Friday, February 20, 2015

Pukul & Denda

Semenjak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk dengan kerja, perjalanan dan keluarga sehinggakan ketiadaan masa untuk "update" blog kecuali "whats-up", "telegram" dan "Facebook" (www.facebook.com/educahayaku).

Era dunia moden memudahkan untuk kita berkomunikasi. Bagi saya menjawab talipon dan sms adalah kerja "routine" dan hampir setiap hari apabila menjelang akhir atau awal tahun kerana kebanyakan ibubapa sudah mula sedar dan risaukan akan anak-anak mereka yang melangkah ke tahun satu tetapi masih belum boleh menguasai bacaan dan ejaan dengan sempurna.

Baru-baru ini saya telah ke Sabah dan ketika di KLIA, saya telah berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang disana serta berbual-bual dengan mereka. Perbualan kami meliputi pelbagai espek akhirnya tersentuh mengenai didikan anak-anak yang berkaitan dengan rotan (pukul) dan denda.

Uncle seperti biasa "ignorant" untuk setiap perbualan kami. Mungkin baginya perbualan kami tidak penting baginya. Dia lebih banyak memerhatikan persekitaran daripada turut serta dalam perbualan ini. Ketika persoalan "pukul & denda" ini diajukan kepadanya ini pula jawapannya. Secara sepintas lalu, jawapannya agak menyakitkan hati dan membuat kita tertanya-tanya tetapi andaikata kita memahami ungkaian kata-katanya serta hujah yang telah dikemukakan mungkin tanggapan kita akan berbeza. Terpulang pada anda untuk membuat keputusan sendiri. Sebenarnya sebelum uncle menjawab soalan itu dia sudah berpesan "janganlah disebabkan jawapan saya akan membuat kamu menjadi marah, malu dan diperbodohkan dengan isu ini!". Kenapa?

Dia mulakan perbualan dengan susunan pertanyaan bertalu-talu dan sebelum kami dapat menjawabnya dia mula mengupasnya dengan panjang lebar sehingga waktu untuk "boarding" diumunkan.

"Apakah rukun yang pertama untuk negara kita?"
"Apakah mempersendakan rukun negara akan menjadi satu trend baru untuk generasi akan datang?"
"Apakah semua penduduk di dunia ini tiada beragama dan tidak percaya wujudnya tuhan?"
"Adakah setiap agama tidak pernah mengajar cara mendidik?"
"Adakah ajaran dalam agama itu lebih rendah daripada pendapat pihak barat?"
"Apakah pihak barat yang dijadikan ikutan itu lebih sempurna serta mulia dalam soal keugamaan dan tingkah-laku mereka kalau dibandingkan dengan manusia yang berada didunia ini?"
"Adakah pihak barat yang telah mencipta dan mengubah cakerawala ini?"
"Sekiranya pihak barat lebih cerdik, pandai and bijak, kenapa tiada nabi daripada pihak barat?"
"Kenapakah kesemua nabi atau rasul daripada kaum yahudi kecuali nabi Muhamad s.a.w?"
"Mengikut sejarah dunia adakah pihak barat tidak pernah dipengaruhi oleh kaum ini?"
"Kenapakah para nabi dan rasul di turunkan bertalu-talu untuk kaum yahudi?"
"Bagaimanakah agaknya EQ (sifat) dan IQ (akal) kaum yahudi sebenarnya?"
"Adakah mereka yang menyokong isu ini telah memikirkan semasak-masaknya konsikuansi yang bakal diterima oleh generasi yang akan datang?"
"Patutkah kita menggunakan IQ untuk menurunkan nilai-nilai EQ kemanusiaan dengan tidak melandaskan ajaran agama?"

Banyak lagi susunan soalannya tetapi saya rumuskan sedikit sahaja untuk kita renungkan bersama-sama dan membuat penilaian.

Rumusan: Orang yang berugama, mereka percaya akan kewujudan Tuhan. Mereka akan akur dengan suruhan yang dianjurkan oleh agama. Melawan suruhanNya bererti melawan Tuhan. Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah s.w.t, sebagai seorang muslim, kita akur suruhannya kerana ajarannya berkaitan dengan agama. Sekiranya kita tidak akur pada agama bererti juga kita tidak mengimplimentasikan RUKUN NEGARA yang pertama (Sila rujuk Rukun Negara & kenapa rukun ini rukun yang pertama untuk negara? Sila cari jawapannya!). Patutkah kita sendiri pertikaikan rukun negara dan agama kita? Adakah ini trend baru untuk generasi rakyat Malaysia? Amankah kita dimasa akan datang sekiranya agama dan rukun negara sudah dipermainkan? Janganlah kita jual agama dan rukun negara ini kerana hendak mengikut ideologi pihak barat. Sekiranya kita hendak ikut juga telunjuk mereka bererti kita dijajah lagi dan masih belum merdeka! Sanggupkah kita menghina kemerdekaan yang kita miliki selama ini kerana mengikut ideologi mereka?

Kaum apakah yang ramai sekali tidak percayakan kewujudan Tuhan dalam dunia ini? Bagi mereka yang tidak percaya kepada Tuhan dan agama, mungkin kata-kata ini baik untuk anda berfikir. "Bolehkah pokok bergoyang sekiranya tidak ditiup oleh angin?" Dimanakah sengetnya IQ kaum ini berdasarkan teori "Universe start from nothing (not even an atom) to something! Take a few minutes to think about movement of the moon, the stars, all planets and your heart beat!" Cuba faham yang dikatakan "cause & effect" dan adakah teori ini hanya sebagai khayalan sahaja? Adakah manusia yang mencipta "universe" ini atau Tuhan? Ajaran yang mana perlu kita ikut (manusia atau Tuhan)? Perbincangan mengenai "cause & effect" terdapat dalam blog ini.

Berapa ramaikah diantara kita yang faham dengan istilah tentrum, hyperactive, mental retarded, bipolar? Apakah kanak-kanak seperti ini perlu diabaikan oleh kita? Sekiranya sesuatu perbuatan ini (walaupun sebelum kejadian itu kita sudah berulang-kali melarang) mengakibatkan pecah atau luka kepala anak orang lain, adakah didikan untuk mereka cukup dengan kata-kata yang lunak atau digosok-gosok dengan pelahan-lahan dibelakang mereka?  Perlukah kita tunggu untuk kali ke 2,3 atau kali ke-100 berulang ulang sebelum mendapat kesan positif? Masih belum cukup serius lagi "buli dan membuli" di negara kita? Adakah pihak barat akan sentiasa menggantikan kepala budak yang pecah itu dengan kepala mereka sendiri? Masihkah kita perlu bertanya bagaimana sifat EQ dan IQ mereka dan masihkah belum terjawab kenapa ramai para rasul terdiri daripada kaum yahudi? Adakah salah dan apakah yang sebenarnya ajaran, suruhan dan nasihat oleh para rasul itu akan membawa kita kearah negatif?

Adakah pihak barat lebih bijak daripada Tuhan dan para rasul? Cuba renungkan ayat 179 surah Al-A'raaf ini: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai." 

Melentur buluh biarlah dari rebung!

Apakah akan berlaku sekiranya terlebih lemak dalam sesuatu masakan? Sekiranya dari kanak-kanak itu sudah menunjukkan bakat-bakat seperti sifat degil, malas, melawan dan lain-lain sifat negatif dengan jelas, mestikah kita biarkan? Perlukah dan patutkah kita menghukum mereka untuk mengatasi sifat-sifat negatif ini? Apakah akan berlaku sekiranya sifat EQ yang menyeleweng dibiarkan? Bagaimanakah agaknya negara kita apabila sopan-santun, budi perkerti sudah hilang dihati rakyak Malaysia? Berapa banyakkah penjara mesti dibanggunkan untuk generasi akan datang? Apakah fungsi sebenar penjara? Bukankah ini tujuan atau senjata utama pihak barat untuk menghancurkan dan melemahkan kita dengan "implant" IQ yang akan merosakkan EQ?

Masih tidak cukupkah pembelajaran untuk kita memerhati pihak barat, bagaimana cara kehidupan sebahagian anak-anak muda mereka dengan "melawan, meninggi suara, memukul, menyaman (court case) ibubapa sendiri, free sex, dadah (menagih atau menjual), anak luar nikah, porno dan lain-lain lagi. Mungkin sukatan dalam keugamaan adalah sesuatu yang MENYUSAHKAN mereka! Perlukah kita ikut? Adakah masih belum cukup anak-anak luar nikah dibiarkan? Adakah anak-anak luar nikah ini akan berbahagia dengan tidak mendapat kasih sayang dan bimbingan nilai-nilai EQ daripada ibubapa mereka sendiri? Tidakkah mereka berdendam dan perlukah dendam ini di"lepaskan" kepada orang lain? Pasti mereka akan menjadi setidak-tidaknya individualistik dan kasar budi-pekerti? Apakah yang berada di dalam hati anak-anak seperti ini apabila mereka besar kelak dan bagaimanakah sifat dan tingkah-laku generasi seperti ini dimasa akan datang? Tidakkah ini yang dikatakan "deraan kejiwaan kepada anak-anak" dan perlukah kita menyokong ide-ide ini? Siapakah yang bertanggungjawab sekiranya perkara seperti ini berlaku? Anak-anak itu sendiri atau ibunya atau negara atau mereka yang kononnya menjadi "Guardian ala pihak barat"? ** Sebenarnya bukanlah  100% ibubapa (pihak barat) yang bersetuju dengan ide-ide ini iaitu memukul dan mendera tidak dibenarkan! Janganlah kita terlebih lajak daripada laju!

Adakah memukul dan mendenda itu bukannya didikan? Cubalah fahami dulu yang dikatakan pukul dan denda. Dalam isu ini satu definasi saksama, konkrit, berlandaskan fakta dan keugamaan diperlukan. Pukul dan denda yang macam mana dikatakan mendidik atau penderaan, janganlah kita "membabi buta" seperti pihak barat! Cubalah perhatikan kehidupan binatang di Padang Safari. Binatang-binatang disini pun tahu untuk mendidik anak-anaknya sendiri. Malah binatang-binatang ini tidak akan membiarkan anak-anak mereka di ambil dan dididik oleh binatang lain! Perlukah kita mengikut pihak barat? Masih belum cukup kata-kata ini ayat 179 surah Al-A'raa ("mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai")? Adakah ini yang di ingin oleh kita untuk generasi yang akan datang (kehidupan ala barat a.k.a binatang)?

Petikan dalam blog ini (khamis, 4hb 2014) dibawah tajuk "Kontras". Inilah ucapan ibu uncle sebelum pemergiannya, "dalam ramai anak, semasa kecil dulu, kamulah yang selalu dipukul, dimarah dan didenda oleh kami. Ibu sebagai wakil arwah ayah, meminta maaf sekiranya semua itu telah menyakiti diri kamu". Dan inilah jawapan yang diberikan oleh uncle, "saya berbangga kerana mempunyai mak dan ayah yang telah mendidik saya dengan sempurna dan tidak berputus asa sehinggakan Allah swt mengurniakan kejayaan kepada saya dan memahami pelbagai perkara". 

No comments: