuclear untuk sesebuah negara malahan cara kanak-kanak sekolah mengeja perkataan (mesti menggunakan sukukata). Sebenarnya banyak lagi sukatan-sukatan yang aneh-aneh yang ditentukan oleh manusia tetapi ramai yang mengkagumkannya tanpa mengkaji mengenainya. Bagaimanakah agaknya sukatan yang lebih abstrak lagi, contohnya mengenai EQ diri sendiri bukannya yang membabitkan IQ? Dewasa ini ramai manusia tidak suka pada sukatan yang membabitkan diri sendiri kerana mungkin mereka tidak tahu caranya atau menyakitkan diri mereka sendiri.

Dalam Sistem Cahayaku, pihak kami telah mengajar cara untuk menyukat diri pelajar dan pengajar. Untuk mengajar pengajar mesti memahami diri pelajar tetapi kegagalan pengajar untuk menyukat diri sendiri bererti mengundang kegagalan untuk pelajar. Sebenarnya sukatan yang diajar ketika mengikuti kursus Cahayaku adalah lapisan yang paling tersenang dan terbawah sekali kalau dibandingkan dengan sukatan sebenar yang tidak mungkin akan diajar oleh uncle ketika menyampaikan kursus kerana kesuntukan masa dan kesukaran untuk memahaminya. Contohnya, sifat tamak (EQ) pemilik tadika atau pihak atasan akan merosakkan pengajar dan pelajar, malah masyarakat serta negara.

Ilmu didunia ini terlalu banyak tetapi cubalah pilih serta belajar ilmu yang akan membawa kita kejalan yang akan memberi kebaikan dunia dan akhirat. Janganlah diikutkan kehendak EQ tanpa batasan (sukatan) sehingga IQ tidak dapat membezakan sukatan agama. Apabila saya minta penjelasan yang lebih jelas mengenai keanehan yang telah saya saksikan itu. Jawabnya "hmm, tiada yang aneh pun.. cuma manusia itu tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah s.w.t dengan apa yang telah diberikan!"

Apabila didesak lagi, uncle hanya mengaji, wa'allahualam apa yang cuba diterangkan. Surah yang dibacakan: Al-Quran Yaseen ayat: 60 - 63 dan An-Naas ayat 4-5. Sesiapa yang pernah mengikut kursus Cahayaku mungkin dapat memahaminya kerana uncle selalu mengajar para pelajarnya "memandang bukan hanya dengan menggunakan mata fizikal".

No comments: