Thursday, May 31, 2012

Cheang Mai

Majlis makan bersama-sama dengan keluarga angkat di Restoren Chiang Mai, Sungai Buloh. Setelah penat bekerja inilah masanya untuk menghabiskan masa bersama mereka.
Barisan tetamuku. Mereka terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Iraq, Iran dan Pakistan.
Uwais (anak kedua saya - beliau sentiasa meluangkan masa untuk mengikuti suami saya supaya boleh memahami Sistem Cahayaku dengan lebih mendalam), Muhammad, Mr. Mutasim, Menal (mereka dari Iraq), saya dan suami.
Mr. Mutasim, Menal, saya, suami dan yang membelakangkan kamera ialah Nik Baizura (Beliau merupakan seorang Doktor tetapi tidak suka dan tidak membenarkan kami memanggilnya Doktor Nik........emmmm kenapa ya. Itu kena tanya dia.)
Ust. Nurul Iman, Sara dan Nik Baizura.
Tetamu yang paling muda ketika ini. Mungkin bagi beliau tidak faham kenapa orang-orang dewasa suka berkumpul dan berbual bila hendak makan.
Uzair (Anak Pertama saya), Mujahid (Anak Pertama Mr. Mutasim) dan Narvin (Beliau berketurunan Sik). Kesemuanya masih "single" tetapi semuanya masih belajar. Uzair (master dalam applied linguistic), Mujahid (master dalam Engineering) dan Narvin (Degree dalam ELC).
Yasdan & Ayob dua beradik daripada Iran. Bagi Ayob ini adalah kali pertama untuk merasakan masakan Siam ditempat yang elite.  Kedua-duanya masih belajar. Yasdan (Master in applied Linguistic dan beliau juga telah mempunyai Master dalam bidang Elektrikal) dan Ayob (terlupalah bidang apa).
Ini makanan / minuman "Laichee" yang disediakan sebelum "full dishes" dihidangkan. 
Narvin dan Yasdan. Maaf ya sebahagian gambar ini dipenuhi oleh Narvin. Hehehe.
Uzair sedang melayangi kawan-kawannya sebelum makanan disediakan. Pertuturan mereka semestinya bahasa Inggeris sebab tetamu kami terdiri daripada pelbagai negara.
Uwais, Muhammad, Menal. Menal terpaksa berubah tempat sebab keduanya (Menal dan Muhammad) tidak berapa suka dan tidak tahan dengan makanan yang pedas. Malahan ini adalah kali pertama untuk mereka mencuba makanan Siam asli.
3 tetamu daripada 3 negara dan sudah pastinya 3 bangsa malahan 3 bahasa. Narvin dari Malaysia keturunan Sik, Mujahid dari Iraq dan Yasdan dari Iran.
Ini adalah ekspresi orang yang telah kekeyangan atau seorang yang tak tahan rasa pedas atau tak tahan menunggu makanan yang dihidangkan! Tapi bagi saya dan suami... hehehe inilah lagak seorang "hyperactive".
Mr. Mutasim dan anaknya Mina (Beliau pelajar Megatronic). Dibelakang tu sebenarnya bukan pelayan restoran tetapi Mujahid. Mujahid tidak dapat duduk diam beliau suka melayani kami bagaikan seorang pekerja restoran..... hehehe almaklumlah beliau seorang pemilik restoran juga.
Tom Yam Pok tek dan Ikan kerapu masak... entah lah lupa pulak namanya.
Tom Yam Pok tek dan sayur masak...  lupa lagi namanya.
Nasi di restoran ini diberikan dalam bekas seperti diatas. Nampak aje kecil tetapi padat. Bagi kami (saya dan suami) tidak mungkin dapat habiskannya. Satu bekas ini kami kongsi bersama.
Uwais sedang menerangkan mengenai masakan dan rasanya kepada tetamu. Masakan yang pedas adalah kegemarannya sebab itu beliau tahu kebanyakan rasa makanan ini.
Masakan ini...hmm pandai-pandai anda memberikan namanya sebab saya lupa lagi.
Yang ini saya tahu. Sambal belacan tapi pedasnya "menghantu". Masyaallah pedasnya Tuhan saja yang Maha Mengetahui... Tiada perkataan hendak saya nyatakan. Tetapi ada orang hanya "relax" dan buat "selamba" aje makan sambal ini.
Hidangan-hidangan masakan yang terlupa namanya.
Sebahagian masakan siam untuk tetamu saya.
Dan ini juga.
Ini lagi.
Dan ini. Nama-nama masakan ini... Jangan tanya saya! Lupa dan lupa.
Ini para tetamu di sebalah kanan saya.
Inilah para tetamu di sebelah kiri saya. Yang itu satu-satunya anak dara kesayangan papa dia.
Hmm... yang mana dulu hendak dimakan? Mungkin semua sedap atau mungkin semua tidak boleh dimakan sebab pedas.. mungkin itu lah yang difikirkan oleh Narvin.
Yang ini payah hendak dinyatakan nama jenis makanan ini. Pandai-pandai pembaca memberikan namanya. Sebenarnya saya terlupa nama-namanya.. hehehe
Mujahid sangat suka masakan pedas dari siam. Beliau sedang bercerita mengenainya dengan Uzair dan Narvin.
Hmm... rupa-rupanya para tetamu saya sangat sukakan masakan pedas siam ini. Alhamdulillah.
Barisan tetamu yang sudah kenyang. Ust Nurul Iman, Nik Baizura, Unais (anak bongsu saya) dan Murtik (bibi kesayangan kami daripada Indonesia).
Direstoran ini terdapat ikan-ikan hidup air tawar. Mereka yang memerhatikan ikan-ikan ini ialah Mujahid, Narvin, Uzair, Unais, Menal dan Uwais. Kesemua mereka masih belajar di Universiti kecuali Menal. Uzair, Uwais dan Unais adalah anak-anak kami. 
2 beradik warga Iran dan kedua-keduanya masih belajar di Universiti.
Saya bersama-sama keluarga Iraq. Muhammad, Menal, Mutasim, Mina dan Mujahid.


No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...