Sunday, June 17, 2012

Karambunai - Sunyi, tenang dan nyaman

Satu ketika dulu saya pernah terlihat sebuah foto yang indah serta mendamaikan fikiran saya. Rupa-rupanya foto itu ialah Karambunai. Kini saya sedang berada di lokasinya. Alhamdulillah akhirnya saya  dapat menjejakkan kaki kesini.
Sah saya berada di Karambunai. hehehe
Bebas daripada gangguan hutan batu-batan, riuh bunyian kenderaan. Lapang fikiran bagaikan burung-burung yang berterbangan bebas.
Hehehe... Pn. Shida yang membawa saya kesini. Beliau adalah koodinator Sistem Cahayaku untuk seluruh Negeri Sabah. Tanpa beliau bagaimana mungkin saya sampai kesini...tak ada transpot. kakaka
Saya cuba bermain catur dengan Uwais (anak kedua saya) ketika disini. Puhh panas pulak! Terasa bodoh pulak kita bermain catur yang berat serta berdiri di tengah panas! Hehehe
Karambunai ini adalah satu lokasi di muara sungai... hehehe... agaknya sebab itulah airnya kurang berombak. betapa amannya "boat" untuk berlabuh.
Pemandangan yang sangat menarik. Tenang, damai, nyaman serta deruan bayu yang sepoi-sepoi bahasa di celah dedaun pokok ru yang berada disini. Cantikkan?
Air yang tenang, langit yang cerah, kehijauan bukit-bukit serta deretan pulau-pulau kecil.

Friday, June 15, 2012

Lambaian yang mendamaikan - pantai & bayu.

Kadang-kadang kehidupan harian kita menjadi kusut dan emosi kita berkecamuk. Fakta-fakta yang membuatkan emosi tidak stabil ini banyak puncanya dan disaat-saat begini seseorang itu mestilah cari jalan keluar sebelum terlambat. Ada individu yang tidak tahu bagaimana untuk damaikan emosi diri sendiri lantaran itu mereka melakukan aktiviti yang menyongsang serta menambahkan parahnya lagi emosi itu, seperti meminum arak, dadah, berdisko dan pelbagai lagi aktiviti yang negatif. Cara ini banyak dilakukan oleh individu-individu yang kurang beragama atau kononnya mengikuti "trend" baru atau cara hidup "moden"! Allahai manalah letak akalnya! Carilah ilmu untuk mendamaikan jiwa! Harta didunia tak kemanapun!

Sebenarnya ada banyak cara untuk mendamaikan emosi, contohnya duduk di persisiran pantai dengan mendengar bisikan bayu, "tarian" pokok hijau yang "melambai" bila ditiup angin, kocakkan air laut serta bunyiannya yang berirama, sinaran matahari, bentuk formasi awan, keindahan kehijauan atau kelam gunung-ganang, bukit-bukau, kejauhan serta kesepian pulau-pulau dilautan atau apa saja yang berkaitan dengan ciptaan Allah swt. 
Perhatikan tarian pokok-pokok ini.
Tahukan anda bahawa pokok ini telah mengalami masa yang sukar untuk membesar tetapi ia tetap berdiri tegap disini.
Tiupan angin senantiasa berubah-ubah begitu juga hidup kita dan emosi kita. Kalau di perhatikan serta diteliti pada situasi ini sudah pasti ada cerita dan berita yang sedang disampaikan mengenai keadaan laut serta kehidupan yang berada dilaut. Para nelayan zaman dulu-dulu boleh membuat andaian yang hampir tepat mengenainya dan dari informasi inilah mereka mula merancang untuk membuat kerja-kerja mereka. Mengapa kita tidak perhatikan anjakkan emosi kita supaya boleh kita perbetulkan cara hidup kita?
Keasyikan boleh dicapai, sekiranya kita memerhatikan sebuah kapal yang sedang belayar dilaut. keasyikkan ini juga biasanya akan membuatkan kita terlupa pada perkara-perkara yang lain malah asyik akan membuat seseorang itu terlupa pada anjakkan waktu. Berhati-hatilah dengan emosi kita yang sedang menuju kearah mana asyiknya?
Mata kita sentiasa nampak apa yang kita pandang tetapi adakah apa yang sedang dipandang itu memberi erti kepada kita?
Sekiranya anda sedang berdiri DISINI. Apakah yang dapat anda rumuskan? Adakah hanya pokok kelapa dan air laut? Sebenarnya kalau kita teliti dikejauhan itu ada sebuah mesjid dipersisiran pantai, bentuk awan yang dimenutupi sinar matahari, air laut yang sentiasa menghasilkan bunyian ombak kecil, pokok kelapa yang tidak banyak geraknya. Berdasarkan kepada desiran ombak yang lembut dan angin yang sepoi-sepoi bahasa dapatlah kita rumuskan bahawa cuaca redup serta baik. Cubalah kita menganalisakan emosi diri kita sendiri? Bilakah ianya terganggu dan bagaimana pula bila ianya tenang? Tenang itu ada dua keadaan (negatif atau positif) dalam soal agama dan kehidupan.
Perhatikan gambar ini. Sudah pastilah anda sudah boleh buat rumusannya sendiri.
 Mata adalah kurnian Allah swt. Tanpa mata seseorang itu tidak dapat melihat keindahan alam tetapi mata bukannya dicipta oleh Allah swt untuk melihat sesuatu keadaan yang boleh membuatkan emosi anda terganggu. Seandainya emosimu terganggu gunakanlah mata untuk mencari ketenangan kembali. Hargailah mata anda semasa anda masih hidup. 
 Informasi foto: Dataran tanah yang berumput serta pokok berwarna hijau, luasan air laut yang sentiasa bergerak dan luasan langit yang diliputi awan. Sebenarnya kalau anda berada disini anda akan mendengar bisikan bayu yang tidak henti-henti. Cantik dan damaikan?
 Cuba perhatikan foto ini betapa cantiknya sinaran cahaya dibelakangi awan yang sedang berganjak serta bertukar menjadi "gelap" dengan berlatar-belakangkan kelam sebuah pulau dan air laut yang berwarna biru-kehijauan yang tidak henti-henti menuju kepantai membawa berita akan keadaan yang bakal berlaku sebentar lagi.
Apakah tema yang anda katakan berdasarkan foto ini? Perhatikan keluasan laut, pulau, warna awan, kehijauan pokok-pokok serta sinar matahari! Apakah yang anda alami? Sayu..... pilu, sedih atau damai? Dimanakah kedamaian anda yang sebenarnya? Fikir-fikirkanlah!

Wednesday, June 13, 2012

what say you?

Pernahkah anda mendengar satu lagu berulang-kali? Mungkin pernah tetapi mungkin tidak sama dengan suami saya (Penyelidik Cahayaku) kerana beliau mendengarnya beratus-ratus kali dalam satu hari! Sebenarnya saya sendiri tidak suka dengan rentak jazz ini tetapi setelah sekian lama mendengarnya barulah saya faham... mengapa dia suka mendengarnya! Mungkin inilah pepatahnya "Some one need to take a stand!"


"Why Should I Care" 
Was there something more I could have done? 
Or was I not meant to be the one? 
Where's the life I thought we would share? 
And should I care? 

And will someone else get more of you? 
Will she go to sleep more sure of you? 
Will she wake up knowing you're still there? 
And why should I care? 

There's always one to turn and walk away 
And one who just wants to stay 
But who said that love is always fair? 
And why should I care? 

Should I leave you alone here in the dark? 
Holding my broken heart 
While a promise still hangs in the air 
Why should I care?
Credit: Diana Krall


Rupa-rupanya lagu ini berkaitan dengan kerja-kerja yang sedang dilakukan selama 15 tahun ini. Malahan masih dilakukan sekiranya diperlukan! Kali ini saya upload-kan beberapa foto untuk kita merenung kedalam jiwa pelajar-pelajar yang dimaksudkan ini. Mungkin dengan cara ini akan membuat para pembaca memahami atau membayangkan akan penderitaan yang bakal pelajar-pelajar ini lalui dimasa hadapan sekiranya semua pihak hanya "berlepas tangan".

Saya berharap akan lahirlah kumpulan-kumpulan di kalangan rakyat Malaysia yang akan bangun demi memberikan kesedaran kepada yang lain (individual, ibubapa, masyarakat, pertubuhan NGO, sektor swasta dan juga pihak kerajaan) untuk menyedarkan semua individu yg bertanggung jawab di Malaysia ini, bahawa generasi ini juga tidak boleh diabaikan. Persoalannya berapa ramaikah dikalangan rakyat Malaysia yang sanggup "bangun" dan berjuang untuk pelajar-pelajar ini atau masing-masing hanya pentingkan "perut" sendiri? Ada juga dikalangan individu-individu di Malaysia ini yang dipilih untuk kerja-kerja seperti ini tetapi sayang seribu kali sayang, mereka hanya untuk memenuhi jawatan ini untuk kepentingan peribadinya sendiri! Individu seperti ini tolonglah beri laluan kepada orang lain... 




Thursday, May 31, 2012

Cheang Mai

Majlis makan bersama-sama dengan keluarga angkat di Restoren Chiang Mai, Sungai Buloh. Setelah penat bekerja inilah masanya untuk menghabiskan masa bersama mereka.
Barisan tetamuku. Mereka terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Iraq, Iran dan Pakistan.
Uwais (anak kedua saya - beliau sentiasa meluangkan masa untuk mengikuti suami saya supaya boleh memahami Sistem Cahayaku dengan lebih mendalam), Muhammad, Mr. Mutasim, Menal (mereka dari Iraq), saya dan suami.
Mr. Mutasim, Menal, saya, suami dan yang membelakangkan kamera ialah Nik Baizura (Beliau merupakan seorang Doktor tetapi tidak suka dan tidak membenarkan kami memanggilnya Doktor Nik........emmmm kenapa ya. Itu kena tanya dia.)
Ust. Nurul Iman, Sara dan Nik Baizura.
Tetamu yang paling muda ketika ini. Mungkin bagi beliau tidak faham kenapa orang-orang dewasa suka berkumpul dan berbual bila hendak makan.
Uzair (Anak Pertama saya), Mujahid (Anak Pertama Mr. Mutasim) dan Narvin (Beliau berketurunan Sik). Kesemuanya masih "single" tetapi semuanya masih belajar. Uzair (master dalam applied linguistic), Mujahid (master dalam Engineering) dan Narvin (Degree dalam ELC).
Yasdan & Ayob dua beradik daripada Iran. Bagi Ayob ini adalah kali pertama untuk merasakan masakan Siam ditempat yang elite.  Kedua-duanya masih belajar. Yasdan (Master in applied Linguistic dan beliau juga telah mempunyai Master dalam bidang Elektrikal) dan Ayob (terlupalah bidang apa).
Ini makanan / minuman "Laichee" yang disediakan sebelum "full dishes" dihidangkan. 
Narvin dan Yasdan. Maaf ya sebahagian gambar ini dipenuhi oleh Narvin. Hehehe.
Uzair sedang melayangi kawan-kawannya sebelum makanan disediakan. Pertuturan mereka semestinya bahasa Inggeris sebab tetamu kami terdiri daripada pelbagai negara.
Uwais, Muhammad, Menal. Menal terpaksa berubah tempat sebab keduanya (Menal dan Muhammad) tidak berapa suka dan tidak tahan dengan makanan yang pedas. Malahan ini adalah kali pertama untuk mereka mencuba makanan Siam asli.
3 tetamu daripada 3 negara dan sudah pastinya 3 bangsa malahan 3 bahasa. Narvin dari Malaysia keturunan Sik, Mujahid dari Iraq dan Yasdan dari Iran.
Ini adalah ekspresi orang yang telah kekeyangan atau seorang yang tak tahan rasa pedas atau tak tahan menunggu makanan yang dihidangkan! Tapi bagi saya dan suami... hehehe inilah lagak seorang "hyperactive".
Mr. Mutasim dan anaknya Mina (Beliau pelajar Megatronic). Dibelakang tu sebenarnya bukan pelayan restoran tetapi Mujahid. Mujahid tidak dapat duduk diam beliau suka melayani kami bagaikan seorang pekerja restoran..... hehehe almaklumlah beliau seorang pemilik restoran juga.
Tom Yam Pok tek dan Ikan kerapu masak... entah lah lupa pulak namanya.
Tom Yam Pok tek dan sayur masak...  lupa lagi namanya.
Nasi di restoran ini diberikan dalam bekas seperti diatas. Nampak aje kecil tetapi padat. Bagi kami (saya dan suami) tidak mungkin dapat habiskannya. Satu bekas ini kami kongsi bersama.
Uwais sedang menerangkan mengenai masakan dan rasanya kepada tetamu. Masakan yang pedas adalah kegemarannya sebab itu beliau tahu kebanyakan rasa makanan ini.
Masakan ini...hmm pandai-pandai anda memberikan namanya sebab saya lupa lagi.
Yang ini saya tahu. Sambal belacan tapi pedasnya "menghantu". Masyaallah pedasnya Tuhan saja yang Maha Mengetahui... Tiada perkataan hendak saya nyatakan. Tetapi ada orang hanya "relax" dan buat "selamba" aje makan sambal ini.
Hidangan-hidangan masakan yang terlupa namanya.
Sebahagian masakan siam untuk tetamu saya.
Dan ini juga.
Ini lagi.
Dan ini. Nama-nama masakan ini... Jangan tanya saya! Lupa dan lupa.
Ini para tetamu di sebalah kanan saya.
Inilah para tetamu di sebelah kiri saya. Yang itu satu-satunya anak dara kesayangan papa dia.
Hmm... yang mana dulu hendak dimakan? Mungkin semua sedap atau mungkin semua tidak boleh dimakan sebab pedas.. mungkin itu lah yang difikirkan oleh Narvin.
Yang ini payah hendak dinyatakan nama jenis makanan ini. Pandai-pandai pembaca memberikan namanya. Sebenarnya saya terlupa nama-namanya.. hehehe
Mujahid sangat suka masakan pedas dari siam. Beliau sedang bercerita mengenainya dengan Uzair dan Narvin.
Hmm... rupa-rupanya para tetamu saya sangat sukakan masakan pedas siam ini. Alhamdulillah.
Barisan tetamu yang sudah kenyang. Ust Nurul Iman, Nik Baizura, Unais (anak bongsu saya) dan Murtik (bibi kesayangan kami daripada Indonesia).
Direstoran ini terdapat ikan-ikan hidup air tawar. Mereka yang memerhatikan ikan-ikan ini ialah Mujahid, Narvin, Uzair, Unais, Menal dan Uwais. Kesemua mereka masih belajar di Universiti kecuali Menal. Uzair, Uwais dan Unais adalah anak-anak kami. 
2 beradik warga Iran dan kedua-keduanya masih belajar di Universiti.
Saya bersama-sama keluarga Iraq. Muhammad, Menal, Mutasim, Mina dan Mujahid.


Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...