Sunday, April 21, 2013

Seminit Sebelum Nasi Lemak Kopi O & Cahayaku bermula

Sejak akhir-akhir ini saya terlalu sibuk sehingga tiada masa dapat saya luangkan untuk mengupdate blog ini. Sebenarnya semua bahan yang hendak di muatkan sudah ada tetapi terlupa pulak "password".. Aduh hai, kalau sibuk tu kadang-kadang kita terlupa...

Tetamu terakhir sebelum kami untuk program Nasi Lemak Kopi O.
Salah seorang pengacara.
Sudut pemandangan daripada tempat duduk kami.
Cikgu Hairizah menunjukkan ini buku-buku yang akan dibawanya ketika sessi bermula nanti.
Cikgu Hairizah bergambar dengan Pengarah Perpaduan Negeri Selangor untuk dijadikan kenangan.
Giliran Cikgu Hasnah bergambar pula. Bukannya senang untuk bergambar dengan Pengarah tau.
Krew meletakkan "mic" dibaju Tuan Hj Halim kerana sessi hampir bermula.
Perbincangan terakhir antara Krew TV, Pihak Perpaduan, Cikgu-cikgu dan Pihak Cahayaku.
Keputusan telah diambil dan disepakati bahawa Cikgu Hairizah, 2 orang pelajar dan En. Halim Pengarah yang akan kedepan semasa sessi. En. Ruzaini menggaru-garu kepala... entahkan gatal kepala atau pening kepala! 
Krew TV meletakkan posisi yang betul untuk pelajar Tabika Perpaduan, kalau posisi tak betul pastilah wajah tidak kelihatan dengan jelas.
Krew TV minta penjelasan daripada En. Ruzaini mengenai Sistem Cahayaku secara ringkas. Latarbelakang: Kelihatan En. Radzi tersenyum senang hati melihat gelagat anak-anak didik Tabika Perpaduan diberi peluang untuk sessi ini. 
Krew TV sekali lagi menguji "mic" yang berada kepada Cikgu Hairizah dan seorang lagi Krew TV membetulkan "mic" yang berada pada pelajar lelaki.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...