Sunday, April 10, 2011

PENING KEPALA

Diatas permintaan anak sedara LUTFI LOKMAN... aunty menulislah jugak. Memang kena update blog ni. Betul katanya. Nak tunggukan Shidi. Manalah dia tak masuk-masuk lagi ni...Where are you Shidi?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan fikiran ibu-bapa sekarang ni. Mereka seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah KANAK-KANAK ISTEMEWA. Pernah saya menerima panggilan telefon dari seorang ibu ingin berjumpa dengan saya untuk memasukkan anak mereka kekelas cahayaku. Dari perbualan saya sudah merasakan bahawa anaknya adalah anak istemewa. Dia menjawab semua pertanyaan saya dan dari jawapannya saya tahu dan dapat mengagak dari kumpulan manakah anaknya. Adakah hyperaktif, autism, lembam, ADHD atau sebagainya. Saya setuju untuk berjumpa dengannya dan sudah bersiap sedia dengan apa yang akan saya hadapi dan terima nanti.

Pada hari yang ditetapkan kami pun berjumpa di tadika dan teramat...amat....amat terkejutnya saya. Melihat secara fizikal anaknya yang kembar itu, saya yang sah-sah bukannya seorang doktor dapat menilaikan anaknya memanglah dari kalangan kanak-kanak istemewa yang boleh mendapat kad OKU lagi. HAIRAN sungguh HAIRAN kedua-dua ibubapa ini masih mengatakan anak mereka NORMAL. Apalah salahnya menerima hakikat dan kebenaran tentang pemberian ALLAH kepada kita. Puas saya nasihat kepada mereka, mereka masih mengatakan NORMAL cikgu.

Saya hanya terkedu dan memandang kearah suami saya sambil mengangkat kening. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan. Terkeluar dari mulut saya kata-kata bahawa kita adalah dari kalangan keluarga yang istemewa juga disisi ALLAH sebab itu kita mendapat anak-anak yang istemewa. Cuba kita perhatikan di sekeliling kita bukan semua orang yang memiliki anak yang sebegini dan kita kena rasa bersyukur dan redha diatas pemberiannya. Tujuan saya hanya ingin dia menerima hakikatnya tentang anaknya supaya saya senang untuk mendidik. Usaha saya hanya sia-sia kerana dia mengharapkan saya dapat mengajar anaknya membaca dan bercakap dalam masa 3 bulan. Dalam hati saya berkata ingat AKU NI MALAIKAT KE APA... manalah mungkin. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuan saya dan terus terang saya katakan saya akan cuba menolong dan kalau untuk 3 bulan minta maaf. Saya tak berani. Apa yang saya terima ialah kata-kata yang kurang menyenangkan kerana terlalu marahnya dia kepada saya. Dengan perasaan marah dia terus meninggalkan saya, yang memandangnya dengan penuh tanda-tanya.

Saya kerap juga menerima anak-anak yang bermasalah yang telah dihantar oleh pihak HUKM kepada saya diatas inisiatif doktor dan jururawat dihospital tersebut. Banyak juga panggilan telefon yang saya terima memanggil saya DOKTOR. Pernah saya mengatakan kepada mereka bahawa saya ni bukannya DOKTOR dan jangan harapkan MIRACLE dari saya. Saya hanya akan menolong melalui pengalaman saya saja dan apa yang terdaya. Dengar penjelasan sebegitu ada yang mengatakan kepada saya bahawa saya lebih lagi daripada doktor sebab doktor tak boleh buat budak-budak istemewa membaca tetapi saya ada kebolehan di situ. Terlintas di hati tidak ada ke pihak-pihak universiti atau siapa-siapa yang berkenaan nak anugerahkan gelaran DOKTOR FALSAFAH kepada saya. Beranganlah sekejap. Tak apa sekali-sekala perlu juga jadi MAT JENIN. Manalah tahu entah-entah Sultan Selangor satu hari nanti menganugerahkan gelaran 'SERIKANDI NEGARA' ke... kepada saya. Yang baru saya cipta. Ada ke anugerah yang sebegitu? Maklumlah saya ni kan anak Selangor. Tapi siapalah kitakan.

Dah puas merepek pagi-pagi ni. Ini pasal Lutfi lah ni. Balik-balik kepada cerita kita. Memang ramai ibu-bapa yang sebegitu. Ada tu memang dah tahu pun yang anak mereka istemewa tetapi saja nak berlebih-lebihan. Masih jugak mengharapkan yang anak mereka boleh bercakap dan membaca dalam masa 3 bulan. Manalah mungkin. PENING KEPALA dengan kerenah orang-ramai ni. Tapi tak boleh nak salahkan mereka juga sebab itu adalah harapan mereka. Mengharap tidak salah samalah macam mencintai tidak semestinya kita memiliki.

Walauapapun saya tetap akan cuba selagi terdaya kerana JIWA PENDIDIK saya tidak boleh menolak. Apa yang akan saya katakan SAYA AKAN CUBA..........INSYAALLAH. Ok Pi macamana? Bacalah cerita aunty yang merapu ni tetapi ia tetap KISAH BENAR.

Junpa lagi BLOGGERS di lain topik.........




Thursday, April 7, 2011

Majalah MIDI Januari 2009


PELUANG PERNIAGAAN

Assalammualaikum and morning to all viewers.......

Selepas saya melakukan solat tahajjud entah kenapa terlintas pulak di fikiran ni untuk berkongsi cerita. Seperti selalu saya hebah-hebahkan tentang proto-type saya yang masih lagi didalam persiapan untuk di franchisekan. Mungkin ada yang tidak nampak dan tidak tahu apa yang saya maksudkan dengan PROTO-TYPE. Ianya adalah sebuah pusat kemahiran untuk menguasai 3M termasuk kelas mengaji. Insyaallah nanti akan di uploadkan video proto-type yang baru siap 50% dan minggu depan akan di uploadkan yang dah siap 80%  selepas tu end result. Sepertimana yang pernah tersiar di dada akhbar, di Malaysia ni masih ramai lagi murid-murid sekolah rendah atau menengah yang masih tidak boleh membaca. Apalagi yang bermasalah seperti OKU, LEMBAM dan ISTIMEWA. Kenapa kita tidak rebut saja peluang yang ada ni untuk membantu mereka-mereka yang masih lagi buta huruf.

Terlintas di hati untuk mengajak sesiapa saja di luar sana untuk menceburkan diri di dalam perniagaan ini. Selama ni cahayaku hanya di monopoli oleh pengusaha-pengusaha tadika dan untuk tahun 2011 cahayaku ingin melebarkan sayap kepada pusat-pusat tuisyen pula. Ambillah peluang yang ada kerana selain daripada kita melakukan tugas yang murni untuk masyarakat kita juga secara tidak langsung boleh melakukan sedikit jariah di samping menambah pendapatan. Didalam 1 km hanya ada satu pusat kemahiran sahaja dan itu pun bergantung kepada kepadatan penduduk.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuka perniagaan ini bolehlah meletakkan komen anda didalam blog saya dan nanti akan saya hubungi atau terus tel di pejabat saya di talian 03-92879528/9. Fikir-fikirkan lah......especially kepada graduan-garaduan yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan atau kepada yang ingin bersara/berhenti kerja.

Tuesday, April 5, 2011

Sekolah oh sekolah

Esuk pada pukul 12 tengahari mulalah perjalanan saya untuk mengajar murid-murid di sekolah menengah yang masih terkial-kial untuk membaca. Guru sekolah sudah kenal pasti akan beberapa orang pelajar yang memerlukan bantuan. Teringat kembali sewaktu mengajar murid-murid pemulihan dari darjah 2 sehingga 6. Kesian tenguk budak-budak ni bukannya mereka tak pandai cuma tak kena dengan kaedah.

5hb April 2011 janji dah di buat untuk mengadakan kelas tambahan di sebuah sek men dan segala peralatan telah disediakan. Kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukannya. Kalau ketentuan ALLAH mengatakan belum sampai waktu dan rezeki untuk budak-budak tu pandai membaca maka akan ada saja halangannya.

Pada cuti sekolah yang baru ni saya mendapat berita bahawa pengetua di sek men tu dimasukkan ke hospital kerana batuk dan selsema. Sungguh menyedihkan pengetua tersebut berada di dalam keadaan 'koma'. Saya terima berita tu dengan sedih dan mengatakan kalau ada rezeki budak-budak tu pihak sekolah akan menelefon saya semula. Pada minggu lepas mereka menelefon saya lagi dan membuat segala persediaan dan tarikh yang saya pilih ialah pada hari ini.

Pukul 11 pagi tadi mereka menelefon lagi dan mengatakan bahawa program bacaan itu terpaksa di tunda kerana penolong kanan yang baru di lantik itu mengatakan bahawa ada beberapa procedure yang harus di ikuti. Pada mulanya dia tidak mengatakan demikian dan akan mengeluarkan surat jemputan untuk saya. Penolong kanan mengatakan bahawa urusan dulu ialah bersama dengan pengetua dan memandangkan pengetua tidak ada jadi semuanya kena di bincangkan semula. Tidak menjadi hal bagi saya cuma kesiankan budak-budak tu.

Saya mengharapkan agar pengetua di sek men tu cepat sembuh kerana urusan ini adalah di atas pengetahuannya.

Urusan untuk hari ini tak jadi nampaknya. Saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar proto-type saya tu je. Video man saya kali ini bukanlah Lutfi Lokman anak sedara saya tu tetapi kawannya Roshidi Abu Bakar. Dia telah pun mengambil video proto-type saya yang baru siap 40 peratus dan  dia akan uploadkan di dalam blog ni. Sama-samalah kita tenguk hasilnya nanti.

Minggu depan saya nak ambil video budak-budak OKU yang dah pandai baca. Lepas tu akan saya ambil video proto-type saya yang dah siap dan akan saya uploadkan di blog ini.

Sunday, April 3, 2011

Pendidikan 3..........CURI

Penat......memang penat sangat-sangat. Hanya ALLAH saja yang tahu. Maklumlah nak siapkan proto-type ni bukannya senang. Dalam hati dah nampak gambarannya. Memang cantik, selesa dan akan rasa seronok duduk di situ. Belum siap lagi tapi hati ini sentiasa membayangkannya. PROTO-TYPE oh PROTO-TYPE...membuatkan AKU TAK TIDUR MALAM. Hajat hati nak franchisekan pusat kemahiran cahayaku ni dan kalau dah siap akan saya uploadkan gambar proto-type di dalam blog ni untuk tatapan anda semua.

Mak nak aiskrim. Suara itulah yang selalu kedengaran pada waktu tengahari atau petang. Berapa? Tanya si ibu. Seringgit cukuplah. Ambik je kat dalam beg duit mak tu. Begitulah yang selalunya berlaku apabila si anak meminta duit dari ibunya. Kita tidak menyedari dengan tindakan kita itu membawa kepada tabiat si anak yang sewenang-wenangnya membuka beg duit si emak dan lama kelamaan akan membawa kepada mencuri.

Seorang kawan pernah bercerita tentang perihal anaknya yang suka membuka beg duitnya. Dia mengatakan bahawa anaknya pernah mencuri duit dia dan pantang nampak ada duit yang terletak di atas almari pasti kena kebas. Bila di tanya, dia mengatakan semasa kecil dia sering menyuruh anaknya mengambil duit dari begnya. Dia tidak sedar bahawa perkara tu serius sebenarnya. Dia ingatkan tak apalah dia kecik dan budak kecik tak tahu apa-apa. Hakikatnya didikan yang sedari kecillah yang akan membawa sampai ke besar.

Saya menceritakan bahawa beg duit adalah barangan peribadi begitu juga dengan telefon bimbit. Kita tidak boleh membiasakan atau menyuruh anak kita untuk membuka beg duit kita. Kadang-kadang kita malas nak bangun dan suruh anak ambik sahaja dari beg duit kita. Akibatnya dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil duit dari beg duit kita tanpa izin pada satu hari nanti. Kalau kita jaga perkara-perkara yang sekecil ini hasilnya anak kita tidak akan berani untuk menyentuh barangan kita tanpa izin.

Begitu juga dengan menipu. Kalau kita tidak amalkan penipuan dari segi percakapan atau perbuatan anak kita pun tidak pandai menipu. Sebab itulah orang tua-tua selalu mengatakan bahawa anak-anak adalah cermin ibu-bapa. Tenguk anak dia tahulah macamana mak-bapak dia. Semua orang buat silap dan tidak ada seorang manusia pun yang sempurna tetapi kalau boleh kita kurangkanlah kesilapan di dalam hidup kita.

Menjadi seorang pengusaha tadika... macam-macam perangai manusia yang saya temui. Yang jelas diakhir zaman ini kita sebenarnya telah melahirkan tuan. Kenapa? Sebab mak-bapak dizaman moden ini lebih mendengar cakap anak. Kalau anak tidak mahu kesekolah dia akan mengatakan yang anaknya malas nak kesekolah dan biarkanlah cikgu tak apa. Jangan beri anak saya kerja rumah. Jangan itu dan jangan ini. Macam-macam alasan dan kerenah yang terpaksa saya hadapi. Adakalanya terlintas di hati, belasah je anak tu pandailah dia nanti nak kesekolah. Yang pasti, sekali sekala kita kena juga merotan anak ni. Kalau tidak dia akan naik mua dan manja berlebihan. Maksud merotan disini ialah kalau anak tu sudah melakukan satu kesalahan yang agak serius kita kenalah belasah dia. Jangan pulak kalau salah sikit pun nak merotan itu dah tak betul jawabnya.

Walauapapun keadaannya, institusi kekeluargaan itu sangat penting. Bergantung kepada kita sebagai ibu-bapa untuk mencorakkan anak kita. Yang pasti didikan itu biarlah sederhana dan janganlah keterlaluan. Terlebih tegas pun anak akan rasa tertekan dan kalau terlebih biar pun anak akan jadi rosak. Ibaratnya jadikanlah didikan itu seperti kita bermain dengan layang-layang. Kita lepaskan kemana layang-layang tu nak terbang dengan tali yang masih terikat di tangan kita. Kalau dah terlalu jauh kita tarik semula ke bawah. Pastikan ia terbang dengan berpandukan arah dari tali yang kita pegang.

Bukan senang nak didik anak-anak ni. Anak saya semuanya sudah remaja dan adakalanya saya masih lagi bertanya kepada kawan-kawan macamana dia menghadapi kerenah anak-anak remaja. Ada diantara mereka yang sudah bermenantu dan bercucu. Anak saya masih lagi belajar. Syukur alhamdulillah anak saya menjanjikan PHD untuk saya. Saya ingin sekali anak saya mendapat gelaran dr atau prof. Insyaallah saya yakin dengan kemampuan anak saya kerana sehingga kini dia masih memberi tumpuan kepada pelajaran dan tidak mempunyai teman wanita yang istimewa. Harap-harap dia akan tunaikan cita-cita saya.

Janjiku mengenai "Cerita ciri-ciri EQ "special kids""

Sekali lagi langkah terbawa kesini dan seperti yang telah dijanjikan didalam article-ku yang lalu. Textnya: "Insyaallah aku (dari pengalaman) akan bercerita ciri-ciri EQ "special kids""

Satu ketika dahulu aku telah bertemu dengan kawanku yang berada diK.L. Lama kami berbual mesra dan akhirnya terkeluarlah cerita mengenai anaknya yang masih belum boleh membaca walaupun sudah bersekolah di tahun 3. Dari wajahnya, kelihatan dengan jelas akan perasaan yang terganggu oleh keadaan anaknya itu.

Rungutanya terlalu banyak mengenai masa, tenaga dan wang ringgit yang telah dibelanjakan untuk anaknya dari taska, tadika hingga sekolah, termasuklah dengan kelas (special) tuisyen (tak ingin aku muatkan disini!). Dia menyatakan sudah bermacam ragam kaedah telah diperkenalkan untuk anaknya tetapi semuanya hampa dan kecundang untuk memulihkan anaknya. Akhirnya timbul rasa belas-kasihan aku terhadapnya.

Aku cadangkan sistem cahayaku untuk anaknya tetapi dia berkata bahawa sistem ini tidak mungkin dan tidak akan dapat memulihkan permasaalah yang dihadapi oleh anaknya sebab kebanyakan daripada pengajar-pengajar yang telah mengajar anaknya mengatakan bahawa sistem cahayaku "TIDAK BAGUS" (hmm adat orang berniaga.. mengutuk, dengki dan khianat atau istilah lainnya "PHD". Bila agaknya warga M'sia hendak maju). Aku tersenyum lebar and ketawa tak henti-henti buat seketika yang membuatkan dia agak kebingungan dan tersindir.

Untuk menenangkan keadaan aku ingin melihat anaknya. Malam itu aku kerumah dia dan berbual dengan anaknya. Dari perbualan itu aku dapati dia (si anak) dapat respond persoalan yang dikemukakan dengan baik! Lantas aku mengambil beberapa helai kertas kosong lalu menulis dan kemudia aku menyuruh si anak menyalin semula (menulis berdasarkan apa yang dia ingat) iaitu angka 2, 5, 7 dan 9. Dan untuk abjad pula s, b, d, p dan q.

Omak oi, bebudak ni tulis hampir kesemuanya terbalik...hehehe.. Rupanya si anak ini disleksia! Patutlah susah dia hendak membaca dengan sistem / kaedah "kuno!" Aku bertanya kepada si ayah "Kenapalah menyiksa anak yang hendak membaca dengan nama-nama abjad dengan logik gabungan yang aneh dan terlalu banyak! Adakah kita membaca memerlukan nama abjad ATAU mengenali bentuk abjad?"

Tahukah kamu bahawa si disleksia ini tidak tahu arah kiri dan kanan! Bagaimanakah para disleksia hendak membezakan antara bentuk abjad "b, d, p dan q"! Adakah mereka ini bodoh? Jawabannya TIDAK! Cuba cari di internet mengenai orang-orang disleksia yang telah berjaya, mungkin kamu termalu agaknya bila berdepan dengan komputer yang menggunakan perisian "window" atau bila berdepan dengan formulae MC2!

Si ayah termenung dan akhirnya bertanya dimanakah sistem cahayaku ini boleh di dapati?. Aku suruh dia surf "www.cahayku.com.my" cari lokasi cahayaku dan yang terdekat ialah di BANDAR TUN HUSSIN ONN, Cheras.

Pada pagi itu aku turut bersama-sama mereka untuk menghantar si anak kepusat pembelajaran sistem cahayaku. Alangkah terkejutnya aku (Pepatah orang Johor "terkejut beruk") bahawa disitu Pn Chahaya sendiri yang mengajarnya! Pn Chahaya tidak mengenali diriku tapi aku mengenali dia! Diam, diam aku menyelinap masuk dan perhatikan para pelajar yang mendatangi tempat itu.

Oh my God! I don't believe my eyes! Purata lebih daripad 60% adalah kanak-kanak special di sini dan dapat kita kenali mereka dengan jelas dan senang seperti tapak tangan, jari (tangan & kaki), mata dan lain-lain lagi (ah, aku tak ingin bercerita, nanti ramai pula blogger yang jadi doktor! Kalau nak tahu carilah doktor pakar kanak-kanak dan tanyalah pada mereka sendiri!).

Aku berbual-bual dengan ibu-bapa yang menghantar anak mereka kesitu dan dari info yang aku perolehi bahawa mereka sememangnya telah tahu bahawa anak-anak mereka bermasaalah yang telah disahkan oleh doktor pakar. Ada dikalangan ibu-bapa yang menghantarnya sebab telah dinasihat oleh doktor HUKM.

Aku menghampiri mereka (para pelajar) dan bertanyakan mengenai pembacaan mereka. Sungguh menarik dan menakjubkan! Setelah 1 jam anak kawanku itu keluar lantas aku dengan diperhatikan oleh ayahnya, aku menanyakan bunyian abjad untuk "a, e, i, o dan u" diftong dan gabungan ma dan seterusnya. Dengan tenang, senang dan penuh yakin dia membunyikannya sedangkan sebelum ini dia agak bercelaru! Ayahnya tersenyum tanda keriangan!

Aku berbisik pada kawanku, "Tahukah kamu siapakah yang mengajar anakmu itu?" Jawabnya pendek "Tidak". Puff, jelasku: "Dia ialah Pn. Chahaya Abdul Manan, pengubah, pereka konsep dan penulis buku Cahayaku! Your son got 1st hand, dude!" Sekiranya blogger atau pembaca yang tinggal disekitar kawasan ini mempunyai anak-anak yang masih belum boleh membaca, NASIHATKU, usahlah membuang masa, tenaga dan wang seperti kawanku itu, sonang aje cari Pn. Chahaya! Nasihatku juga pada mereka yang tidak mempunyai sistem tetapi mengaku ada sistem yang di cepak capuk daripada buku orang lain lalu digunakan di sekolah-sekolah atau di tadika-tadika. Hentikanlah perbuatan itu dan Jangan rosakkan generasi dan warganegara!

P/s: Adakah kita ini normal? Adakah orang2 disleksia hanya sekadar disleksia sahaja? Nanti dilain hari aku akan bercerita lagi mengenai disleksia...

ops, ops... time up ... forgive me.. if my words hurts you.. pls refer to my 1st article ... “AKU DRACER MUSLEH” .. so long, see you again ...

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...