Saturday, March 3, 2012

Ingin jadi CIKGU......

Khuzairy 16 tahun dari kelas Pendidikan Khas telah dikategorikan sebagai pelajar OKU. Menurut laporan doktor setelah diuji berdasarkan garispanduan bagi masalah perkembangan kanak-kanak dia dikatakan mengalami 'moderate mental retardation with speech disabilities'. Memang dia tidak berapa pandai bercakap.

Bila memandang wajahnya memang menampakkan usianya yang sebenar tetapi bila anda mendekatinya dia adalah seperti kanak-kanak yang berusia 6 tahun. Usia fizikal tidak sama dengan usia mental. Kurang bercakap kerana kurangnya vokab. Khuzairy tidak pernah memberikan masalah kepada saya ketika saya mengajar. Budak yang baik, mendengar kata dan kalau tanya satu soalan dia akan jawab satu sahaja. Bila ditanya tentang cita-citanya dia ingin menjadi seorang cikgu. Ramai juga budak OKU yang telah saya didik dan rata-rata memang mereka suka menjadi seorang guru. KENAPA? Satu soalan yang tiada jawapan.

Walaupun dikatakan 'Mental Retardation' tetapi dengan sistem cahayaku dia telah menunjukkan satu progres yang amat membanggakan kerana dia sudah boleh menguasai beberapa sukukata dan boleh membaca teks-teks yang mudah. Bagi diri saya pula saya amat mengkagumi akan sikap ibunya yang mementingkan pelajaran anak-anak. Walaupun Khuzairy dikatakan OKU dia tetap memberikan sokongan. Bagi Khuzairy pula buat masa ini dia tidak boleh lagi membaca cerita ini kerana dia belum lagi menguasai Buku 2 cahayaku. Insyaallah satu hari nanti apabila dia sudah pandai membaca saya ingin sekali melihat dia membaca penulisan saya ini. Saya ingin dia berjaya seperti anak-anak lain. Kejayaan dia adalah kejayaan saya walaupun sudah ramai budak istemewa yang berjaya membaca dengan cahayaku tetapi dia adalah lain.......

KHUZAIRY CIKGU TAHU KAMU BOLEH!






1 comment:

Keith S said...

Thanks for this bblog post

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...