Tuesday, May 29, 2012

Negeri Dibawah Bayu.

Sabah oh Sabah. Kali ini saya upload-kan beberapa foto untuk anda. Sebenarnya bukannya saya pergi untuk "makan angin" tetapi ia adalah salah satu destinasi yang perlu saya pergi untuk melatih guru-guru yang bakal menggunakan Sistem Cahayaku di seluruh negeri Sabah. Sebab itulah saya terlalu sibuk sehinggakan blog ini tidak sempat untuk di-update-kan seperti dahulu. Maaf.......
Pemandangan yang indah dan damai dipersisiran pantai sepanjang jalan menuju ke Likas, Sabah. Di kejauhan didalam foto ini yang berwarna putih itu ialah Masjid Bandar Raya Kota Kinabalu.
Inilah ruang bilik kursus Sistem Cahayaku di sebuah Hotel di Kota Kinabalu dengan dipenuhi oleh guru-guru yang bakal mengajar pelajar-pelajar mereka dengan kaedah ini.
Siapakah jejaka "handsome" ini? Sekiranya anda ingin tahu lihat gambar dibawah ini.
Beliau ialah Ustaz Asli. Beliau juga merupakan seorang imam disebuah masjid dan beliau gigih menolong isterinya Puan Shida (ko-ordinator) Cahayaku untuk seluruh negeri Sabah.
Saya bersama-sama dengan Pn.Shida (Ko-ordinator Cahayaku) berserta anak bongsunya.
Sebahagian daripada pelajar-pelajar yang mengikuti Sistem Cahayaku. Ini adalah "batch" pertama.
Duduk dikerusi: En. Ruzaini (pengarah urusan Cahayaku), Pn. Nurul Akmal (pengarah Perpaduan seluruh Negeri Sabah) dan Saya.
Aksi juru-juru gambar. Ada yang "pro" dan ada yang "semi pro"... hehehe
Inilah wajah "Professional sharp shooter" (Juru Gambar) yang sebenar. 
Sebahagian pelajar-pelajar (batch pertama) yang mengikut kursus Cahayaku.
Wajah seorang peserta Sistem Cahayaku (batch kedua). Ayukan?
Ini wajah peserta yang termuda yang mengikuti Kursus Cahayaku kali ini (batch pertama). Sikecilku.
"Special Post". Saya bersama pelajar serta Pengarah Seluruh Negeri Sabah iaitu Pn. Nurul Akmal (berbaju "pink"). Dari penelitian saya beliau disukai dan disayangi oleh kesemua guru-guru yang berada disitu. Mungkin anda berkata keayuan wajahnya yang membuatkan dia disayangi! Sebenarnya beliau bukan sahaja ayu tetapi beliau juga mempunyai perwatakan yang sangat menarik! 
Setelah penat saya menghabiskan masa dengan anak kedua saya yang bakal menjadi penceramah cahayaku tidak lama lagi....

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...