Wednesday, March 7, 2012

Cikgu Hebat......Anak murid emmmm!

Hari ini 7hb Mac 2012 saya mula mengorak langkah ke tabika-tabika perpaduan di seluruh Negeri Selangor untuk membuat pemantauan. Kawasan yang saya pilih untuk membuka tirai pada kali ini ialah Tabika Perpaduan Seksyen 16 Shah Alam. Nama guru ialah Hairizah bt Mahmood. Jumlah murid 32 orang dan mula menggunakan buku Cahayaku pada 28/1/12.

Seperti biasa Cahayaku adalah satu sistem yang sangat mudah untuk di implimentasikan. Hasilnya kesemua pelajar beliau boleh mengikuti sistem ini cuma seorang kanak-kanak sindrom down baru sahaja menguasai vokal a dan e. Saya sempat juga mengajar 5 orang pelajar dan kesemuanya ok dan mengikut kata beliau ada yang sudah ketagih.Seorang pelajar disleksia yang masih lagi dibawah pengawasan doktor sudah pun boleh mengikuti kaedah ini. Menurut cikgu Hairizah pada tahun lepas dia langsung tidak boleh membaca walaupun sukukata yang mudah. Bak kata orang zero lah tu tapi pada kali ini dia dah menampakkan minat dan sudah boleh menguasai sukukata di mukasurat 12 buku Cahayaku 1. Cikgu Hairizah memang seorang guru yang berdedikasi. Teruskan dengan usaha anda yang gigih itu dan insyaallah tidak lama lagi pelajar-pelajar anda bakal membaca surat khabar.

Pemantauan saya yang kedua ialah di Tabika Perpaduan Taman Batu Tiga Shah Alam. Nama guru Norijah binti Ahmed. Jumlah murid 29 orang. Mula menggunakan buku ini pada 14/2/12. Masa yang diambil ialah 30 minit sahaja dan satu minggu 3 kali murid-murid itu membaca. Cikgu mengatakan cahayaku adalah satu sistem yang mudah dan dapat membantu kanak-kanak membaca dengan cepat. Wow......seronok saya rasa apabila melihat kanak-kanak ini boleh menguasai sistem cahayaku dengan cepat.

Kepada guru-guru tabika perpaduan di kawasan-kawasan yang lain insyaallah tidak lama lagi saya akan sampai ke tempat anda.


No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...