Thursday, June 21, 2012

Zam-zam pasti akan datang lagi.......

Ketika mencari dan melihat foto-foto yang berada didalam komputer... tup, tup terjumpa gambar ini. Biasanya suami saya tidak pernah menyimpan foto-foto ketika kami di Mekah didalam komputer. Sebenarnya gambar-gambar ini berada didalam "handset" saya tetapi tanpa saya sedari dia telah download-kan kedalam komputer. Maaf ya gambar kurang cantik almaklumlah "snap" guna h/p. Saya berdoa kepada Allah swt semoga semua yang beragama Islam yang membaca blog saya agar dapat pergi kesana. Amin. Tahun 2002 saya sekeluarga mengerjakan umrah , 2004 umrah semasa Nisfu Syaaban, awal 2006 haji dan 2010 umrah lagi sekali. Sememangnya setiap kali kesana Kota Mekah pasti akan berubah dengan arus pembangunan yang semakin rancak.
 Ini adalah dataran dihadapan Kaabah. Disini siang atau malam tidak pernah tiada manusia!
 Cuaca di sini agak panas tetapi panas tidak menghalang manusia untuk melakukan "tawaf". Apalah nak dirisaukan sangat cuaca panas kalau dibandingkan dengan cinta terhadapNya.
 Saya ketika penat. Rehatlah kejap tetapi kalau berehat disini dapat pahala dan untuk mendapatnya kita mesti berniat untuk berikhtikaf..
 Waktu malam dan siang disini sentiasa dipenuhi oleh jutaan manusia untuk melakukan ibadah, berdoa atau apa saja yang mendekatkan diri kepadaNya.
 Ketika disini EQ kita biasanya akan tenang tetapi ada juga yang berkecamuk bagi individu yang tertentu. Nasihat saya bertaubatlah dulu sebelum pergi kesini. Semoga ketika disini Allah swt memberi ketenangan kepada kita. 
 
 Disini mereka yang menggunakan hujah akal untuk mengaitkan sesuatu asbab biasanya "kecundang". "Asbab" itu sebenarnya adalah "sunatullah" atau zaman moden dikenali dengan sebutan namanya "sains"! Mungkin ramai yang tidak faham kot? .. hehehe ... pergi sendiri barulah tahu!
Ini pakaian saya ketika disana yang setiasa ditemani oleh suami. Semoga kami akan kesini lagi dengan famili. Dulu kami datang sefamili ketika mereka masih kecil.
 Luatan manusia dengan satu tujuan... Allahuakbar!
Lelaki yang ditengah-tengah foto tu masih dalam "ihram". Semasa berihram kita tidak boleh melakukan beberapa perkara... nak tahu tanya ustaz ler..
 
Biasanya setiap individu sentiasa "sibuk" melayani diri sendiri. Dalam lain perkataan mereka sentiasa bercakap-cakap didalam hatinya. Terbaik biarlah sentiasa berdoa. Disini doa kita dimakbulkan oleh Allah swt kerana kita ketika ini adalah tetamuNya. Asalkan doa-doa itu tidak minta yang "bukan-bukan"... hehehe... faham-faham sendiri ya..
 
 Ketika masuk waktu sembahyang akan terdengar azan berkumandang dan sahut-menyahut antara masjid-masjid disekitar kawasan ini.
 Ini adalah tempat makan kami. Masakannya sekejap Malaysia sekejap Indonesia sebab tukang masaknya dari Indonesia!
Ini adalah ruang lalu untuk penghuni-penghuni hotel. Disebelah mamat penjaga tu adalah alat untuk mengesan sesuatu yang tidak di ingini. Tak tahulah apa yang cuba dikesan. Mungkin buah durian kot... manalah saya tahu.
Yang berlampu biru tu adalah "Front Desk" hotel. Berbaju hijau dan berserban putih tu... Hmm, fikir-fikirkanlah sendiri. Mungkin seorang sufi moden kot! Asal saya nak tangkap gambar dia berpusing belakang! Siapalah agaknya?
 Ini adalah bilik tidur kami. Balik kesini untuk tidur dan berehat sahaja. Hotel ini dikatakan setara "5 stars" kalau di Malaysia.
 Ah yang ini tak perlu saya cerita. Pandai-pandai buat cerita sendiri.
 Disini ada banyak "channel" TVnya tetapi semuanya bercakap bahasa Arab termasuk cerita kartun. Manalah kita faham.
Hotel Zam  Zam tempat saya menginap ini terlalu dekat dengan dataran masjid Mekah bukan dataran Kaabah! Sebenarnya ketika "snap" gambar ini saya sedang berdiri diatas dataran masjid. 
Ini adalah satu tempat yang disebut sebagai bukit magnet. Ramai yang membuat teori mengenai keanehannya! Tempat ini sangat berlainan daripada tempat lain. Tempatnya jauh dari Kota Mekah lebih dekat dengan Kota Madinah (agaknya saya pun dah lupa). Kalau nak tahu ceritanya kena baca sendiri bagaimana Rasulullah saw pernah sampai kesini ketika perang pada zaman dahulu... Jangan tak pergi ketempat ini dan jangan tak baca mengenainya.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...