Tuesday, September 27, 2011

Rezeki EQ Dan IQ - Bhg 1.

Salamku kepada semua blogger dan pembaca.. Aku datang lagi untuk bercerita.. Seperti yang telah dijanjikan, kali ini aku datang untuk bercerita mengenai "Rezeki nyata dan ghaib yang berkaitan dengan EQ dan IQ".

Perkataan rezeki semua manusia tahu tetapi rezeki bagi kebanyakan manusia hanyalah yang berkaitan dengan yang nyata. Duit, makanan, harta-benda dan ada juga segulungan manusia yang akan mengatakan anak-anak atau keturunannya adalah rezeki dan didalam lain perkataan sesuatu yang boleh dilihat atau disentuh itu yang diistilahkan sebagai rezeki. Sedangkan rezeki yang ghaib hanyalah segulungan manusia sahaja yang mengerti mengenainya.

Sebelum kita membincangkan rezeki ghaib baiklah kiranya kita membincangkan mengenai rezeki yang disebut sebagai "rezeki lazim" tetapi yang tidak pernah difikirkan oleh kebanyakan manusia! Apakah dia rezeki yang dimaksudkan itu? Pandangan, pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan hidup! Sekiranya kamu mengatakan: "Oh yang itu! Sememangnya kesemua itu berada pada diri kita!".

Maaflah jika itu ucapanmu. Jawapanku senang sahaja, kamu terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Pencipta! Sehinggakan sesuatu yang agung, kamu anggap sebagai "bersahaja atau lazim". Bagi seorang yang buta, rezeki untuk melihat tidak pernah mereka kecapi! Mereka sangat kepingin untuk meneliti keindahan dunia, sinaran bulan, kerdipan bintang dan warna-warni tumbuh-tumbuhan dan apa saja yang berkaitan dengan penglihatan. Bagi mereka yang pekak pula sangat rindukan kepada bunyi-bunyian seperti kicauan burung-burung, deruan angin dan lain-lain lagi. Bagi mereka yang hilang deria bau dan rasa, semua makanan yang dimakan tidak pernah mereka menghayati keenakannya. Bagaimana pula sekiranya kita tidak dikurniakan kehidupan? Fikir-fikirkanlah sendiri! Adakah sesuatu yang dikatakan tadi hanya dikenali sebagai "rezeki lazim"? Apakah lazim itu sebenar "lazim"? Hehehe.... Cubalah belajar bersyukur setiap saat kepada Yang Maha Pencipta dengan apa yang kita miliki sekarang ini.

Walaupun didalam dunia moden ini telah ada peralatan-peralatan letronik untuk memulihkan keadaan seperti melihat dan mendengar dan untuk pengetahuanmu tidak mungkin peralatan-peralatan ini sama dengan yang asli. Patutkah kita mengatakan "rezeki lazim" ini sebagai sesuatu yang lazim? Sekali lagi pesanku kepada semua ingatlah kepada Pencipta.

Bagaimana pula rezeki EQ dan IQ? Purata akan mengatakan sesuatu yang tidak pernah didengar tetapi bagi mereka yang sentiasa meneliti diri sendiri sudah pasti akan tersenyum dengan perbincangan mengenainya. Bagi mereka pula yang tidak pernah peka dengan perkara-perkara seperti ini sudah pasti mengatakan sesuatu yang asing atau merepek. Walaupun apa saja anggapanmu, aku tetap hendak membincangkannya juga kerena aku adalah Dracer Musleh!

Mereka yang telah lama meneliti, mengerti dan mengalami rezeki EQ dan IQ akan mengatakan bahawa ianya benar-benar wujud! Hanya pengertian dan taraf kefahaman sahaja yang berbeza antara setiap individu. Dan rezeki seperti ini tersangatlah mustahak untuk kita menuju pulang kedunia abadi.

Ops, telefonku berbunyi... Give me a minute or two to settle it...

Hmm, maafkan aku! Aku terpaksa sambung perbincangan ini dilain hari. Ini urusan mustahak (perkhabaran melalui telefon). Seperti yang telah dinyatakan aku terpaksa berlari kehulu dan kehilir kerena "AKU DRACER MUSLEH".

.....Dracer Musleh

Sunday, September 18, 2011

Singgah sedetik sahaja.

Salamku kepada semua blogger dan pembaca ... Aku datang lagi untuk bercerita ... Wow, sudah kemana pula perginya pemilik blog ini? Mungkin sibuk agaknya sehinggakan masa tidak memberi ruang untuknya mencoret untaian buah fikirannya....

Sebenarnya aku pun tidak mempunyai masa yang panjang untuk berada disini tetapi Insyaallah aku akan datang untuk menceritakan "Rezeki nyata dan ghaib yang berkaitan dengan EQ dan IQ"

Sudah sampai masa untukku melangkah pergi dan maafkan kerana terlalu pendek coretanku ni dan seperti yang telah dinyatakan dalam coretan
... “AKU DRACER MUSLEH” ...
..... Dracer Musleh

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...