Thursday, April 19, 2012

21st March......

Lama rasanya saya tidak mengupdatekan blog ini. Kepada pembaca dan pengikut blog, maaf dipinta kerana sesungguhnya saya amatlah sibuk dengan urusan-urusan saya. Untuk tatapan anda saya ambil juga sedikit dari masa saya untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang telah berlaku pada diri saya baru-batu ini.

Tuanya......itulah yang selalu diperkatakan orang apabila menjelangnya harijadi. Hari ini umur saya meningkat lagi setahun. Memang sudah tua kerana umur saya kini sudah pun bermula dengan angka 5.

SURPRISE.........tiba-tiba Mujahid dari Madinat Essalam (M) Sdn Bhd telah membawa makanan arab kegemaran saya iaitu kuzi ayam panggang. Nasi kuzi ini dihiasi dengan kentang, kismis dan kacang goreng. Alhamdulillah satu pemberian yang diluar jangkaan saya. Makanan yang enak berserta dengan kek dari Secret Recipe. Satu kejutan yang sungguh saya hargai. Thank you Mr Mutasim the owner of Madinat Essalam and his son Mujahid. You guys are just like my family.

Nasi Kuzi Ayam Panggang yang menyelerakan.

2 ekor ayam tu.......
Dalam bekas yang berwarna putih adalah 'yoghurt'
Jemput makan......
Inilah dia boss Madinat Essalam.
Yashdan anak angkat saya dari Iran.......dan yang tu Dr Uzair (bakal) hihihihi.
Omer Niaz anak angkat saya dari Pakistan dan Narvin. Mestilah dari Malaysia.
Uwais dan Mujahid.
Makan.....makan.......dan makan.
Banyaknya.....
Mujahid nilah yang melayan kami semua.
Dah pukul 11 lebih ni......mengantuk tau.
Senyum seorang pemilik restoren.
Berdiri ni kenapa Narvin?....

Kek harijadi untuk saya.
Wajah ceria seorang warga Iran.

3 comments:

Saiful Nizam said...

tahniah kak.. kul am wa antum bikhair.. happy belated birthday :)

cahayaku said...

Thanks saiful......masih tak terlambat. Hari ni baru Lepas sebulan.

cahayaku said...
This comment has been removed by the author.