Thursday, May 12, 2011

Murid Tua ku......HEBAT






Hari ini 11/05/11 mulanya kelas bagi Umirzar dan Sakdiah. Bila ditanya mereka kata boleh membaca tetapi tidak boleh menulis, mengeja dan apalagi mengira. Tidak hairan dizaman yang serba moden ini masih ada lagi mereka-mereka yang boleh dikatakan tercicir. Apa sebabnya hanya mereka saja yang tahu. Mereka tidak pandai membaca disekolah tetapi mereka diajar oleh ayah mereka. Apakah teknik yang digunakan? Kata mereka cara hafalan. Apa pun saya tabik hormat kepada ayah mereka kerana diatas usaha beliau mengajar anak, sehingga pandai membaca surat khabar. Kenapa tidak boleh menulis dan mengeja? Kata mereka tak taulah ayah kerana dimasa tu ayah hanya memaksa untuk membaca sahaja dan tidak menekankan tentang penulisan dan ejaan. Orang dulu-dulu mungkin pada fikiran ayahnya cukup sekadar membaca sahaja atau ayah mereka tidak tahu macamana nak ajar anak menulis. Tidak ada ilmu tu barangkali.

Umirzar dilahirkan pada 9/9/80 manakala Sakdiah 31/8/77. Sebenarnya bukan mereka sahaja ada ramai lagi murid-murid tua yang telah saya didik. Nasib baik sistem memandu untuk mendapatkan LESEN L dinegara kita memerlukan peserta menandakan jawapan yang betul jadi cukuplah sekadar pandai membaca sahaja.
Umir mengatakan untuk mendapatkan  LESEN L beliau duduk sebanyak 18 kali. Tak tahulah betul ke tidak si Umir ni. Saya bangkitkan soal lesen ni kerana kedua-dua mereka memandu ke kelas. HEBATkan......

Kepada mereka-mereka yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira jangan malu. Jadilah seperti Umir dan Sakdiah datang kekelas untuk pandai menulis dan mengeja. Lepas ni mereka akan belajar membaca Bahasa Inggeris pula. Lihatlah ejaan mereka yang saya uploadkan. Pada mulanya saya ketawa tetapi dengan tiba-tiba hati saya jadi sebak dan pilu. Sedihnya hanya ALLAH saja yang tahu dan menaikan semangat saya untuk mengajar mereka menulis dan mengeja dengan cara yang mudah dan cepat lagi. Walaupun ejaan mereka salah tetapi bila ditanya apa yang mereka tulis, mereka boleh pulak menjawab dengan betul.

Untuk Umir dan Sakdiah tahniah kerana memilih cahayaku sebagai kaedah pembelajaran anda. Insyaallah anda berdua akan berjaya nanti. Sama-sama kita saksikan kerana saya akan upload semula borang yang akan mereka isi dan buat ejaan semula setelah pandai membaca. Tahniah! Di atas semangat dan kegigihan anda.

Wednesday, May 11, 2011

Hati Karma.....hati siapa ya?





Karma? Kalau ditanya apakah makna karma macam-macam jawapan yang kita dengar. Nak tahu maknanya kena selak-selak lah kamus dewan tu. Apa yang nak saya ceritakan disini ialah gelagat anak murid saya yang beraksi sambil duduk mengikut rentak lagu 'HATI KARMA' untuk persiapan sempena majlis penyampaian sijil pada hujung tahun nanti.

Ini adalah diantara aktiviti-aktiviti kami di tadika. Perhatikan cikgu-cikgu saya yang menunjukkan gaya kepada anak murid. Ada yang ikut dengan bersungguh-sungguh dan ada tu buat sambil lewa je....biasalah kanak-kanak. Hai macamanalah cikgu-cikgu tadika ni nak tua sebab didalam hati sentiasa muda. Selagi bersama dengan kanak-kanak selagi itulah kita merasakan yang diri kita pun macam kanak-kanak juga. Menyanyi, menari, berlakun dan berlari atau melompat samalah macam adik-adik kita. Kalau cikgu tak aktif anak murid pasti bosan tapi kalau cikgu aktif dan kreatif anak murid akan seronok kerana mereka akan rasa seronok untuk ke tadika.

Tuesday, May 10, 2011

Cahayaku Paradigm - Pronunciation Skills







Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intellectual completeness by means of provocations and motivation without the students being aware of them happening.

It is also a system which is based on the ability of the emotional quality to achieve self-excellence during the children's early education, especially in the aspect of reading, writing, spelling and understanding the logical basis while relaxing.

The system also introduces the concepts of mimic, constant training (physical & mental) and "Iqra" (direct pronunciation), which covers provocative word arrangement and constant motivation. This method will encourage the student not only to understand but also to appreciate what he or she is learning.

From the study done, it was found that children who study by using the Cahayaku System can read all sorts of things including TV sub-titles, magazines, newspapers and other reading material.

Cahayaku Paradigm is created to develop Pronunciation skills only. It contains words that are redundant and sentences that are repetitious to foster the old saying of "practice makes perfect".

The book is filled with emotional elements, word arrangement, puzzles, poetry and short stories, which are positive and informative in nature. Furthermore it contains words, single sentences as well as stories which applies "reverse psychology". It also contains fictitious stories to enliven the emotional elements based on propaganda, politics and racism (Nowadays we can't hide the issues from them). But the positive explanation is noted before the beginning of a particular story. As such, teachers and parents have to play their respective roles well to deliver the intended messages.

Monday, May 9, 2011

Cikgu.... Saya disleksia. (Translated)

Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar.
Dan ini adalah catitan darinya.

Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000
Tarikh mula belajar & guna sistem Cahayaku: 2/10/2010

Disleksia bukannya satu penyakit. Ia merupakan salah satu daripada gangguan yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak di dalam pembelajaran. Biasanya masalah yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Mengikut kata pakar kanak-kanak disleksia mempunyai daya pemikiran yang normal dan disleksia dirujuk kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah menulis dan membaca. Bagi saya kanak-kanak disleksia pula boleh dikatakan hampir kesemua perbuatan dan perkataan atau apa yang difikirkannya terbalik dan bergantung kepada tahap masalah tersebut. Contoh kiri dan kanan terbalik, ayat yang disebut dan difahami terbalik, penulisan terbalik, mengeja terbalik, perbuatan pun terbalik contoh memakai kasut dan menunjuk arah dan banyak lagi. Disleksia tetap disleksia dan tidak mungkin boleh diubati cuma kita boleh mengajar pelajar tersebut mengadaptasikan perbezaan antara dia dengan persekitaran.

Mereka bukanlah cacat dan ada diantaranya terdiri daripada orang-orang yang terkenal di dunia. Setiap pelajar yang mempunyai masalah disleksia tidaklah sama dengan pelajar disleksia yang lain. Ada yang susah untuk menyebut perkataan yang panjang dan sukar juga untuk mempelajari turutan seperti abc...., mengira 123.... sifir dan nama bulan. Yang penting mereka bukanlah tergolong daripada golongan yang bodoh.

Dari info yang diperolehi dan saya QUOTEkan semula: "Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya."

Bagi sistem cahayaku kanak-kanak disleksia paling mudah untuk kami tangani kalau dibandingkan dengan pelajar-pelajar istemewa yang lain. Macamana teruk sekali pun tahap disleksia mereka insyaallah boleh diselesaikan dengan cepat melainkan pelajar disleksia itu memiliki ciri-ciri special yang lain.

Lokman adalah seorang pelajar yang telah dikategorikan sebagai pelajar disleksia yang teruk (mengikut kata ibunya). Telah berusaha untuk belajar dari satu centre ke satu centre yang lain sehinggalah berjumpa dengan 'cahayaku" melalui seorang kenalan. Hasilnya dia telah mula berubah dari seorang pelajar yang hilang keyakinan diri, pendiam dan pemalu kepada pelajar yang ceria dan mula bercakap sekiranya disoal. Kini Lokman telah membaca cahayaku buku 2 dan mula mengikuti kelas ini pada 2-10-2010 setiap hari Sabtu selama 1 1/2 jam seminggu sekali. Insyaallah akan saya uploadkan surat-surat pengesahan dari dokor pakar dan saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ibu Lokman. Tujuan kami melakukan ini adalah untuk memberi harapan kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah yang serupa. Untuk ibu Lokman jutaan terima kasih kerana anda sungguh memahami niat kami.

Teacher... I'm dyslexic.

Dyslexia is not an ailment. It is a simple interference in the child’s learning process; whether in reading, writing or arithmetic. According to experts they have normal cognitive skills; dyslexia refers to problems in reading and writing. To me, dyslexia is an all encompassing issue regarding behaviours and language skills. They tend to confuse left to right, write letters in reverse, wear shoes the wrong way around and so on. One can’t fix dyslexia, what we can do is to help them adapt to the problems and environment.

They are not disabled; some of the best humans in the world are dyslexic. Every dyslexic problem is different; some have problems with long words, others have problems acquiring the letter sequence, times table or even name of the month. They are however not stupid.

One info states that in Malaysia dyslexics are registered under the disability group (OKU), are able to carry the OKU card from the department of social service (JKM) and are able to request RM 150 a month from the state department of education should they follow remedial classes.

Dyslexic children are one of the easiest problems that can be solved by the Cahayaku system, especially when compared to other special children. No matter how complicated the issue is they can be handled swiftly.

Lokman, one of my students, is categorized as one of the more severe dyslexic issue (according to the mother). He changed from one learning centre to another, until his parents heard of Cahayaku from a friend. Now he has gained his self esteem, no longer the quiet and shy student that he was. Now he is able to read the second book of the series and only started learning from October 2010; classes only for one and a half hour once a week. The letters (from child experts in regards to Lokman’s problem) here are uploaded with permission from his parents, many thanks to them. The reason why we do this is to give hope to other with similar issues. Again, many thanks to Lokman’s parents for understanding the objective of this entry.

Saturday, May 7, 2011

SI LEMBAM ku cerdik.

Asalammualaikum cikgu.......terdengar suara seorang lelaki memanggil saya. Terpinga sekejap dan cuba mengimbau kembali siapakah lelaki tersebut. Bila dia tanya samaada saya masih mengajar lagi baru saya teringat yang dia adalah ayah kepada salah seorang murid saya yang pada ketika itu masih lagi tidak boleh membaca. Sudah pasti.

Bagaikan komputer didalam fikiran, saya cuba mencari ayah siapakah dia dan wajah murid yang pernah saya didik pada satu masa dulu. Bila dia melihat keadaan muka saya yang agak BLANK pada ketika itu dia pun terus menyebut nama anaknya. Alhamdulillah ingatan saya masih kuat, dimana waktu itu anaknya boleh diketegorikan didalam kanak-kanak yang lembam. Dia dari kelas pemulihan dan kalau tak salah saya anaknya ketika itu berumur 9 tahun.

Apa yang saya fikirkan selama ini telah pun terjawab. Terima kasih Allah. Siapa sangka anak murid lembam yang pernah saya ajar membaca pada satu ketika dulu telah pun menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Bukan semua murid yang saya ajar saya tahu perkembangan mereka. Biasalah bila apa yang mereka inginkan sudah tercapai jarang yang datang berjumpa dengan saya menceritakan perkembangan anak masing-masing. Selalunya saya dapat berita dari mereka bila terserempak dengan tak sengaja samada di petrol stesen atau di shopping mall.

Ayahnya cuba mengimbau kembali saat-saat saya mendidik anaknya. Saya dapat rasakan yang airmata saya jatuh kedalam kerana terlalu gembiranya saya. Ayahnya terus mengatakan "TERUSKAN USAHA MURNI CIKGU TU" dan kata-kata itu seolah-olah memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang demi mereka-mereka yang memerlukan. Katanya lagi membaca semua orang boleh ajar tetapi yang penting jiwa anaknya yang telah saya bentuk itu yang lebih bermakna. Akibat ketagihnya dia membaca anaknya menjadi rajin untuk belajar. Alhamdulillah anaknya telah pun mendapat 4A dan 4B+ didalam ujian SPM yang lalu. Saya turut berbangga kerana dia telah berjaya setakat ni. Siapa sangka budak lembam saya sebenarnya budak yang cerdik. Membaca adalah asas dan kunci semua kejayaan. Sekiranya seorang kanak-kanak itu tidak boleh membaca segala-galanya akan tercicir.

Sebenarnya adalagi seorang kanak-kanak dari kelas pemulihan. Setelah pandai membaca hasil dari didikan saya pelajar itu telah dibenarkan oleh doktor untuk menduduki peperiksaan UPSR. Ada lagi....ramai lagi.....kanak-kanak lembam, OKU, terencat akal yang telah berjaya MEMBACA.

Friday, May 6, 2011

Cahayaku Paradigm

Salam pada semua! Hahahaha.... Kali ini aku tersenyum lebar sehingga sudut bibirku sampai ketelinga kiri dan kanan apabila terbaca perkataan "YOU ARE RIGHT MUSLEH". Should be "Mr. Dracer Musleh" .... hahahaha

Yes, yes... Dwi Bahasa on the way. Hanya dengan cara ini ramailah blogger yang kurang faham atau tidak pandai berbahasa Malaysia akan dapat menghayati cerita2, coretan2, nota2 serta video (purata memiliki berinformasi yang berfaedah tetapi tersembunyi). Hanya mereka yang peka saja dapat mengesan kebanyakan informasi ini.. hehehe.

P/s: Kata2 Penceramah Cahayaku, "Si buta tidak mungkin dapat melihat tetapi terlebih teruk dan aneh kalau si celik tidak dapat melihat!"

Pn. Cahaya, sekali lagi aku ajurkan supaya postingkan sedikit lebaran atau keratan buku "Cahayaku Paradigm (A new technique (Cahayaku Tech) In Reading English)" semoga semua blogger dapat menatapnya. Sebenarnya buku Cahayaku Paradigm adalah bacaan kanak2 5 atau 6 tahun sahaja daripada Tadika Cahayaku! Sebutan perkataannya lebih mirip kepada English U.K malahan hampir 95% ejaannya kerana di Malaysia kita ini mengadaptasikan ejaan U.K. Contohnya ejaan English U.K "Colour, Labour" sedangkan ejaan English American "Color, Labor". Perbezaan ejaan akan menyebabkan perbezaan sebutannya juga!

SUMMERIZE:
In the 1st paragraph: Pn. Chahaya agreed with my suggestion to translate selected articles into English. So I wish that all non-malay and foreigners can understand and share the informations. And in other paragraphs, I also wish that Pn. Chahaya to post few pages of "Cahayaku Paradigm" into this blog. "Cahayaku Paradigm - Pronunciation Skill" is a book in English teaching the children age of 5 or 6 with fun, simple and no stress without burden! Normally "Cahayaku-an's" children take shorter time to "master" the skill!

Thursday, May 5, 2011

Dwi Bahasa On The Way

YOU ARE RIGHT MUSLEH......

Bila di fikir-fikirkan apa yang dikatakan oleh saudara Musleh kita ni memang dah sampai masanya cahayaku di terjemahkan ke Bahasa Inggeris.  Bila diperhatikan viewers yang melayari blog ini ada diantaranya dari Amerika, Taiwan, Jepun, China dan negara-negara lain. Pada dasarnya mereka-mereka ni tahu blog ini adalah berkaitan dengan pembacaan tetapi tidak tahu secara menyeluruh.

Hendak terjemahkan semua memang agak payah kerana akan mengambil masa yang agak lama. Jadi saya akan terjemahkan yang penting=penting sahaja. Untuk video pula saya cuba nak buat sub-title. Insyaallah rasanya menjadi kot. Walauapapun video prototype yang dah siap 100% akan saya uploadkan nanti.

YOU ARE RIGHT MUSLEH.....


It's true what our friend Musleh said it's time for me to translate this blog into English. I noticed that I have viewers all the way from America, Taiwan, Japan, China and other countries. I think that they know roughly that this blog is about reading, but have no idea on the details.


To translate the whole blog it will takes too much time, therefore I'll only do the important ones. I will try my best to have subtitles on the videos. It should suffice.So far the video for the prototype is 100% complete, which i will upload later.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...