Friday, January 3, 2014

Keutamaan: Baca, bahasa dan kefahaman.

Kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun (pra-sekolah) atau mereka yang berada dikelas pemulihan selalu dibebankan dengan sesuatu yang tidak releven! Apabila anak-anak mula belajar membaca kebanyakan pihak seperti segolongan para pendidik dan ibubapa akan persoalkan mengenai kefahaman dan keupayaan anak-anak mengenai tata bahasa. Dalam lain perkataan mereka persoalkan mengenai sesuatu yang lebih abstrak iaitu "kefahaman dan bijak pandai berbahasa"! Bagaimanakah pula pendapat anda mengenai awalan belajar membaca? Adakah ianya berkaitan dengan bahasa dan kefahaman?

Purata mereka yang mahir membaca tidak semestinya boleh memahami apa yang dibacanya malahan juga tidak semestinya mereka pandai berbahasa. Pada realiti sebenarnya kefahaman dan bijak pandai berbahasa menyusul kemudian setelah mereka mahir membaca atau berbicara dengan sempurna sesuatu bahasa itu. Persoalan membaca, memahami dan bijak pandai berbahasa adalah 3 entiti yang berlainan tetapi berkaitan antara satu sama lain. Linguistik (linguistic) adalah satu topik yang sangat besar, contohnya yang berkaitan dengan perkembangan saikologi, sosiologi, etnik, persekitaran dan lain-lain lagi tetapi dalam perkembangan menguasai bacaan ataupun 3M memerlukan koordinasi fizikal dan spiritual diri pelajar itu sendiri untuk menghasilkan setiap sebutan perkataan yang melibatkan nafas, mata, pendengaran, sentuhan, moto halus, minda, sifat diri dan pelbagai-bagai lagi. Perlukah kita membebankan mereka dengan yang lebih abstrak? Pembelajaran mengenai awalan kemahiran membaca tidak sepatutnya melibatkan kepandaian, kefahaman, tata bahasa atau penghayatan pada teks yang dibaca.

Saya pernah berada didalam satu perbincangan antara uncle dengan kawan-kawannya yang terdiri daripada para pendidik. Perbincangan mereka mengenai Sistem Cahayaku (Kaedah cepat membaca), kefahaman mengenai perkataan (vocabulary) serta mengenai bijak pandai Bahasa Melayu. Adakah seseorang yang telah berupaya menyebut susunan abjad untuk satu perkataan atau membaca dengan lancar susunan perkataan untuk satu baris ayat boleh dikategorikan mereka sudah memahami serta pandai berbahasa? Sudah tentu tidak! Apakah sebenarnya pengertian yang dikatakan Bahasa? Bagaimanakah pula sekiranya individu itu boleh membaca akhbar Bahasa Malaysia dangan lancar?

Adakah dailek Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan lain-lain BUKANNYA Bahasa Melayu? Kesemuanya bercakap menggunakan Bahasa Melayu tetapi mengolahnya berdasarkan kepada intonasi dan bunyian kedaerahan. Contohnya: Mata, mate, mato: adakah perkataan "mata" sahaja yang dikatakan Bahasa Melayu?

Apakah yang dikatakan 3M yang sebenarnya? Aina " (Arab), ankhain " (Urdu), akh " (Punjabi), chesm " (Parsi) kesemua bererti "mata" tetapi ianya bukan sebutan perkataan Bahasa Melayu. Bolehkah seseorang yang tidak boleh membaca dapat membunyikannya? Yang manakah yang lebih utama dan mustahak keupayaan membaca atau kefahaman atau bahasa? Perlukah kita membebankan anak-anak yang belum mahir membaca dengan kefahaman dan tata bahasa?

Purata orang-orang beragama Islam (semua bangsa) boleh membaca sayyidul istighfar ini dengan sempurna tetapi adakah mereka memahaminya dan mereka bijak pandai dalam bahasa ini?

بسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرّحيْم
 اللّهُمَّ أنْتَ رَبّى لاَ الَهَ الاّ أنت خَلَـقْـتَنىِ وَ أناَ عَبْدُكَ وَأناَ عَلَى عَـهْدِكَ ووَعْدِكَ مَا اسْتـَطَـعْتُ أعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرّ مَا صَنَعْتُ أبُوْءُ لَكَ بنِعْمَتِكَ عَلَىّ  وَأبُوْءُ بِذَنْبىِ فاَغْفِرْلىِ فَانّهُ لاَيغفِرُ الذّنوْبَ اِلاّ أنْتَ .


Sekiranya anda tidak boleh membacanya cuba yang dibawa ini!

Allahumma Anta rabbi, la ilaha illa Anta, khalaqtani, wa ana ‘abduka, wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya, wa abu’u bidzanbi, faghfirli, fa innahu la yaghfirudz dzunuba illa Anta.

Adakah anda memahaminya setiap perkataan itu? Kalau tahu pun hanyalah sepatah dua kata sahaja tetapi andaikata anda boleh menyebutnya dengan sempurna tanpa kefahaman dan penghayatan bererti anda hanya sekadar mahir membaca sahaja! 

Untuk mendapatkan kefahaman seseorang itu perlu mengetahui maksudnya: "Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptaku dan aku hamba-Mu, dan aku (terikat) dengan janji-Mu semampu yang aku boleh (laksanakan), aku memohon perlindungan kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan, aku mengakui bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepadaku adalah milikMu, dan aku mengakui terhadap dosa dosaku, oleh itu ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang dapat memberi ampunan kecuali hanya Engkau".
(Petikan daripada hadis Riwayat Bukhari)

Untuk mencapai tahap penghayatan, seseorang itu mesti mendalami setiap perkataan dan susunan ayat berdasarkan ungkaian sifat EQ untuk setiap perkataan! Sedangkan untuk tata bahasa seseorang itu memerlukan masa yang panjang serta berupaya menganalisa susunan ayat dan penggunaan perkataan!

Bagaimanakah pendapat anda mengenai individu-individu tertentu yang berada dalam dunia pendidikan yang pertikaikan keadah awalan membaca dengan melibatkan sekali gus soal kefahaman dan tata bahasa? Adakah logik budak yang baru dilahirkan sudah pandai berjalan dan berlari?

Mahir membaca tidak semesti memahami, menghayati dan bijak berbahasa! Perlukan kita memberi bebanan yang lebih kepada pelajar ini?

Sunday, December 15, 2013

Berbicara Uncle Mengenai IQ

Dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-quran telah banyak mengatakan mengenai ilmu yang berkaitan dengan sunnatullah, EQ, IQ tetapi dewasa ini manusia lebih berpihak kepada teori-teori yang telah diperbesarkan oleh pihak-pihak tertentu yang dengan sengaja mengajak kita "pergi jauh" daripada prinsip asas kehidupan yang sebenar. Kitab-kitab yang telah dinyatakan itu memberitahu perkara-perkara yang ghaib, contohnya mengenai bab ketuhanan, malaikat, akal, nafsu dan lain-lain. Malahan tidak tertinggal mengenai benda-benda fizikal seperti cakerawala, gunung, pokok dan binatang. Adakah perkataan "hantu & babi" sebagai negatif?

Contohnya, Jin adalah kehidupan ghaib yang kekadang mengambil bermacam-macam bentuk serta rupa yang menakutkan dan mengikut perkataan orang-orang melayu sebagai "hantu" tetapi mengikut segulungan para pendidik moden perkataan "hantu" itu sebagai negatif yang tidak boleh ditonjolkan kepada para pelajar. Adakah betul pendapat ini? Sekiranya perkataan "hantu" sebagai negatif, mungkin versi baru untuk menyebut "burung hantu" digantikan dengan "burung si anu-anu"!

Andaikata perkataan-perkataan seperti ghaib atau sesuatu yang tidak nampak ini sebagai negatif, tidakkah perkataan-perkataan ini terdapat didalam kitab-kitab yang telah disebutkan diatas? Apakah Maha Pencipta telah mengajar kita sesuatu yang negatif atau sekelompok pendidik moden yang "buta hati" berpegang / mengambil teori-teori orang terdahulu yang jahil agama ini untuk mengajak kita lupakan apa yang terkandung didalam kitab? Adakah para pendidik moden lebih cerdik daripada para Rasul yang telah membawa kitab-kitab tersebut? Sifat-sifat EQ dan IQ adalah sesuatu yang ghaib, bagaimanakah untuk memahaminya sekiranya kita menolak mengenai sesuatu yang ghaib? Adakah mereka-mereka yang membangkang ini tidak memiliki atau mengenali apakah yang diertikan dengan EQ dan IQ? Pernahkah tercetusnya sesuatu tanpa bersebab? Bagaimanakah para pembangkang ini berada di dunia (wujud) dan bakal berakhirnya kehidupan (mati) mereka sendiri sekiranya tanpa bersebab? Agaknya mungkin mereka-mereka ini menyangka bawa mereka adalah kaum "immortal"?  Sesuatu yang perlu difikirkan oleh mereka sendiri secara serius!

Beberapa tahun lalu sehingga sekarang, Uncle kerap bercerita mengenai paten-paten IQ manusia kepada saya. Mengikut kajiannya bahawa paten minda (IQ) manusia boleh dibentuk berdasarkan kepada kekerapan menggunakan sifat-sifat EQ yang sekategori dengannya. Begitu juga paten IQ yang tertentu akan menjana terzahirnya sifat-sifat EQ yang tertentu.

Sebenarnya sifat-sifat EQ (nafsu) ini hanyalah alat sahaja untuk diri kita. Kita yang mentakbir sifat-sifat nafsu (EQ) bukannya nafsu (EQ) yang mentakbir kita! Allah S.W.T tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusia yang suka menzalimi diri mereka sendiri! Sesuatu yang agak sukar untuk memahaminya kerana kita perlu memahami atau mengenali kategori sifat-sifat EQ barulah dapat kita memahami kategori paten yang akan terbentuk untuk IQ.

Al-Quran surah Al-Fajr: ayat 27-28.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)!

Andaikata seseorang itu sentiasa atau kebiasaannya menggunakan sifat-sifat EQ yang sama setiap saat dan berlarutan pada jangka waktu yang tertentu maka terjadilah perwatakan diri yang sedemikian rupa dan terbentuk pula paten minda (IQ) yang dikatakan sebagai "Consistence" untuk individu berkenaan. Sifat-sifat EQ ini terlalu banyak dan sifat-sifat berkenaan berkait rapat antara satu dengan yang lain. Dalam coretan yang telah lalu saya telah menuliskan dan menerangkan mengenai istilah "asbab" (cause & effect) iaitu pengzahiran atau berlakunya beberapa siri sebab & akibat.

Asbab atau cause & effect
telah lama dibincangkan oleh para pengkaji sains yang berkaitan dengan cakerawala / kebendaan atau dikenali dengan perkataan sains alam (geologi, kaji cuaca & lain) "alam semula jadi" tetapi dalam bab kejiwaan kita kenalinya sebagai Psykologi,  untuk otak pula ialah Neorologi dan Neurotherapy ialah gabungan psykologi dan neorologi. Sebenarnya kesemua itu hanyalah ilmu susunan berlakunya "sunnatullah" atau dalam lain perkataan untuk senang difahami ianya ialah "sesuatu yang telah ditetapkan mengikut hukum adat yang telah diciptakan olah Allah S.W.T". Contohnya, api kesannya ialah panas dan membakar, air bentuknya cecair, udara bentuknya gugusan atom - molikul (molecule), udara sejuk akan berganjak menuju kearah kawasan panas (iklim), magnet berpolar negatif / positif akan menarik satu sama lain dan polar positif dengan positif atau negatif dengan negatif akan menolak, begitu juga dengan peredaran yang berlaku pada bulan, bintang, bumi dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula dengan sifat-sifat EQ? Untuk memahaminya secara ringkas sila baca pos saya yang telah lalu berkaitan dengan  Warisan dan Persimpangan IQ dan EQ
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Lanjutannya berkaitan dengan sifat-sifat EQ dan IQ, lantaran itu cubalah fahami yang ini:
"Permisalan teman yang baik dan teman yang buruk ibarat seorang penjual minyak wangi dan seorang pandai besi. Penjual minyak wangi mungkin akan memberimu minyak wangi, atau engkau boleh membeli minyak wangi darinya dan kalaupun tidak, engkau tetap mendapatkan bau harum darinya. Sedangkan pandai besi, boleh jadi (percikan apinya) mengenai pakaianmu dan kalau pun tidak engkau tetap mendapatkan bau asapnya yang tidak sedap." (HR. Bukhari 5534 dan Muslim 2628).

Dua hadis di atas apakah erti sebenarnya? Teringat saya ketika uncle pulang daripada sebuah negara dan beliau bercerita sambil berkata "bida'ah, bida'ah" dan beliau ketawa diluar kawalan perihal banyaknya kereta buruk yang tersadai ditepi jalanraya mungkin perpatah ini paling tepat kerana mereka mengambilnya secara "membabi buta" serta tidak memahami isi kandungan hadis yang kedua ini. Bukankah Nabi Daud a.s itu seorang tukang besi?

Sifat-sifat EQ telah diperbincangkan didalam kitab-kitab seperti telah dinyatakan diatas. Sepotong ayat dalam surah Al-Falah menceritakan sifat EQ dan sekiranya sifat ini berterusan maka IQ pemiliknya akan menghalakan dirinya kepada satu keadaan seperti video dibawah. Bahayanya kalau tidak mengenali EQ dan IQ ini!

Al-Quran surah Al-Falah: ayat 4-5.
Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Video kiasan bagi mereka yang tidak mengenali sifat-sifat EQ & IQ

Credit to: P.Ramlee & rakan-rakan, Penerbit serta Mvalley


Al-Quran surah Al-Furqan: ayat 43-44.
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.

Bagaimanakah kehidupan harian kita? Masihkah mahu kita mengambil atau mengikut perkataan-perkataan mereka yang "buta hati" itu? Sentiasalah renung-renungi apa yang berada didalam dada kita setiap masa! Dan JANGANLAH jadikan dirimu dalam kumpulan seperti ini.

Al-Quran surah An-Nas: ayat 3-5.
Dari kejahatan PEMBISIK PENGHASUT yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu PEMBISIK dan PENGHASUT) dari kalangan jin dan manusia.

Monday, November 25, 2013

Persimpangan IQ dan EQ

Bila sebut perkataan "simpang" purata akan membayangkan mengenai jalan raya. Tetapi ada dikalangan kita yang akan mengatakan "haluan hidup atau liku-liku kehidupan". Tidak kira apa yang difahamkan tetapi ianya melibatkan IQ dan EQ secara sedar atau tidak!

Kali ini saya akan bercerita mengenainya. Sebenarnya persimpangan ini akan bersua dengan kita apabila kita di kehendaki membuat sesuatu keputusan. Purata keputusan yang di buat berdasarkan kepada ilmu iaitu maklumat-maklumat, fakta, input, hasutan bisikan (syaitan & manusia) dan lain-lain lagi. Untuk persimpangan jalan raya "Sign Board" adalah maklumat yang dijadikan sebagai sumber untuk membuat pilihan tetapi dalam dunia moden ada juga dikalangan kita yang akan menggunakan "GPS" sebagai panduan mereka. Persoalannya adakah GPS sentiasa memberi maklumat yang terkini, lengkap, tepat dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan "persimpangan" kesihatan? Contohnya kopimata! Ada dikalangan mereka yang mengambilnya dan akan mengalami beberapa ciri-ciri awalan kesan penyakit (Vertigo) didalam diri mereka. Ciri-ciri tersebut seperti mata akan berair, bengkak dan sebagainya. Sebenarnya mereka yang mengalami keadaan seperti ini adalah kerana dirinya mempunyai beberapa penyakit yang mereka sendiri tidak menyedarinya. Apabila keadaan ini berlaku, si peminum akan sampai kepada persimpangan (1) teruskan atau (2) berhenti. Hasil daripada keputusan yang telah dipilih ini akan berlakulah beberapa siri  sebab & akibat atau disebutkan juga sebagai "asbab" (cause & effect)  tindak balasnya yang akan membabitkan diri sendiri, manusia yang berada disekeliling mereka, cara hidup harian si peminum, pergaulan dan lain-lain lagi.

Dalam proses didikan juga tidak terkecuali persimpangan yang melibatkan diri, ibubapa, individu-individu yang diamanahkan, persekitaran, kewangan dan lain-lain lagi. Purata sistem pengajaran yang kedengaran ialah cuba mengasah IQ pelajar tanpa memikirkan kesan EQ yang telah di aplikasi oleh tenaga pengajar ketika mengajar. Menyedari akan hakikat ini membuatkan ramai pakar-pakar pendidik mengubah sistem awalan didikan dengan bagai-bagai cara serta teknik demi untuk menolong para pelajar yang belum boleh menguasai 3M.

Pernahkah kita menyelami diri pelajar-pelajar yang gagal menguasai 3M ini? Adakah kegagalan mereka disebabkan diri mereka sendiri atau disebabkan fakta-fakta lain? Adakah persoalan ini tidak ada formula untuk menyelesaikannya? 

Bagaimanakah hendak menambahkan ilmu sekiranya seseorang yang masih belum menguasai 3M? Persoalannya manakah yang lebih mustahak membetulkan IQ atau EQ dahulu? Satu persimpangan yang harus dipilih oleh pihak yang terbabit kerana pilihan yang akan diambil akan menyebabkan berlakunya berlarutan "siri asbab (cause & effect)".

3M (membaca, menulis dan mengeja) adalah pembelajaran yang paling asas dan sekiranya 3M gagal di kuasai oleh pelajar, maka sukarlah untuk mereka menguasai ilmu-ilmu yang lain. Dalam lain perkataan mereka yang gagal menguasai 3M tidak mempunyai pilihan persimpangan yang banyak didalam menentukan haluan kehidupannya kerana ketiadaan ilmu.

Persoalannya, adakah mereka yang gagal menguasai 3M ini suka dengan keadaan yang dihadapinya? Sudah pasti jawapannya adalah TIDAK! Dimasa akan datang, sara kehidupan akan menjadi lebih mencabar dan memerlukan individu-individu yang berwibawa untuk semua lapangan. Sekiranya mereka membesar dan sukar untuk mendapatkan perkerjaan untuk menyara kehidupan mereka dan melakukan kerja-kerja yang "aneh", bagaimanakah agaknya tanggapan masyarakat terhadap mereka?

Adakah mereka ini menzalimi diri mereka sendiri berdasarkan persimpangan yang telah diambil atau kita yang menzalimi mereka? Ketika mereka memerlukan pertolongan diperingkat awal kenapa kita abaikan? Sekiranya kita sebagai ibubapa, individu-individu yang ditugaskan untuk masyarakat atau apa sahaja yang membabitkan mengenai pendidikan, adakah kita telah memilih "persimpangan" yang betul mengenai permasaalah ini untuk generasi yang akan datang atau kita telah mengikut persimpangan "induvidualistik"? Kepada individu-individu yang terbabit dengan persoalan ini, berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan. Just imagine if you are in their shoes!

Sekiranya mereka boleh menguasai 3M dengan sempurna dan mempunyai ilmu tetapi tetap melakukan kerja-kerja yang "aneh", sudah pastilah mereka telah memilih persimpangan yang salah. Sewajarnya hukuman yang setimpal dengannya mesti diberikan kepada mereka kerana mereka telah memilih sifat EQ yang menyeleweng! Mereka menzalimi diri mereka sendiri dan mereka juga menzalimi orang lain! Hukum jangan tak hukum... "kecil tak mampus bila besar menyusahkan orang!" itu pepatah uncle tujukan kepada individu-individu yang individualistik yang telah membuat sesuatu keputusan yang merugikan negara, bangsa dan agama. 


Prihatin: Tuan Hj. Halim - Pengarah JPNIN, Selangor mengenai awalan pendidikan berkaitan dengan 3M
Kesempurnaan mengenai sebutan yang berkaitan dengan ilmu yang diperolehi oleh pelajar (Nurdini) berusia 4 tahun.

Saturday, November 23, 2013

Warisan

Biasanya apabila kita menyebut perkataan "warisan" kebanyakan manusia akan membayangkan yang berkaitan dengan harta atau sesuatu yang bersangkut-paut dengan budaya. Bagaimanakah pendapat anda sekiranya saya mengatakan mengenai warisan yang tidak berkaitan dengan sesuatu yang bukan fizikal atau budaya?

Sudah pasti ada yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah zuriat. Zuriat boleh diertikan juga dengan keturunan, benih, baka, generasi dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan warisan EQ?

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." (HR. Baihaqi).

Mungkin ramai yang telah tahu mengenai hadis ini tetapi bagaimanakah kita aplikasikan ia didalam hidup kita? Hadis ini berkaitan dengan kepercayaan, pegangan akidah, keyakinan kepada Tuhan, perlakuan dalam kehidupan dan lain-lain lagi. Dalam dunia moden awalan pendidikan bukan sahaja dididik oleh kedua orangtuanya tetapi ianya juga melibatkan guru-guru pra-sekolah atau taman asuhan.

Purata seseorang yang berkecimpung dalam dunia awalan pembelajaran sudah pasti mereka sangat arif dengan persoalan warisan EQ ini. Kepekaan ini terpulang kepada guru-guru itu sendiri secara sedar atau tidak.

Sebenarnya secara sedar atau tidak, saban hari ibubapa telah terapkan nilai-nilai EQ kepada anak-anak mereka secara berterusan. Nilai-nilai EQ ini termasuklah cara ibubapa berinteraksi didalam kehidupan famili, cara memilih makanan, perhiasan didalam rumah, ketika bersantai, topik berbualan ataupun ketika mereka bersosial di kelayak ramai.

Setiap anak-anak yang pergi ke tadika atau tabika akan membawa ciri-ciri warisan EQ yang telah ditanamkan oleh ibubapa mereka. Sebahagian ibubapa tidak pernah menyedari bahawa perwatakan anak-anak mereka adalah kesan daripada perwatakan mereka sendiri. Inilah yang di maksudkan warisan EQ atau disebut juga "anak-anak adalah cermin diri ibubapa".

Sekiranya ibubapa adalah golongan yang bersantun maka pembawaan si anak sudah pasti sangat disenangi oleh mereka yang berada disekitarnya tidak kira dimana sahaja mereka berada. Anak-anak akan berperwatakan lemah-lembut, perkataan mereka dipenuhi dengan kesopanan dan pelbagai sifat EQ yang positif akan terzahir daripada diri si anak. 

Andaikata ibubapa yang "rugged" atau kasar sudah pastilah perlakuan anak-anak mereka yang agak berlainan daripada norm yang sepatutnya. Seperti pepatah melayu, "melentur buluh biarlah dari rebung".

Ada juga anak-anak yang berwatakan agak terasing atau berlainan daripada ibubapa mereka sendiri. Sebenarnya dalam kes seperti ini beberapa fakta yang perlu diterokai oleh guru-guru yang mendidik anak-anak ini. Kes-kes seperti ini dikaitkan juga dengan genetik dan sebagainya. Tetapi sebagai seorang guru yang cekap setidak-tidaknya mereka mestilah memahami serba sedikit mengenai warisan EQ ini supaya lebih senang untuk mereka mendidik anak-anak itu.

Mendidik membetulkan EQ adalah satu kerja yang sangat susah sekiranya guru berkenaan tidak mengetahui sifat-sifat nilai EQ. Andaikata guru-guru ini tidak tahu ataupun tidak mahu mengambil inisiatif memahaminya bererti guru-guru ini tidak layak menjadi pendidik. Dalam lain perkataan seorang guru yang tidak hiraukan hakikat "warisan EQ" yang negatif & positif ini bererti guru-guru telah menkhianati amanah yang telah diserahkan oleh ibubapa kepada mereka. Malahan mereka juga mengkianati negara, generasi yang akan datang dan agama.

Perbincangan mengenai warisan EQ adalah satu topik yang sangat luas dan akan melibatkan perbagai aspek tetapi saya hanya corekkan secalit sahaja untuk kita renungi. Sesuatu yang pasti ialah purata anak-anak yang berusia 4, 5, 6 tahun atau kanak-kanak "special" mereka lebih tertarik kepada EQ disebabkan IQ mereka masih diperingkat belum sempurna. Tugas sebagai guru ialah mendidik bererti kita mesti memberitahu, melatih, mengajar, memulihkan, membetulkan dan pelbagai lagi.

Credit to: P. Ramlee & rakan-rakan, Penerbit serta Mvalley

Thursday, November 21, 2013

Selamat Pagi Malaysia.

Terlalu sibuk sehinggakan blog pun terabai. Hari ini saya luangkan sedekit masa untuk upload detik-detik cemas sebelum sessi TV1 RTM - Selamat Pagi Malaysia pada 18hb Nov. 2013.
 Bergambar bersama-sama Pengarah JPNIN Negeri Selangor, Cikgu Hanizah, Pelajar berusia 5 thn berserta dengan ibunya sebelum tetamu-tetamu lain tiba.
Ini wajah "handsome" salah seorang perkerja catering yang menyediakan sarapan kami.
 Pelajar yang berusia 6 thn
 Pelajar berusia 5 thn.
 Pelajar berusia 6 thn.
Hahaha ujian secara tak rasmi oleh Tuan Haji Halim terhadap pelajar berusia 4 thn untuk bacaan Bahasa Inggeris sebelum sessi bermula.
 Sessi hendak bermula. Para hero dan heroin mengambil posisi.
 Pesanan daripada krew rancangan ini En. Shariff "no sound and no telephone, plz"
 Cemas kami dibuatnya. Adakah pelajar-pelajar ini boleh menyesuaikan diri mereka kerana terlalu banyak "spot light", kamera dan lain-lain lagi.
"Final Check" oleh pihak RTM untuk para-para tetamu VIP ini.
"eh eh eh, lego den" kata Pn. Rohana setelah semua agak teratur.
 Agaknya ini juru kamera RTM tetapi beliau menggunakan kamera kecil pulak.. eh kenapa ya? hehehe.. 
 Hero of the year 2013 ... Annoucing "TUAN HAJI HALIM - PENGARAH JPNIN NEGERI SELANGOR!"
  Heroin dari Hulu Langat... Pn. Aya.
 Sparing partner Pn. Hasnah dan Juru Acara RTM bersama-sama pelajar.
Pelajar-pelajar 4, 5 dan 6 thn terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India. Mereka membaca akhbar... huh, huh bergasak, berdezup dezup membacanya.
Kumpulan pelajar, cikgu, ibu dan anak-anak yang turut bersama-sama kami ketika di sessi tadi.

Sekiranya ada antara pembaca yang ingin menyaksikan videonya sila layari www.facebook.com/educahayaku 

Sunday, September 15, 2013

Wajarkah..............?


Cahayaku adalah satu sistem yang sangat mudah untuk dikuasai. Hasil dari usaha yang kami lakukan disebuah sekolah rendah, dalam jangkamasa 2 minggu ada diantara para pelajar ini boleh membaca suratkhabar dan mengeja. Mereka adalah para pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca. Dari tahun 1 - 6.


Setelah mereka diuji dengan ujian LINUS, kami diberitahu bahawa ada peningkatan dimana diantara para pelajar yang mengikuti kelas cahayaku hanya 3 orang sahaja yang gagal ujian tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak menghadiri kelas cahayaku seperti yang telah ditetapkan dan buku hilang. Sebelum ini yang menduduki ujian LINUS adalah seramai 30+ pelajar ke semuanya.

Sekiranya cahayaku diserapkan di sekolah rendah dan menengah, saya yakin masalah membaca dikalangan para pelajar boleh diatasi dan matlamat SIFAR BUTA HURUF bagi tahun 2020 akan terlaksana.

Dari temubual yang kami lakukan dikalangan para2 guru samada di sekolah rendah atau menengah, masih ramai lagi para pelajar yang tercicir. Setiap tahun para pelajar yang berumur 6 tahun dari tabika akan ke sekolah rendah. Bayangkan berapa ramai pelajar tadika yang kita ada sekarang ni. Berapa ramai kah diantara mereka yang boleh membaca? Anda fikir2kan lah.

Kami telah berusaha untuk menerapkan cahayaku di kelas2 pemulihan di sekolah2 rendah. Surat sokongan telah kami perolehi dari sektor yang berkenaan. Malangnya usaha kami terbantut kerana kami tidak diberi peluang untuk membuat pembentangan. Dalam blog Cahayaku (Appreciation & Testimonial) Ada surat sokongan dari kurikulum juga. Testimoni2 dari ibubapa dan guru2 juga sudah membuktikan kejayaan cahayaku. Video2 dari Tabika Perpaduan juga telah membuktikan cahayaku mampu menyelesaikan masalah membaca untuk BM dan BI.

Niat saya untuk menyelesaikan masalah PEMULIHAN tidak tercapai. Ini adalah kerana baru2 ini kami tidak diberi peluang langsung untuk membentangkannya. Malangnya penilaian telah dilakukan TANPA PEMBENTANGAN. Adakah ini wajar?

Kepada ibubapa atau guru2 yang ingin cahayaku diserapkan di sekolah rendah dan menengah untuk mengatasi masalah kemahiran membaca dikalangan para pelajar bolehlah menyuarakan hasrat anda kepada pihak yang berkenaan.


Aduhai........


Status Update
By Chahaya Abdul Manan

ContactSTATISTIK

Bilangan Sekolah
RendahMenengahJumlah
7,7442,34710,091
Bilangan Murid (Enrolmen)
 LelakiPerempuan
Prasekolah97,29594,877
Rendah1,410,9251,332,064
Menengah1,145,7181,174,569
Jumlah2,653,9382,601,510
Jumlah Keseluruhan:5,255,448
Bilangan Guru
 LelakiPerempuan
Rendah72,162165,330
Menengah55,433122,379
Jumlah127,595287,709
Jumlah Keseluruhan:415,304

Data seperti pada 30 Jun 2013


Ini adalah statistik yang diambil Dari Portal Rasmi - Kementerian Pelajaran Malaysia. Andai kata 10 peratus sahaja yang tidak boleh membaca berapakah jumlahnya. Pelajar pra sekolah shj berjumlah 192,172 orang. Feed back dari guru2 pra sek dan ibubapa masih ramai lagi yg berumur 6 tahun tidak boleh membaca.

Bagaimana pula dgn KEMAS dan TADIKA SWASTA?

Sekiranya masalah ini tidak ditangani secepat mungkin makin lama makin ramai lagi pelajar yang tercicir. Setiap tahun akan bertambah dan terus bertambah. 

Siapakah yang ingin di salahkan? Sekolah? Ibubapa? Kementerian? Pelajar? Guru? Atau kaedah bacaan yang sedia ada. Sedangkan pelajar sekiranya ia diberikan satu sistem yang tepat masalah ini boleh di kurangkan. Mungkin kita tidak boleh selesaikannya 100 peratus kerana masalah persekitaran dan diri juga perlu diambil kira, sekurang2nya dapat mengurangkan jumlah pelajar yang tercicir.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...